WHITE CASTLE BUTTER COOKIES

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera


WHITE CASTLE BUTTER COOKIES Petang kelmarin sengaja CCL singgah ECO shop sambil-sambil cuci mata, tercapai satu dua barang masuk dalam raga . Tangan tercapai juga untuk ambil white castle butter cookies , disebabkan sudah agak lama juga tidak makan.


BUTTER COOKIES , WHITE CASTLE BUTTER COOKIES , BISKUT DENMARK , BUTTER COOKIES SEDAP , BISKUT MENTEGA , BISKUT MENTEGA RANGUP, BISKUT MENTEGA 3 BAHAN , ECO SHOP , REVIEW, FOOD , MAKANAN


White Castle Butter Cookies merupakan biskut mentega atau lebih dikenali sebagai biskut denmark . Butter Cookies ini juga terdapat nama saintifiknya yang tersendiri iaitu " Brysslkex " dan " Sables " . White Castle Butter Cookies merupakan biskut tanpa ragi yang hanya mengandungi bahan mentega, tepung dan gula sahaja ..


Tekstur White Castle Butter Cookies ni memang rangup, dapat rasa akan kandungan gula dan juga mentega. Cookies ni ada 3 pilihan iaitu butter cookies original , chocolate chip butter cookies dan currant butter cookies . So cookies yang CCL pilih adalah White Castle Currant Butter Cookies memang sedap.


Korang yang tak tahu nak makan apa sebagai alas perut pagi-pagi ni kan , boleh la cuba white castle butter cookies .



SUNLIGHT PENCUCI PINGGAN MANGKUK . RUPANYA SETIAP SUNLIGHT ADA FUNGSI YANG BERBEZA .

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


INFO , REVIEW, SUNLIGHT, SABUN PENCUCI SUNLIGHT, JENIS SABUN SUNLIGHT, FUNGSI SABUN SUNLIGHT, SUNLIGHT

SUNLIGHT PENCUCI PINGGAN MANGKUK . RUPANYA SETIAP SUNLIGHT ADA FUNGSI YANG BERBEZA . Sabun pencuci pinggan merupakan salah satu bahan asas yang diperlukan bagi melancarkan kerja-kerja dapur, terutamanya jika korang menjalankan perniagaan makanan atau pun mempunyai keluarga yang besar.Sudah pasti perlukan sabun pencuci pinggan yang terbaik untuk mencuci pinggan dan peralatan dapur yang lain supaya hilang bau dan hilang minyak dengan mudah . Tak perlu lah korang nak sental dengan penuh bertenaga kan . 


Sabun pencuci pinggan mangkuk apa yang korang gunakan sekarang . Pelbagai jenama sabun pinggan mangkuk yang ada di pasaran sekarang ini kan  . Tetapi pemilihan sabun pinggan mangkuk yang CCL sentiasa menggunakan dirumah iaitu jenama "Sunlight" Dah lama CCL menggunakan sabun pencuci pinggan mangkuk jenama Sunlight memang sangat mudah untuk tanggalkan minyak dan juga bau pada pinggan mangkuk serta peralatan dapur yang lain . 


Antara jenis-jenis sunlight dan fungsi sunlight untuk mencuci pinggan mangkuk  :-



