- 2 kotak Teh bunga Yeo's
- 2 sudu gula melaka
- 4gram serbuk agar-agar
- Daun pudina
- Ais kiub
- Asam boi
- Limau kasturi
- Buah laici
Menu Berbuka Ramadan ke-4 : Kerabu Mangga , Kambing Bakar & Tomyam Seafood
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Berbuka Ramadan ke-4 : Kerabu Mangga , Kambing Bakar & Tomyam Seafood
Ramadan ke-4 berbuka bersama officemate .menu yang simple alhamdulillah kenyang perut . Menu hari ni ada 4 menu berat tapi semuanya portion yang sedikit , cukup la untuk dua orang makan , kang ambil lebih-lebih takut membazir . Alhamdulillah di atas rezeki yang Allah bagi untuk hari ini .
Menu Ramadan ke-4
- Tomyam seafood
- Kurma ayam
- Kerabu mangga / mempelam
- Kambing bakar & sos black pepper
- Buah tembikai (pencuci mulut)
- Kurma, karipap & onde-onde
- Air kiwi asam boi
Koleksi Rencah Masakan Melayu Versi Ikan
Menu Berbuka Ramadan Ke-3 : Cencaru Sumbat Nyior & Kangkung Goreng
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Berbuka Ramadan Ke-3 : Cencaru Sumbat Nyior & Kangkung Goreng
Salam Ramadan yang ke tiga . Hari ni baru sempat nak snap gambar menu berbuka . Puasa pertama dengan family , adik-beradik sebelah ayah . Memandangkan arwah tok baru sahaja meninggal sehari sebelum puasa . So decide untuk berbuka rumah tokwan supaya tokwan tak rasa sunyi . Puasa hari kedua pun dengan family juga . Balik kampung berbuka puasa dengan family sebelah mak . Puasa yang ketiga hari ni baru dapat berbuka puasa dengan family di rumah . Tak kisah mana-mana tempat asalkan moment berbuka puasa dengan family tu penting .
Ramadan ke-3 cukup hanya menu seringkas ini untuk kami 4 orang . Adik CCL dah gerak balik Selangor dari puasa kedua lagi .
Menu ramadan ke-3
- Cencaru sumbat kelapa
- Kangkung goreng
- Pekasam daging
- Ikan kembung goreng
- Karipap daging
- Kangkung rebus (ulam)
- Air asam perut (tupperware tudung biru, terlupa nak buka)
- Air strawberry yougart
Drama Dia Dari Syurga
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Drama Dia Dari Syurga Drama ramadan di RTM , Dia dari Syurga, episod pertama ditayangkan pada 11 Mac 2024, tayang setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 12.05 minit tengah hari di Tv1. Drama ni diinspirasi dari drama bersiri yang pernah di tayangkan di RTM dahulu, yang bertajuk Korban Kasih .
Raisha ( Ummi Nazeera) berkahwin dengan Abdul Kalil dan menjadi kesayangan keluarga mertuanya. Walaupun Farizah ( Fazlina Hj Ahmad Daud) mempunyai sedikit konflik dengan Abdul Kalil kerana menyangka yang Abdul Khalil adalah penyebab kematian arwah suaminya tetapi dia tetap menyayangi Raisha, anggap Raisha seperti anaknya sendiri.
Selepas kematian Abdul Kalil, Raisha tetap tinggal dan menjaga keluarga arwah Abdul Kalil kerana dia pernah berjanji dengan arwah suaminya ,seandainya suaminya "pergi" dahulu, dia tak akan tinggalkan keluarga suaminya, tetap menjaga mereka sehinggalah Raisha bertemu orang lain ( suami baru).
Namun janjinya terhadap Abdul kalil kini menjadi sukar untuk ditunaikannya setelah kemunculan Ahmad Kalil, kembar seiras Abdul Kalil yang terpisah sewaktu kecil, kini datang untuk menjaga Farizah. Pelbagai faktor yang difikirkan oleh Raisha untuk keluarga dari rumah tersebut, antaranya dia sering teringatkan arwah suaminya apabila melihat wajah Ahmad Kalil dan tidak manis dia tinggal dirumah tersebut kerana dia dan Ahmad Kalil bukan mahram.
