Tonton Episod 1 Hingga 28 Drama Ash Dan Aish
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sinopsis Drama Ash Dan Aish
Ash Dan Aish mengisahkan seorang gadis kampung bernama Aisha, yang berhati kental. Semua ahli keluarga dia meninggal dunia dalam satu kemalangan dan dia hampir dicabul oleh suami mak saudaranya sendiri yang tamak dengan harta keluarga Aisha. Dia melarikan diri ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru.
Ashrafi, pemuda misteri yang selalu membeli lollipop dan makanan kucing di kedai serbaneka tempat Aisha bekerja. Disebabkan kesempitan hidup di kotaraya, Ash mempelawa Aisha bekerja di café milik Ash sendiri. Aisha menerima tawaran Ashrafi untuk bekerja kat sana.
Uniknya Sanctuary cafe, pekerja- pekerja di sana sebenarnya mempunyai kisah hitam masing-masing dan mereka diberi peluang oleh Ashrafi untuk membina hidup baru.
Dalam nada bergurau, Aisha menawarkan diri untuk menjadi isteri Ashrafi supaya dia tidak perlu sentiasa membantunya mencari tempat tinggal. Cadangan Itu rupanya diambil serius oleh Ashrafi.
Mereka akhirnya disatukan menjadi suami isteri. Malangnya Ashrafi kemalangan dan koma. Sewaktu di hospital, Aisha terkejut melihat Ashrafi bangun dan bercakap seperti biasa.Namun apa yang Aisha lihat ternyata hanya roh Ashrafi sahaja. Disebabkan itu Ashrafi meminta Aisha untuk menolongnya sedar dari koma.
Tonton Episod Penuh Drama Ash Dan Aish
Tonton Episod 1 Drama Ash dan Aish
Tonton Episod 2 Drama Ash dan Aish
Tonton Episod 3 Drama Ash dan Aish
Tonton Episod 4 Drama Ash dan Aish
Slot Megadrama : Drama Ash Dan Aish
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Slot Megadrama : Drama Ash Dan Aish Drama adaptasi novel 'Ash Dan Aish' karya Maya Adira akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam mulai 10 Ogos 2022 di slot MegaDrama melalui saluran Astro Ria (104). Drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini diarahkan oleh sutradara terkenal, Helmi Yusof, menampilkan gandingan pelakon utama Meerqeen dan Siti Khadijah Halim.
Drama Ash Dan Aish
Episod: 28
Tarikh Tayangan: 10 Ogos 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria 104
Penulis Skrip: Nieza Nahar
Pengarah: Helmi Yusof
Produksi: Suhan Movies & Trading
Watak Pelakon Drama Ash Dan Aish
Meerqeen sebagai Ash
Siti Khadijah Halim sebagai Aish
Nadhir Nasar sebagai Izhan
Anna Jobling sebagai Dalila
Norreen Iman sebagai Kak Wati
Harissa Adlynn sebagai Amni
Asha Merican sebagai Izma
Idzham Ismail sebagai Anwar
Nada Syuhada sebagai Jihah
Arash Mohd sebagai Hj Adnan
Zarina Zainuddin sebagai Puan Suraya
Dato’ Rosyam Noor sebagai Aziz Irfan
Andy Teh sebagai Assad
Zizi Hazirah sebagai Juita
Muhammad Irsyadi sebagai Rudy
Syahir Shafein sebagai Eddy
Jaja Iliyes sebagai Nadia
Kuza Muzani sebagai Hajah Zarina
Zainol Mcwilson sebagai Encik Mukhtar
Rahim Omar sebagai Haji Rahim
Sinopsis Drama Ash Dan Aish
Ash Dan Aish mengisahkan seorang gadis kampung bernama Aisha, yang berhati kental. Semua ahli keluarga dia meninggal dunia dalam satu kemalangan dan dia hampir dicabul oleh suami mak saudaranya sendiri yang tamak dengan harta keluarga Aisha. Dia melarikan diri ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru.
Ashrafi, pemuda misteri yang selalu membeli lollipop dan makanan kucing di kedai serbaneka tempat Aisha bekerja. Disebabkan kesempitan hidup di kotaraya, Ash mempelawa Aisha bekerja di café milik Ash sendiri. Aisha menerima tawaran Ashrafi untuk bekerja kat sana.