1. Sunlight Lime


INFO , REVIEW, SUNLIGHT, SABUN PENCUCI SUNLIGHT, JENIS SABUN SUNLIGHT, FUNGSI SABUN SUNLIGHT, SUNLIGHT


2. Sunlight Lemon 

INFO , REVIEW, SUNLIGHT, SABUN PENCUCI SUNLIGHT, JENIS SABUN SUNLIGHT, FUNGSI SABUN SUNLIGHT, SUNLIGHT


3.Sunlight Green Tea, Matcha & Lime

INFO , REVIEW, SUNLIGHT, SABUN PENCUCI SUNLIGHT, JENIS SABUN SUNLIGHT, FUNGSI SABUN SUNLIGHT, SUNLIGHT


4.Sunlight Grapefruit & Rose Hip

INFO , REVIEW, SUNLIGHT, SABUN PENCUCI SUNLIGHT, JENIS SABUN SUNLIGHT, FUNGSI SABUN SUNLIGHT, SUNLIGHT


5.Sunlight Lemon & Mint

INFO , REVIEW, SUNLIGHT, SABUN PENCUCI SUNLIGHT, JENIS SABUN SUNLIGHT, FUNGSI SABUN SUNLIGHT, SUNLIGHT


6.Sunlight Sakura Fresh

INFO , REVIEW, SUNLIGHT, SABUN PENCUCI SUNLIGHT, JENIS SABUN SUNLIGHT, FUNGSI SABUN SUNLIGHT, SUNLIGHT


7.Sunlight Nature Aloe Vera

INFO , REVIEW, SUNLIGHT, SABUN PENCUCI SUNLIGHT, JENIS SABUN SUNLIGHT, FUNGSI SABUN SUNLIGHT, SUNLIGHT

KERABU BUNGA BETIK BERSAMA JANTUNG PISANG


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


KERABU BUNGA BETIK BERSAMA JANTUNG PISANG Pagi tadi sambil-sambil siram pokok di luar rumah, mata ternampak pokok betik yang mengeluarkan bunga . Agak lebat juga pokok betik tu berbunga . CCL selalu ambil, selalu buat ulam . Walaupun rasanya sedikit pahit tapi tetap sedap . Lepas sahaja selesai siram pokok terus pergi petik bunga betik . Dapat juga satu bekas  besar, tetapi nanti selepas direbus dan dileraikan kuantitinya tak sampai satu bekas, hanya separuh sahaja . CCL ambil beberapa pucuk betik muda. 


Selesai ambil bunga betik, CCL ambil jantung pisang yang sudah membesar. Banyak juga ulam-ulaman hari ini .maka dalam fikiran untuk masak hari ini ada bunga betik, jantung pisang dan juga pucuk betik muda. 3 ulam ulaman ini disatukan menjadi kerabu . Kerabu memang menjadi kesukaan CCL  . Tak kiralah apa sekalipun kerabu . Tetap akan makan . 


RESEPI, KERABU BUNGA BETIK BERSAMA JANTUNG PISANG , KERABU BUNGA BETIK , ANEKA KERABU , RESEPI KERABU BUNGA BETIK, RESEPI KERABU JANTUNG PISANG. KERABU , FOOD , MAKANAN


Resepi kerabu bunga betik bersama,jantung pisang ini memang sangat-sangat mudah . 


Bahan-bahan yang diperlukan . 

-santan

-kerisik 

-bawang merah/bawang putih

-lengkuas

-serai

-cili padi/cili besar

-belacan

-asam jawa 

-garam/gula


Kisarkan kesemua bahan tadi sehingga betul-betul hancur dan setelah itu boleh digaulkan bersama bunga betik, pucuk betik muda dan juga jantung pisang yang sudah siap direbus . .


Tips untuk kurangkan sedikit rasa pahit pada bunga betik ialah korang perlu rebus sehingga bunga betik yang berwarna kehijauan tadi bertukar menjadi warna kekuningan dan layu .. Rebus sehingga 10 minit hingga 15minit . Tips ini memang berkesan . 


Selamat mencuba . 



"ANHAR AL-DEEK" WANITA PALESTIN TAHANAN REJIM ISRAEL SELAMAT MELAHIRKAN BAYI LELAKI


Assalamualaikum dan salam sejahtera


"ANHAR AL-DEEK" WANITA PALESTIN TAHANAN REJIM ISRAEL SELAMAT MELAHIRKAN BAYI LELAKI Seminggu yang lepas CCL ada terbaca thread mengenai kisah wanita palestin yang sedang sarat mengandung sembilan bulan menjadi tahanan rejim israel. Anhar Al-Deek wanita palestin yang berusia 25 tahun  telan menjadi tahanan rejim Israel ketika kandungan bayinya berusia lima bulan . CCL pun tertanya-tanya kenapa wanita ini ditahan oleh rejim Israel . Apa kesalahan yang wanita ini buat sehinggakan dipenjara ? CCL pun jadi tertanya-tanya dan baca thread melalui laman media sosial "twitter" sehingga habis . 


INFO, ANHAR AL-DEEK, ANHAR AL-DEEK WANITA PALESTIN DITAHAN OLEH TENTERA ISRAEL, ANHAR AL-DEEK SELAMAT MELAHIRKAN ANAK, ANHAR AL-DEEK BERSALIN, NAMA ANAK KEDUA ANHAR AL-DEEK, GAMBAR BAYI LELAKI ANHAR AL-DEEK, BIODATA ANHAR AL-DEEK


Rupanya wanita Palestin Anhar Al-Deek  ditahan oleh tentera Israel setelah dia dituduh cuba menikam seorang anggota di kawasan penempatan haram  Israel . Anhar Al-Deek kemudiannya dibawa ke Penjara HaSharon dan dijadikan tahanan di sana. 


Sepanjang berada dalam tahanan penjara, Anhar pernah menulis surat dari penjara demi memohon bantuan kumpulan hak asasi manusia untuk membolehkan dirinya dibebaskan dari Penjara HaSharon dan bersalin di luar pusat tahanan.

Keluarga Anhar pernah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Israel agar dia dibebaskan kerana dia mempunyai masalah kesihatan dan sedang hamil. Namun ia telah ditolak.