Raisha nekad untuk keluar dari rumah tersebut tetapi terdapat permintaan dari ahli keluarga untuk dia berkahwin dengan Ahmad Kalil demi untuk menjaga Farizah.
Drama ni sedih, kisah pengorbanan anak menantu menjaga mertua. Selain itu ada diselitkan kisah rumahtangga ipar Raisha yang turut mempunyai konflik keluarga.
Baru tayang 3 episod tapi dah ada dua babak Fazlina Hj Ahmad Daud menampar dengan bersungguh sungguh pipi Alif Aziz.
Jika terlepas menonton di tv1, boleh menonton drama ni di RTM Klik.
Koleksi Rencah Masakan Melayu Versi Ayam
Selesai Pengkebumian Arwah Tok Che Mah
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selesai Pengkebumian Arwah Tok Che Mah Hari ni hari terakhir tatap raut wajah tok, hari terakhir sentuh tubuh badan tok , hari juga ciuman terakhir untuk tok . Allahuakbar ! .. Hari ni berpeluang untuk mandikan jenazah tok , melihat depan mata tok dikapankan dan hantar tok ke rumah baru .
Arwah tok menghembuskan nafas terakhir di rumah, so segala urusan mandi jenazah, kafan , sembahyang jenazah semuanya diuruskan secara rapi di rumah . Semua anak- anak tok dan cucu-cucu tok berpeluang mandikan tok untuk terakhir kalinya . Cuma adik CCL sahaja tak sempat tengok wajah arwah tok untuk kali terakhir . Adik CCL bertolak dari Selangor balik Perlis sampai jam 11.20pagi . Urusan pengkebumian pun sudah hampir selesai . Hanya dapat baca doa, siramkan air mawar dan tabur bunga rampai di atas kubur arwah tok .
Alhamdulillah . Semua urusan dipermudahkan, dipercepatkan .. CCL hilang orang ketiga yang CCL sayang dalam ahli keluarga . Semoga Allah permudahkan segala urusan arwah tok di akhirat . Ya Allah ..aamiin..aamiin ..
Malam ni terawih, esoknya hari pertama puasa . Tinggal tokwan keseorangan dirumah tanpa ditemani tok . InsyaAllah esok semua akan berbuka puasa bersama tokwan .
10 Mac 2024 : Pemergian Arwah Tok Che Mah
Assalamualaikum dan salam sejahtera
10 Mac 2024 : Pemergian Arwah Tok Mungkin permulaan yang sedih sedikit bulan ni untuk diri CCL . Tarikh keramat 10 Mac 2024 , tok CCL iaitu emak kepada ayah CCL telah menghembus nafas terakhir .
Kisahnya seminggu yang lepas kesihatan arwah tok CCL semakin merosot . Arwah tok tiada sakit apa, cumanya sakit tua . Umur pun dah 82 tahun . Seminggu yang lepas ada sedikit perubahan pada diri tok , tok hilang selera makan, hilang selera untuk minum . hanya terbaring dia atas katil dalam bilik..lemah dan tak berdaya . Tetapi semalam arwah tok sedikit ok, ada juga selera makan .
Adik beradik semua masing-masing tak jauh jarak dengan tok, boleh dikatakan tiap hati bergilir-gilir datang jenguk dan pantau kesihatan tok . Setiap petang ahad seperti biasa kebanyakkan adik beradik berkumpul di rumah tok . Disebabkan rumah keluarga CCL dan rumah tok sangat dekat so kami semua decide untuk balik rumah memandangkan sudah Maghrib .
Tokwan berat hati nak minta adik beradik semua supaya tidak balik ke rumah masing-masing . Stay sahaja situ . Mungkin tokwan rasa tak sedap hati . So sepupu-sepupu CCL pun batalkan niat untuk balik rumah , sebaliknya menginap di rumah tokwan .