Uniknya Sanctuary cafe, pekerja- pekerja di sana sebenarnya mempunyai kisah hitam masing-masing dan mereka diberi peluang oleh Ashrafi untuk membina hidup baru.
Dalam nada bergurau, Aisha menawarkan diri untuk menjadi isteri Ashrafi supaya dia tidak perlu sentiasa membantunya mencari tempat tinggal. Cadangan Itu rupanya diambil serius oleh Ashrafi.
Mereka akhirnya disatukan menjadi suami isteri. Malangnya Ashrafi kemalangan dan koma. Sewaktu di hospital, Aisha terkejut melihat Ashrafi bangun dan bercakap seperti biasa.Namun apa yang Aisha lihat ternyata hanya roh Ashrafi sahaja. Disebabkan itu Ashrafi meminta Aisha untuk menolongnya sedar dari koma.
Kailan Goreng Belacan & Sup Kaki Ayam
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kailan Goreng Belacan & Sup Kaki Ayam Selamat berhujung minggu semua . Cuti hujung minggu ni plan masak-masak ke atau gantung kuali makan kat luar ?? CCL macam biasa hujung minggu ni masuk dapur masak apa yang patut . Memandangkan tahap kesihatan yang tak berapa nak sihat , sudah dua tiga hari terkena demam, selsema dan batuk . Mujur tak berapa teruk masih lagi ada daya untuk pergi kerja . Dengan harapan memang tak nak ambil MC selagi kudrat badan masih lagi kuat . Kalau betul-betul tak kuat alamatnya terbaring je lah atas katil . Badan je rasa lemau sedikit tapi bukan boleh dilayan sangat badan ni , makin dilayan makin kita akan rasa lagi tak larat kan .
Menu tengahari ni , alang-alang dah demam ni of course la beberapa hari ni juga selera makan kecundang . So masak biasa-biasa ikut anak tekak je . Untuk tengahari ni cukup la untuk dua menu ni kailan goreng belacan dan sup kaki ayam .. CCL masak kailan goreng belacan , harap-harap berselera sikit nak makan nasi . Disebabkan ikan masin tak ada so gantikan dengan ikan bilis goreng .
Mak CCL pula masakan sup kaki ayam . Hahh ini memang feveret kitaorang sekeluarga . Selalu mak buatkan tomyam kaki ayam . So disebabkan mak CCL dan juga CCL pun demam so decide untuk buat menu sup kaki ayam . Demam-demam ni lapar sup tak pun moi sup je memanjang . Menu lain memang tak pandang dah ..
Uolss menu apa hari ni ?
Nasi Goreng Nyet Resepi By Khairul Aming
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Nasi Goreng Nyet Resepi By Khairul Aming Dah tak tahu nak pelbagaikan menu nasi goreng ? CCL nak share dengan korang semua resepi nasi goreng nyet resepi dari Khairul Aming tak lain tak bukan semestinya menggunakan bahan khas iaitu sambal nyet .
Bahan-bahan nasi goreng nyet
-minyak masak
-bawang merah
-bawang putih
-sambal nyet
-ikan bilis goreng
-kicap
-nasi putih
-telur
Cara membuat nasi goreng nyet
1.Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing . Masukkan nasi putih serta masukkan satu sudu sambal nyet ,dan kicap . Gaul rata .
2. Masukkan telur ke atas nasi dan gaul rata. Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng .
Teknik Mudah Mengira Sifir
Resepi Bubur Asyura Versi Utara
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Resepi Bubur Asyura Versi Utara Bila dah melangkah ke bulan Muharram ni, ramai antara kita akan mula membuat sajian istimewa ini bagi menandakan Hari Asyura. Ia merupakan bubur yang dihasilkan dari campuran pelbagai bahan seperti beras, aneka kekacang, daging dan sebagainya. Setiap negeri ada versi Bubur Asyura yang tersendiri. Ada yang teringin nak makan Bubur Asyura sedap versi orang Utara dak ?