INFO, ANHAR AL-DEEK, ANHAR AL-DEEK WANITA PALESTIN DITAHAN OLEH TENTERA ISRAEL, ANHAR AL-DEEK SELAMAT MELAHIRKAN ANAK, ANHAR AL-DEEK BERSALIN, NAMA ANAK KEDUA ANHAR AL-DEEK, GAMBAR BAYI LELAKI ANHAR AL-DEEK, BIODATA ANHAR AL-DEEK

Atas desakan dunia dan juga tekanan yang hebat dari masyarakat Palestin, akhirnya Anhar Al-Deek telah dibebaskan oleh pihak Israel pada 2 September 2021 selepas hampir 6 bulan dipenjarakan.kini telah dibebaskan dengan bayaran ikat jamin dalam anggaran sebanyak RM50,000 bagi membolehkan wanita tersebut menjalani pembedahan bagi melahirkan anak 


Namun ikat  jamin yang dianggarkan sebanyak 50,000 bukan sekadar ikat jamin, tetapi Anhar tidaklah ‘sebebas’ yang disangka apabila dia dikenakan tahanan rumah di kediaman keluarganya sementara menunggu perbicaraan berhubung kes menikam anggota rejim Israel.


INFO, ANHAR AL-DEEK, ANHAR AL-DEEK WANITA PALESTIN DITAHAN OLEH TENTERA ISRAEL, ANHAR AL-DEEK SELAMAT MELAHIRKAN ANAK, ANHAR AL-DEEK BERSALIN, NAMA ANAK KEDUA ANHAR AL-DEEK, GAMBAR BAYI LELAKI ANHAR AL-DEEK, BIODATA ANHAR AL-DEEK

Pada 9 September 2021 Anhar Al-Deek Selamat melahirkan anak keduanya di hospital . Beliau dan suami menimang bayi lelaki dan bayi comel tersebut diberi nama "Ala" . Alhamdulillah beliau dan bayi berada dalam keadaan sihat . 


Ayuh kita semua berdoa supaya dipermudahkan segala urusan beliau . CCL tak dapat bayangkan di usia yang muda , sarat mengandung dan ditahan dalam penjara . Mesti emosi kena kuat . Allahu semoga Allah bagi kekuatan pada wanita Palestin ini . 



SHOPEE HAUL : BELI WRAPPING PAPER DENGAN HARGA SERENDAH RM1

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera


SHOPEE HAUL : BELI WRAPPING PAPER DENGAN HARGA SERENDAH RM1 Masuk bulan September ini, merupakan bulan

kelahiran kakak CCL , setiap tahun mesti akan buat "suprise delivery" untuk beliau. Order kek, order bouquet dan minta runner tolong suprisekan untuk dia . Memang setiap tahun tak akan lupa . Tapi untuk tahun ini , CCL plan tak akan order sebarang bouquet untuknya . Tetapi CCL nak cabar diri sendiri untuk buat bouquet  . 


Bila nak buat bouquet ni semestinya kena ada wrapping paper , tak kisah lah wrapping paper plain ataupun bercorak . Disebabkan malas nak keluar masuk kedai-kedai stationery . So CCL decide untuk beli wrapping paper dalam shopee . Wrapping paper pun beli dalam shopee jugak gaiss . Hehehe .


SHOPEE HAUL, WRAPPING PAPER, WRAPPING PAPER MURAH, WRAPPING PAPER SERENDAH RM1, GIFT WRAPPING PAPER, WRAPPING PAPER UNTUK BOUQUET, WRAPPING PAPER MURAH DI SHOPEE ,


Usha punya usaha di dalam shopee kebanyakan ada yang jual satu bundle . Maksudnya dalam satu packaging ada 20 helai wrapping paper dengan corak yang berbeza-beza ataupun wrapping paper plain dengan pelbagai warna . Nak gunanya hanya tiga atau empat helai sahaja . CCL teruskan lagi usaha pencarian . Akhirnya jumpa juga satu kedai yang menjual sehelai wrapping paper . 


SHOPEE HAUL, WRAPPING PAPER, WRAPPING PAPER MURAH, WRAPPING PAPER SERENDAH RM1, GIFT WRAPPING PAPER, WRAPPING PAPER UNTUK BOUQUET, WRAPPING PAPER MURAH DI SHOPEE ,


Harga sehelai wrapping paper pun agak murah . Time CCL checkout kan item itu masih lagi berharga RM0.63 untuk sehelai wrapping paper plain dan juga bercorak  . So CCL decide untuk membeli beberapa helai wrapping paper bercorak dan juga wrapping paper warna kosong . 


Alhamdulillah hanya beberapa hari sahaja wrapping paper selamat mendarat ke rumah . Mula-mula agak risau jugak beli wrapping paper dalam shopee . Takut kalau2 wrapping tersebut rosak . Tetapi alhamdulillah , CCL berpuas hati dengan cara seller ini pos out wrapping paper . Wrapping paper tanpa sedikit lipatan . Dia diletakkan atas potongan kertas kotak yang tebal dan wrapping dengan bubble wrap . Memang tiada kesan lipatan langsung . 