Lepas maghrib tok menghembuskan nafas terakhir di sisi suami, anak menantu dan cucu-cucu . Semua memang berderai air mata . So pak menakan CCL call ambulans datang rumah untuk pengesahan kematian . Setelah beberapa minit dokter check nadi arwah tok memang dah tiada .
Innalillahiwainnailaihirajiun . Sedekahkan Al-fatihah untuk arwah tok CCL ya .
Telefilem TV1 : Taut
Assalamualaikum dan salam sejahtera
TELEFILEM TV1 : TAUT Telefilem ni ditayangkan pada 9 Mac 2024 di Tv1 pukul 9 malam. Cerita dia tentang kehidupan seorang wanita yang kematian suami. Sebuah kisah kemasyarakatan yang penuh dengan pengajaran.
Timah ( Farah Ahmad) yang baru kematian suaminya, Isa ( Azri Iskandar) perlu berdikari untuk meneruskan hidup. Selama hidup bersama Isa, Timah tidak melakukan sebarang kerja-kerja rumah sebaliknya semua kerja itu dilakukan oleh Isa. Punyalah sayang suaminya dengan Timah. Potong kuku Timah pun suami yang buat.
Selepas kematian suami, Timah cuba untuk buat semua kerja rumah dan perlu berdikari mencari sumber kewangan untuk dia meneruskan hidup. Kisah ringkas tapi diselitkan dengan watak pembantu,jiran yang suka menjaja hal buruk tentang Timah dan terlalu menjaga tepi kain Timah. Timah nak ke bandar naik motor kerana mempnyai sedikit urusan pun jiran sibuk, katanya suami baru meninggal dunia 3 bulan dah sibuk nak naik motor ke bandar.
Sibuk menjaja hal orang dan menghina Timah yang tak pandai buat kerja rumah, asyik harapkan suaminya buat kerja rumah, sampai tak sedar keluaga sendiri bermasalah. Apabila Timah ingin memberikan bantuan, dia hina Timah yang tiada anak kerana sibuk nak tolong dia yang ada anak.
Antara babak yang menusuk ke hati apabila Isa yang memujuk Timah yang keguguran, jangan bersedih, Allah dah bagi nikmat rezeki yang berlebih kepada mereka cuma mereka masih belum dapat rezeki anak. Anak merupakan rezeki dan adakala anak juga ujian buat ibu bapa.
Satu fakta mengenai telefilem ini, Farah Ahmad tak pandai menunggang motorsikal, dia baru belajar menunggang motorsikal semasa berlakon dalam cerita ni. Ada pelakon yang mengajar dia menunggang motorsikal di set penggambaran. Farah Ahmad sangat komited, dan menjiwai watak dalam telefilem ini 👍
Kalau terlepas menonton cerita ni, nanti boleh tengok di RTM Klik.
Sambal Daging Dendeng Sumatraa
Selamat Hari Wanita Sedunia 2024
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selamat Hari Wanita Sedunia 2024
Semoga semua insan yang bergelar wanita diberikan kesihatan yang baik agar dapat menjaga keluarga dengan penuh kasih sayang dan sentiasa dalam lindungan Allah. Kepada semua wanita hebat , tetaplah terus bersemangat menjadi insan yang memberi inspirasi kepada orang lain .
Wonda Coffee : Booster 2X Coffee Shot
- Rasa kopi lebih melekat dan kuat
- Aroma kopi yang kuat dan bau kopi tidak seperti kopi biasa
- Sesuai diminum pada waktu kecemasan kalau korang terlalu mengantuk
Lirik Lagu : Sah (Setia Akhir Hayat) - Sarah Suhairi & Alfie Zumi
Takwin Persekolahan 2024/2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Takwin Persekolahan 2024/2025 Kalendar Cuti Sekolah.Lagi berapa hari anak-anak dah mula cuti sekolah. Awal Mac dah mula sesi sekolah 2024. Genap sebulan, Hari Raya Aidilfitri pula.a
Macam-macam kena rancang untuk keluarga. Belanja barang-barang sekolah, belanja nak berpuasa, dan belanja untuk sambut Hari Raya Aidilfitri.Moh ler kita susun strategi apa yang patut .