Bahan-Bahan bubur asyura versi utara
Bahan A :
-2 cawan tepung beras
-2 sudu tepung jagung
-1 kotak santan (200ml)
-4 cawan air (ikut cawan sukatan tepung)
-1 sudu kecil garam
-3 helai daun pandan
-1 cawan gula putih, gula merah agak-agak nak manis atau warna macam mana. Masak atau bancuh dengan 1 cawan air panas
Campur semua bahan A siap-siap dalam kuali. Jangan buka api lagi Setelah kacau semua baru buka api perlahan.
Bahan B
-Jagung tin (tak guna semua, boleh agak-agak sukatannya)
-½ biji ubi keledek (potong dadu dan rebus)
-½ cawan kacang hijau (rebus dulu)
-½ cawan kacang merah (rebus dulu)
-½ cawan kacang kuda (rebus dulu)
Cara-cara membuat bubur asyura versi utara
1.Campur semua bahan B setelah bahan A hampir nak masak.
2.Masak bagi lama dengan api yang perlahan sehingga berkilat.
3.Tuang dalam bekas dan tunggu sehingga sejuk. Bubur Asyura Utara sedia untuk dinikmati.
Wah senang saja rupanya cara nak buat bubur Asyura style orang Utara. Bahan-bahannya yang digunakan sangat ringkas dan cara buatnya tidak payah yang disangka.
Resepi Air Milo Lori
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Resepi Air Milo Lori Air Milo lori memang tak lapuk dek zaman. Kalau dulu nampak lori ni masuk kawasan sekolah semua akan melompat keriangan. Bila cikgu panggil je terus pergi, tak sabar-sabar. Betapa terujanya waktu tu apabila dapat menikmati Air Milo lori ini. Kadang-kadang ada yang rela beratur buat kali kedua atau ketiga sebab tak puas minum.
Hairan kan, kenapa Milo lori tu sedap dia tak boleh bawak bincang kan? Disebabkan rasa air milo ni lebih sedap berbanding bancuh sendiri jadi kita pun tertanya-tanya adakah milo yang lori gunakan ini sama dengan yang kita gunakan. Sebenarnya sama sahaja cuma cara bancuhan yang berbeza.
Baca juga : Resepi Air Milo Soya Cincau
Asyik rasa tak cukup je! Meh lah kita buat sendiri ikut resipi ni
Bahan-bahan air milo lori
-4kg milo
-8tin susu pekat
-8tin susu cair
-4liter air panas
-ketulan ais
Cara penyediaan air milo lori
Masukkan semua bahan di atas, kecuali ketulan ais dan kacau rata. Tuangkan bancuhan tadi le dalam bekas air masukkan ketulan ais .
kalau nak buat guna sekilo Milo resepi di atas bahagikan kepada 4 bahagian dan seterusnya lah.buat kira-kira korang sendiri kalau nak kurang atau lebihkan bahan..perlu diingatkan bancuhan di atas adalah pekat dan ais akan membantu mencairkan bancuhan tetapi masih mengekalkan kelazatan milo kaw kaw tersebut..
Harga Siling Minyak Masak Bermula 8 Ogos 2022 Sehingga 7 September 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Harga Siling Minyak Masak Bermula 8 Ogos 2022 Sehingga 7 September 2022 Seperti yang kita semua sedia maklum, subsidi minyak masak sawit dalam kemasan botol 2kg, 3kg, 5kg telah dimansuhkan berkuat kuasa 1 Julai 2022.Tindakan ini adalah untuk memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran akan lebih stabil dan dalam jangka masa yang panjang akan dapat menstabilkan harga.Susulan pemansuhan tersebut, orang ramai mengeluh akibat kenaikan harga minyak masak tidak bersubsidi, manakala minyak masak bersubsidi pula sukar didapati di kedai-kedai.
Penguatkuasaan harga di kedai-kedai hendaklah mula dilaksanakan tujuh hari kemudian, bermakna 8 Ogos minyak masak dalam botol 5kg yang sekarang dijual dari RM39 hingga RM42 hendaklah dijual pada harga maksimum RM34.70,
Harga Maksimum Minyak Masak Botol (Ogos 2022)
Untuk bulan ini, minyak masak botol 5kg ditetapkan pada harga RM 34.70, berkuatkuasa 8 Ogos 2022 (di Semenanjung Malaysia sahaja).Manakala harga yang sama turut ditetapkan bagi Sabah, Labuan dan Sarawak.