SHOPEE HAUL, WRAPPING PAPER, WRAPPING PAPER MURAH, WRAPPING PAPER SERENDAH RM1, GIFT WRAPPING PAPER, WRAPPING PAPER UNTUK BOUQUET, WRAPPING PAPER MURAH DI SHOPEE ,


So korang yang tercari-cari nak membeli wrapping paper dalam kuantiti yang sedikit dan boleh pilih design yang mana korang suka tanpa perlu beli dalam satu pack  boleh la beli melalui Shopee di kedai Kimarie Florist & Gift





HEADER BLOG SUDAH BERWAJAH BARU



Assalamualaikum dan salam sejahtera


HEADER BLOG SUDAH BERWAJAH BARU Selamat malam semua , korang yang setiap hari tak jemu-jemu ziarah blog CCL semestinya korang akan nampak akan satu perubahan pada blog CCL , itu pun kalau korang perasan lah . Kalau korang tak perasan tak apa, CCL akan cerita . Sebenarnya semalam CCL ada kongsi entri berkaitan CCL dapat design header percuma dari empunya  blog Sihatimerahjambu iaitu Kak Fiza berkat rezeki sentiasa singgah ke blog beliau, maka tersenarai sebagai Top Komentator . 


Memandangkan CCL ini agak kurang arif bermain coding html blog so kekerapan nak tukar template blog serta tukar header blog amat kurang . Ada beberapa bahagian sahaja yang CCL cuba belajarkan . Kadang tengok juga tutorial di blog rakan-rakan blogger yang lain . Ada yang sangat membantu . 


So disebabkan atas faktor kemalasan untuk edit coding html blog, malas nak designkan sendiri header blog . Mana dengan ini secara rasminya CCL telah pun menukar header blog yang baru , hasil kreativiti tangan Kak Fieza . Font dan juga warna sangat-sangat sesuai .

 


CERITA CCL, HADIAH DARI BLOGGER, HEADER BLOG, DESIGN HEADER BLOG,DAPAT FREE HEADER BLOG,HEADER BLOG MINIMALIST,

Ini wajah blog bersama header lama . Header ni CCL yang designkan sendiri seiring dengan penukaran template blog awal tahun 2021, maka CCL create kan sendiri juga design tersebut . 

 


CERITA CCL, HADIAH DARI BLOGGER, HEADER BLOG, DESIGN HEADER BLOG,DAPAT FREE HEADER BLOG,HEADER BLOG MINIMALIST,

 

Dan ini pula wajah baru blog, baru ? tak ada la dari keseluruhan blog . Cumanya perubahan kepada header blog sahaja yang nampak sedikit baru . Nampak simple dan cantik . 

FREE HEADER BLOG DARI BLOGGER AZHAFIZAH.COM

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

 
FREE HEADER BLOG DARI BLOGGER AZHAFIZAH.COM Dah lama rasanya nama CCL tak tersenarai dalam "Top 10 komentator" di dalam blog rakan-rakan . Bulan ini CCL cukup bertuah nama CCL terselit juga sebagi Top 10 komentator melalui blog Sihatimerahjambu atau lebih dikenali sebagai Kak Fiza . CCL menjadi top 10 komentator di blog beliau pada bulan ogos . Kalau korang nak tahu sembilan lagi top komentator blog sihatimerahjambu korang boleh usha-usha entri Kak Fiza Top 10 Komentator August 2021 Blog Sihatimerahjambu . Tahniah juga pada semua yang tersenarai , memang diorang ni kaki komen rajin sangat kunjung blog blogger lain termasuk blog CCL sendiri . 

HADIAH DARI BLOGGER , DAPAT FREE HEADER BLOG , HEADER BLOG , DESIGN HEADER BLOG , HEADER BLOG PERCUMA , HEADER BLOG MINIMALIST , MINIMALIS


memandangkan 10 orang tersenarai , Kak Fiza berbesar hati untuk  memberi  10 header / watermark blog secara percuma . semuanya hasil tangan seni oleh Kak Fiza sendiri , memang setiap design yang Kak Fiza buat sangat simple dan sesuai untuk dijadikan header blog ataupun watermark pada gambar . 

Selepas membaca entri Kak Fiza mengenai Top 10 komentator August blog Simerahjambu , CCL terus emailkan Kak Fiza untuk mendapatkan design saiz yang asal . Alhamdulillah tengahari tadi , selepas CCL usha email tiba-tiba masuk email dari Kak Fiza , tak lain tak bukan Kak Fiza sudah kirimkan design saiz asal header blog melalui email . 


CCL dapat dua header yang berlainan warna  pada font  iaitu hitam dan juga putih . Jenis font pun sangat cantik dan menarik . CCL sangat suka akan header yang Kak Fiza designkan . 