Wonda Coffee : Zero Max Original
- dihasilkan dari biji kopi Arabica premium
- rasa kopi susu yang sedap tanpa gula tambahan
- rasa kopi yang tidak terlalu kuat & tidak terlalu pekat
- tidak terlalu manis
Makan Tengahari di Dusun Riffa, Changlun
Top Commentators February 2024 : Tahniah Blogger Ladybird
Doorgift Kenduri : Dapat 3 in 1 Teh Tarik & Kopi Cap Hang Tuah
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Doorgift Kenduri : Dapat 3 in 1 Teh Tarik & Kopi Cap Hang Tuah Hari ni 3.3.2024 . Tarikh cantik juga kan . So selagi dalam fasa cuti persekolahan selagi tu akan ada jemputan kenduri . Maka dengan itu dapur tak berasap , kuali sedia tergantung rapi . Siap-siap pergi makan kenduri dengan cuaca yang tak kurang panasnya .
Macam biasa balik dari kenduri kalau dapat doorgift of course la excited nak tengok isi dalamnya . Hari ni dapat paperbeg coklat tu, isinya banyak juga seperti di dalam gambar . Dapat 3 in 1 teh tarik dan juga kopi o. Cap Hang Tuah . Wah-wah peminat kopi memang seronok la dapat doorgift begini . Boleh buat minum . Selain daripada itu, dapat juga setangkai bunga telur, jarang-jarang sekali nak dapat bunga telur ni kalau kenduri sekarang . Tapi hari ni tuan rumah bagi bunga telur .cantik pulak tue .
Kudapan Petang Tauhu Bergedil Sambal Kicap & Ayam Popcorn Sos Keju
Selamat Datang Bulan Mac 2024
Penghujung Februari
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Penghujung Februari hari ni dah 29 Februari 2024. Tahun ni juga merupakan tahun lompat . So yang mana lahir pada tanggal atau tarikh 29 Februari CCL ucapkan selamat hari lahir , moga dipermudahkan segala urusan hendaknya .. hari ni juga hari terakhir kita semua berada dalam bulan Februari .. so untuk tahun ni dah cukup 60 hari kita semua dalam tahun 2024 .
Pagi esok bakal langkah bulan Mac, bulan yang baru , tarikh baru , cabaran yang baru, ujian hidup yang baru . Apa-apa pun semoga kita semua sentiasa sabar dan kuat untuk teruskan segala cabaran dan ujian hidup di dunia ..
Self rewards untuk bulan ni hanya tambah koleksi tudung-tudung yang menarik minat CCL .. begitulah perempuan kan ..eh bulan ni juga kan dapat konsisten update blog tiap hari. Walaupun ada juga termiss dua ke tiga hari macam tu ..
Salam penghujung februari . Moga baik-baik untuk kita semua . Dan bakal tiba moga lagi baik untuk kita semua . Keep it up
Kek Tapak Kuda RM4
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kek Tapak Kuda RM4 Musim sekarang ni rata-rata tengah hangat dengan fenomena Kek Tapak Kuda . Sebenarnya Kek Tapak Kuda ni dah lama , cumanya sekarang ni naik trending balik dengan pelbagai flavour yang ada .
Petang tadi CCL sempat singgah Food Vender berdekatan rumah CCL ni , ternampak pulak Kek Tapak Kuda dalam chiller apa lagi sambar terus la habuan rasa-rasa . Nak beli yang seketul terus takutnya tak habis so beli dalam packaging kecil ni dulu .
Satu pack ni berharga RM4 . Murahkan? CCL ingatkan dalam satu pack ini ada 3 slice jer , rupanya ada 6 slice . So memang berbaloi juga la dengan harga . tekstur kek span yang lembut dan gebu serta ada filling coklat di dalamnya memang sedap sangat














