Jadual harga maksimum bagi minyak botol 1 kg hingga 3 kg adalah ditetapkan oleh KPDNHEP seperti berikut:
Harga Siling Runcit Minyak Masak Tulen Kemasan Botol Seluruh Malaysia (8 Ogos 2022 - 7 September 2022)
1kg – RM7.70
2kg – RM14.70
3kg – RM2170
5kg – RM34.70
Harga Maksimum Minyak Masak Bersubsidi (Polibeg)
Untuk makluman, harga siling minyak masak tulen bagi pek polibeg 1kg kekal pada harga RM2.50. Harga minyak paket bersubsidi polibeg 1 Kg BUKAN RM3.00, RM3.50 atau RM4.00 tetapi harga kawalan yang dijual adalah RM2.50!
Tonton Malam Seram TV3 : Drama Remang
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tonton Malam Seram TV3 : Drama Remang Nantikan drama siri Remang untuk slot baharu, Tonton Malam Seram di TV3 bermula 1 Ogos ini, setiap Isnin pukul 11 malam di TV3. Setiap episod menampilkan kisah berbeza.
Drama Remang
Tarikh Tayangan: 1 Ogos 2022
Waktu Siaran: Isnin, 11:00 malam
Rangkaian: TV3 slot tonton Malam Seram
Pengarah: Khairul Rizam Dato Abu Samah
Produksi: Anomali Media & Production
Para Pelakon Drama Remang
Syafie Naswip, Emma Maembong, Azrel Ismail, Shamielya Shamsul, Chacha Maembong, Airil Hafiz, Angeline Tan, Kent Tan, Aween Ismail, Adam Corrie, Iman Suhana, Fiza Halim, Shyrim Husni, Aryo, Syed Irfan, Aiman Badrul, Erul Samah
Sinopsis Drama Remang
Mengisahkan tentang seorang DJ bernama Ejay. Dia bekerja di sebuah radio dan mengambil slot remang malam. Ketika mengendalikan slot itu ada satu kisah mengenai jen dan danial. Diorang ini bermalam di sebuah rumah mewah tau.Rumah mewah tu pula telah ditinggalkan lama. Jadi diorang pergi sana untuk sambut ulang tahun perkahwinan mereka. Apa jadi ketika mereka disana?
Kalau nak tahu, tonton drama ini di tv3. Selamat menonton.
Ending Of July
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ending Of July Haihh, rasanya baru masuk bulan Julai , tiba hari ni dah penghujung bulan Julai yer .. Rasa macam sekejap sangat . Esok pulak kita semua bakal melangkah ke bulan baru iaitu Ogos. Nak tak nak kehidupan kena teruskan selagi Allah masih beri nafas dan kesihatan yang sihat sejahtera .
Rentetan perjalanan hidup sepanjang bulan Julai ni agak mencabar , lagi-lagi tahap kesihatan CCL agak down juga bulan ni , tapi alhamdulillah kembali pulih seperti sediakala .. Kena speedy recovery untuk tubuh badan . Tak nak semata-mata bergantung sangat pada ubat . Takut nanti badan jadi lemah asyik bermanja dengan ubat.
Berkaitan kerja, syukur alhamdulillah bulan ini ada pengalaman baru , alhamdulillah , Allah permudahkan segala urusan pekerjaan . Untuk sales marketing bulan ini tidak sepadu sales bulan Jun .. Kalau bulan Jun tiap minggu ada event ..tapi bulan Julai ada juga masa rehat ..sempat juga la ambil cuti dua tiga hari untuk rehat badan . Rehat otak . Rehat minda . Yer lah sekali sekala badan ,otak , dan minda perlu juga untuk rehat . Asyik bekerja , letih badan pun hilang tenaga . .
Rindu pula nak pergi travel jauh-jauh sikit dalam beberapa hari . Nak long vacation sekali sekala tu seronok juga . InsyaAllah cari time yang tidak padat dengan kerja .
Happy end of July gaiss . .semoga bulan Ogos yang bakal datang dilimpahkan dengan rezeki seluas lautan, dan dipermudahkan segala urusan .