Untuk blogger lain yang belum mengenali Kak Fiza empunya blog Sihatimerahjambu boleh la ke https://www.azhafizah.com/ . Semestinya Kak Fiza sentiasa hadirkan penulisan yang menarik , tak jemu membaca dan juga gambar-gambar yang sangat cantik di dalam setiap entri post yang diselitkan . 


anyway CCL nak ucapkan thanks you so much kerana designkan header blog untuk CCL dan terpilih menjadi salah seorang top komentator blog Sihatimerahjambu



KWAY TEOW GORENG MAMAK


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


KWAY TEOW GORENG MAMAK Selamat pagi . Pagi ni CCL ambil sarapan pagi awal seperti jam biasa . Selalunya di awal pagi CCL hanya sarapan yang ringan seperti biskut ataupun kopi di gandingkan bersama secawan nestum . Tapi hari ini laparnya lain macam so seawal pagi terus ambil Sarapan pagi yang berat  . Selalunya dalam lingkungan jam 10 CCL akan sarapan untuk kali kedua dengan menu yang berat seperti nasi goreng, bihun goreng , nasi kandar, pulut ayam dan lain-lain lagi . 


Menu sarapan pagi ini CCL memilih untuk makan "Kway teow goreng mamak" . Lain dari lain tak ? Selalunya menu ini khas untuk mee sahaja kan . Mee goreng mamak . Memandangkan CCL agak kurang gemar untuk makan mee dan bila mata CCL terperasan segala menu yang ada dalam buku menu ada mee goreng mamak, bihun goreng mamak dan kway teow goreng mamak dan banyak lagi menu-menu yang lain . 


KWAY TEOW GORENG MAMAK , RESEPI KWAY TEOW GORENG MAMAK, CARA MEMBUAT KWAY TEOW GORENG MAMAK, MENU KWAY TEOW GORENG MAMAK, KWAY TEOW, RESEPI ANEKA KWAY TEOW, FOOD, MAKANAN , RESEPI MASAKAN KWAY TEOW


So tunggu apa lagi , CCL terus order kway teow goreng mamak . First time juga CCL nak rasa kway teow goreng mamak . Bagus juga kedai makan ini buatkan option yang pelbagai macam ni . First time jumpa . Memudahkan pelanggan juga even ada pelanggan yang tak makan mee , ada yang tak makan bihun dan ada segelintir yang tak makan mee boleh je pilih mengikut citarasa korang kan . 


Selesai sahaja kway teow goreng mamak yang dah siap dibungkus, terus bayar dan bau aroma kway teow goreng mamak menusuk ke hidung rasa tak sabar pulak nak menjamu selera dengan keadaan perut yang lapar , mungkin disebabkan semalam makan malam terlalu awal . 


Sampai sahaja, terus buka bekas tapau, baca doa makan dan terus menjamu selera . Ya Allah berselera sungguh makan . Kway teow goreng mamak memang sangat-sangat sedap dan menepati citarasa CCL . Memang rasanya seakan resepi mee goreng mamak cuma ditukarkan kepada bihun . Semua bahan yang diletakkan dalam mee goreng mamak, bahan yang sama juga turut diletakkan dalam kway teow goreng mamak . Portion pun banyak memenuhi satu bekas tapau .


Oh , lupa nak bagitahu untuk kway teow goreng mamak boleh pilih sama ada nak letak ayam, daging mahupun seafood . Cuma harganya yang sedikit berbeza . Kway teow goreng mamak berharga RM6 . Memang sangat berbaloi dan puas hati . Next time CCL pasti akan repeat lagi . 



REVIEW : NUVIT DERMAL WHITE BRIGHTENING SPOT CORRECTOR & NUVIT DERMAL WHITE SPOT ERASER

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 

REVIEW : NUVIT DERMAL WHITE BRIGHTENING SPOT CORRECTOR & NUVIT DERMAL WHITE SPOT ERASER  Hai korang , korang pernah dengar tak produk skincare jenama NuViT sebelum ni ? Sebenarnya CCL pun kali pertama mencuba skincare dari Nuvit ini . Jenama NUViT adalah produk penjagaan kulit dari Taiwan yang mengkhususkan kepada penjagaan kulit dengan elemen bahan yang berkualiti tinggi dan berkesan yang mana ianya menggunakan teknologi klinikal dengan ekstrak berasaskan tumbuhan semulajadi.

Semua perempuan nakkan kulit cantik dan bersih. Barulah gourgeous! Kadang-kadang tu, bila muka tengah banyak jerawat, rasa tak nak keluar rumah saja.Tangan ni pulak gatal nak usik jerawat tu, tak pasal-pasal dah berparut. Macam-macam cara dah buat, tapi bintik hitam dan parut jerawat tu still ada. Pening la. Macam mana nak hilangkannya dengan cepat? CCL nak kongsi dengan korang dua produk yang dapat mengatasi masalah tersebut .

 

DARK SPOT TREATMENT,DARK SPOT,BEAUTY,REVIEW,NUVIT,NUVIT DERMAL WHITE BRIGTENING SPOT CORRECTOR,CARA MUDAH HILANGKAN DARK SPOT,NUVIT DERMAL WHITE SPOT ERASER,KEBAIKKAN NUVIT,SKINCARE NUVIT,

Terdapat dua produk yang CCL dah cuba dari jenama Nuvit iaitu :-

1.Nuvit dermal white brightening spot corrector

2.Nuvit dermal white spot eraser

 

Apa yang menyebabkan ‘dark spot’ ?

Dark Spot ’ atau hipergmentasi disebabkan oleh pengeluaran melanin yang berlebihan pada kulit oleh melanosit . Melanin tambahan ini dapat dipicu oleh banyak perkara yang berlainan  . Hormon baik estrogen dan progesterone dapat meningkatkan tahap melanin  . factor lain seperti kerengsaan kulit akibat jerawat , waxing dan skrub yang kasar juga boleh menyebabkan ‘dark spot’

 

NUVIT DERMAL WHITE BRIGHTENING SPOT CORRECTOR (30ML RM68.00)

DARK SPOT TREATMENT,DARK SPOT,BEAUTY,REVIEW,NUVIT,NUVIT DERMAL WHITE BRIGTENING SPOT CORRECTOR,CARA MUDAH HILANGKAN DARK SPOT,NUVIT DERMAL WHITE SPOT ERASER,KEBAIKKAN NUVIT,SKINCARE NUVIT,

Bahan kandungan

Aqua, Zinc Oxide, Cetyl Alcohol, Isostearyl Neopentanoate, Cetyl Palmitate, Cetearyl Olivate, Caprylyl Methicone, Glyceryl Stearate, Sorbitan Olivate,

PEG-75 Stearate, Ceteth-20, Titanium Dioxide, Steareth-20, Chlorphenesin, Phenoxyethanol, Ammonium Polyacryloyldimethyl Taurate, Propylene Glycol, Cl 77492, Fragrance, Glycerin, Hesperidin Methyl Chalcone, Malva Sylvestris (Mallow) Extract, Aesculus Hippocastanum (Horse Chestnut) Seed Extract, Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Leaf Extract, Ruscus Aculeatus Root Extract, Arnica Montana Flower Extract, Cl 77491, Cl 77499, Alchemilla Vulgaris Extract, Melissa Officinalis Leaf Extract, Mentha Piperita (Peppermint) Leaf Extract, Veronica Officinalis Extract, Achillea Millefolium Extract, Primula Veris Extract

 

Fungsi utama Nuvit Dermal White Brightening Spot Corrector

DARK SPOT TREATMENT,DARK SPOT,BEAUTY,REVIEW,NUVIT,NUVIT DERMAL WHITE BRIGTENING SPOT CORRECTOR,CARA MUDAH HILANGKAN DARK SPOT,NUVIT DERMAL WHITE SPOT ERASER,KEBAIKKAN NUVIT,SKINCARE NUVIT,

-membantu memperbaiki tona kulit yang tidak sekata

-mengurangkan bitnik-bintik gelap pada permukaan kulit wajah

-menjadikan kulit kelihatan bersih tanpa sebarang parut jerawat

 

Cara pengunaan Nuvit Dermal White Brightening Spot Corrector

Selepas membersihkan muka , sapukan krim spot corrector pada seluruh wajah , sebaiknya amat sesuai untuk digunakan pada waktu pagi sahaja ia sebagai sunscreen yang dapat menghalang sinaran UV ke dalam kulit wajah korang .

 

Kesan selepas penggunaan Nuvit Dermal White Brightening Spot Corrector

DARK SPOT TREATMENT,DARK SPOT,BEAUTY,REVIEW,NUVIT,NUVIT DERMAL WHITE BRIGTENING SPOT CORRECTOR,CARA MUDAH HILANGKAN DARK SPOT,NUVIT DERMAL WHITE SPOT ERASER,KEBAIKKAN NUVIT,SKINCARE NUVIT,

Kesan selepas dua minggu penggunaan Nuvit Dermal White Brightening Spot Corrector pada kulit nampak berseri . Nuvit Dermal White Brightening Spot Corrector ini lebih fokus kepada masalah dark spot dan juga sun spot . Kulit wajah nampak tidak kusam dan paling best tona kulit sekata . Tekstur cream Nuvit Dermal White Brightening Spot Corrector ini boleh menjadikan based makeup ibarat pakai sunscreen sebelum memakai foundation.Kulit wajah akan nampak sedikit glowing . 