Kelebihan Surah Al-Kauthsar
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kelebihan Surah Al-Kauthsar Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai kelebihan terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Tahniah !! Status Permohonan Google Adsense Berjaya .
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tahniah !! Status Permohonan Google Adsense Berjaya . Sebagai seorang blogger sudah semestinya ada impian untuk jana pendapatan melalui blog . Kalau dulu ya memang create akaun blog semata-mata hanya untuk diari online harian, suka kongsi apa-apa cerita di lama blog . Tapi bila tahu dari rakan-rakan, blog juga boleh mendatangkan duit melalui saluran yang betul so takkan tak nak cuba kan ..CCL pun buat research .
Sepanjang guna akaun blog ni , 3 kali CCL tukar nama blog sekali link blog . Dan akhirnya CCL memutuskan untuk stay maintain dengan nama blog yang sedia ada sekarang ni iaitu CikCappuccinoLatte. Walaupun dah lama terjebak dalam bidang blog . CCL masih lagi 50% - 50% untuk memakai domain sendiri . Hari tu ada terbaca entri blogger Atiqah Najihah mengenai domain blog beliau . Lepas baca , ada juga perasaan ingin cuba untuk pakai domain sendiri .akhirnya sampai ke hari ni blog CCL belum lagi memutuskan untuk beli domain . InsyaAllah satu masa akan datang blog akan ada domain juga .
Rentetan perjalanan Adsense
Oh berbalik kepada tajuk, dua tahun lepas iaitu tahun 2020 , CCL beranikan diri untuk membuat permohonan untuk Google Adsense . Malangnya bukan senang juga untuk menunggu permohonan Google Adsense diapprove oleh pihak sana . Lama juga tau !! Ikut nasib dan rezeki masing-masing . Macam blog CCL buat permohonan Google Adsense pada tahun 2020, itu pun masih tidak berjaya sebab ada kriteria-kriteria yang tidak lepas . So kena betulkan dahulu apa yang Google Adsense nak , kadang-kadang rasa giveup jugak la dengan Google Adsense ni . Tapi tak putus asa untuk buat rayuan permohonan Google Adsense ni . Dan akhirnya pada tahun 2021 bertarikh 30 Julai 2021 akhirnya status permohonan Google Adsense berjaya ..
Tahun 2021 akhirnya status permohonan Google Adsense berjaya !
Bila check akaun Gmail sekali terkejut jugak laa bila nampak perkataan "status permohonan akaun anda berjaya" . Syukur alhamdulillah, sedih dan gembira memang tak dapat digambarkan . Alhamdulillah walaupun blog tidak mempunyai domain , CCL cuba juga untuk mohon Google Adsense . Alhamdulillah terima kasih Allah walaupun penantian tu agak lama dapat juga merasa blog bekerjasama dengan Adsense .
Apa yang membuatkan Google Adsense Approved
Tak nafikan bukan mudah nak jana pendapatan dengan Google Adsense ni . Perlu buat research dengan otai-otai blog . Sentiasa cari ilmu berkaitan dengan Adsense ni . Antara salah satu yang boleh dikatakan perkara yang paling penting untuk Google Adsense approved adalah sentiasa menjaga konten blog , dari segi penulisan dan isi kandungan yang bermanfaat
Antara sebab gagal untuk mohon Google Adsense
-konten yang tidak memadai @ tidak mencukupi
-usia blog terlalu muda
-template blog tidak responsive
-navigation yang tidak jelas
- ada banyak gambar dalam konten yang copyright
-kadar trafik blog yang masih rendah
Alhamdulillah hari ni genap setahun Google Adsense bersama blog CCL . Income dari Adsense pun semakin hari semakin naik , kadang banyak dan kadang sedikit sahaja . Alhamdulillah setiap hari ada dari zero sahaja . Umpama satu ayat sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit . Doakan CCL sentiasa ada idea yang boleh memberi konten yang bermanfaat dan doakan CCL mampu keluarkan duit dari Adsense . Aamiin..aamiin
Bagi korang , if blog korang belum diterima oleh pihak Google Adsense, usah risau dan jangan putus asa ok . Sentiasa buat research perbaiki apa yang Google Adsense suka . InsyaAllah .






























.jpg)