 

NUVIT DERMAL WHITE SPOT ERASER (3OML RM72.00)

DARK SPOT TREATMENT,DARK SPOT,BEAUTY,REVIEW,NUVIT,NUVIT DERMAL WHITE BRIGTENING SPOT CORRECTOR,CARA MUDAH HILANGKAN DARK SPOT,NUVIT DERMAL WHITE SPOT ERASER,KEBAIKKAN NUVIT,SKINCARE NUVIT,

Bahan Kandungan

Aqua, Sodium Hyaluronate, Hydrolyzed Hyaluronic Acid, Hydroxypropyltrimonium Hyaluronate, Hydroxypropyl Guar, 1,2-pentanesiol, Palmaria Palmata extract, Polysorbate 20, Hexylresorcinol, Caprylic Acid, PEG 400, Caproic Acid, Capric Acid, Malva Sylvestris (Mallow) extract, Alchemilla Vulgaris extract, Melissa Officinalis Leaf extract, Mentha Piperita (Peppermint) Leaf extract, Veronica Officinalis Leaf extract, Achillea Millefolium extract, Primula Veris extract Root Extract, Arnica Montana Flower Extract, Cl 77491, Cl 77499, Alchemilla Vulgaris Extract, Melissa Officinalis Leaf Extract, Mentha Piperita (Peppermint) Leaf Extract, Veronica Officinalis Extract, Achillea Millefolium Extract, Primula Veris Extract.

 

Fungsi utama Nuvit Dermal White Spot Eraser

DARK SPOT TREATMENT,DARK SPOT,BEAUTY,REVIEW,NUVIT,NUVIT DERMAL WHITE BRIGTENING SPOT CORRECTOR,CARA MUDAH HILANGKAN DARK SPOT,NUVIT DERMAL WHITE SPOT ERASER,KEBAIKKAN NUVIT,SKINCARE NUVIT,

-mencerahkan warna kulit

-melembapkan kulit wajah

-mengecilkan liang pori

-mengurangkan bintik-bintik gelap

 

Cara Penggunaan Nuvit Dermal White Spot Eraser

Selepas membersihkan kulit wajah , sapukan amaun serum yang cukup pada seluruh wajah . Gunakan setiap hari penggunaan pada waktu pagi dan juga malam

 

Kesan selepas penggunaan Nuvit Dermal White Spot Eraser

DARK SPOT TREATMENT,DARK SPOT,BEAUTY,REVIEW,NUVIT,NUVIT DERMAL WHITE BRIGTENING SPOT CORRECTOR,CARA MUDAH HILANGKAN DARK SPOT,NUVIT DERMAL WHITE SPOT ERASER,KEBAIKKAN NUVIT,SKINCARE NUVIT,

Kesan penggunaan Nuvit Dermal White Spot Eraser selama 2 minggu pada setiap lagi dan malam menjadikan kulit wajah tampil lembab dan mengurangkan minyak pada kulit wajah sekaligus dapat memudarkan parut jerawat yang degil  . Teksturnya yang light seakan serum sangat mudah meresap masuk ke dalam kulit wajah tanpa merengsa kan kulit .Spot eraser juga menjadikan pori-pori muka semakin mengecil 


Harga

-Nuvit Dermal White Brightening Spot Corrector

30ML ( RM68.00)

-Nuvit Dermal White Spot Eraser

30ML (RM72.00)

 

Untuk maklumat lanjut mengenai NUViT, boleh terjah media sosial diorang bawah ni :

Website : http://www.nuvit.com.my/

Instagram : https://www.instagram.com/nuvitmy/

Facebook : https://www.facebook.com/nuvit.malaysia/

Product Info Line: 1800-88-3679

PENGGEMAR BURGER WAJIB CUBA 3 JENIS BURGER INI !

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera .


BURGER,KFC BURGER BANJIR,BURGER KFC,MARRYBROWN EATALIAN BURGER,Info,BURGER MARRYBROWN,ROCKIN BBQ BURGER,


PENGGEMAR BURGER WAJIB CUBA 3 JENIS BURGER INI ! Burger adalah makanan yang berasal dari Barat dan diilhamkan sebagai makanan ringkas yang lengkap dan mengenyangkan. Ia boleh dimakan ketika sedang bergerak dan tidak memerlukan cara hidangan yang rumit. Burger mempunyai karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan sebagainya di dalam setiap gigitan.

Bagi korang yang sangat suka menikmati pelbagai jenis burger , korang jangan ketinggalan untuk mendapatkan tiga jenama burger paling popular di Malaysia yang sedang bersaing dalam mengeluarkan menu hidangan burger yang tersendiri untuk Ogos hingga September ini.

Jom intai hidangan burger yang mana boleh korang cuba ataupun boleh sahaja cuba ketiga-tiganya sekali!


1 Rockin’ BBQ Burger


INFO , ROCKIN BBQ BURGER , KFC BURGER BANJIR , MARRYBROWN EATALIAN BURGER  , BURGER KFC , BURGER MARRYBROWN , BURGER

McDonald’s Malaysia memperkenalkan produk terbaharunya iaitu Rockin’ BBQ . Burger yang dikeluarkan dengan tiga pilihan iaitu Rockin’s BBQ, Double Rockin’ BBQ dan Triple Rockin’ BBQ

Penggemar barbeku boleh menikmati ketiga-tiga burger tersebut dengan ayam dan daging empuk dalam perisa salai. Korang boleh menikmati kepingan daging yang dipanggang dengan sempurna sebelum disalut sos BBQ, bawang panggang, lapisan keju cair, capsicum merah , selada yang dimayang dan juga herba campuran yang dibakar.


2 KFC Burger Banjir


INFO , ROCKIN BBQ BURGER , KFC BURGER BANJIR , MARRYBROWN EATALIAN BURGER  , BURGER KFC , BURGER MARRYBROWN , BURGER

KFC Malaysia memperkenalkan KFC Burger Banjir iaitu Zinger Hot & Spicy. Ia adalah Burger Zinger Hot & Spicy yang ditenggelamkan ke dalam sos BBQ Salai. Burger ini dilengkapi dengan mayonis istimewa dan selada cincang segar, serta diapit dengan kepingan ban bijan. Burger smoky lazat ini pastinya memberikan anda cara menikmati versi Zinger yang berbeza dalam setiap gigitan.

 

3 Marrybrown Eatalian Burger


INFO , ROCKIN BBQ BURGER , KFC BURGER BANJIR , MARRYBROWN EATALIAN BURGER  , BURGER KFC , BURGER MARRYBROWN , BURGER

Sempena meraikan ulang tahun ke-40, Marrybrown memperkenalkan Marrybrown Eatalian yang dicipta dengan tema ‘Around the World’. Kali ini, negara Itali menjadi destinasi hidangan makanan kedua selepas hidangan Ayam Ganjeong pedas manis dari Korea Selatan pada edisi lalu.Hidangan ini menawarkan MB Spaghetti dengan limpahan sos ayam bolognese yang diperkaya dengan herba istimewa Itali dan keju. Tidak lengkap hidangan ini tanpa Burger Ayam Marrybrown, MB Crispy Chicken, MB Italian Cheesy Rice Bites dan segelas Coca-Cola yang menyegarkan.



GIVEAWAY #BUSYRAKONGSIREZEKI WANG TUNAI RM100

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


GIVEAWAY #BUSYRAKONGSIREZEKI WANG TUNAI RM100 Hai para pembaca blog CCL . Agak lama betul CCL berhenti untuk join sebarang contest segmen mahupun giveaway yang dianjurkan rakan blogger akibat kekangan masa . Di awal bulan September ini alhamdulillah mula bersemangat nak support contest rakan blogger . Antara contest yang tengah berjalan mencari pemenang sekarang ini adalah dari blogger Busyra . 



Blogger busyra tengah adakan contest "Giveaway #BusyraKongsiRezeki" Wang Tunai RM100


Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow blog busyratakiyudin

2. Like facebook page Y.ra Printing

3. Buat 1 entri "Giveaway #busyrakongsirezeki Wang Tunai RM100" 

4. Copy & paste banner di atas dan link kan ke entri ini

5. Dalam entri tersebut, nyatakan 1 entri lain yang korang suka dalam blog busyra

6. Komen link penyertaan korang di ruangan komen


Pemilihan Pemenang:

Setiap penyertaan akan disemak oleh busyra sendiri dan bagi yang memenuhi semua syarat diatas barulah dipilih secara random.. Pemenang akan menerima wang tunai sebanyak RM50 x 2 orang. Giveaway ini berlangsung dari 30 Ogos 2021 sehingga 10 Sept 2021..


Entri yang paling suka dalam blog Busyra . 

Sebenarnya bila CCL masuk le dalam blog Busyra teliti setiap entri yang si Busyra ini post memang tak jemu-jemu untuk membaca . Cara penulisan yang santai dan terselit sedikit tips dan juga info yang berguna . Pendek kata tidak membosankan . 

Dan entri yang paling CCL suka baca melalui blog Busyra adalah entri berkisahkan "Perkembangan blog dari dahulu hingga sekarang" . 

CCL paling suka baca rentetan perkembangan blog seorang blogger dari mula-mula terjebak ke dunia blogging sehinggalah ke sekarang . Kadang-kadang bila baca blogger-blogger yang dah berjaya boleh dijadikan sebagai salah satu inspirasi atau dorongan untuk CCL berjaya juga . Nak cipta sesebuah blog bukan satu perkara yang mudah . Kena usaha dan kena post entri-entri yang dapat menarik perhatian pembaca . 

Si blogger Busyra start create akaun blogger sejak tahun 2010 . Ini bermakna blog Busyra dan blog CCL sama-sama naik menapak dalam dunia blog  . Start tahun 2015 si Busyra dah ada domain blog sendiri  , manakala blog CCL sehingga sekarang masih lagi menapak sebagai "blogspot" . Hari itu ada terfikir juga nak pakai domain sendiri . 

Tahun 2017 blog si Busyra dah jana income dari adsense , manakala blog CCL pulak tahun 2021 baru diapprove untuk bersama-sama adsense  . Nampak tak jauh lebih bagus blog Busyra berbanding blog CCL walaupun sama-sama menapak . 

Dari segi entri blog si Busyra memang tidak membosankan . Segala tips, review, tutorial dan info memang dapat membantu new beginning blog dan juga blogger-blogger yang dah lama menapak seperti CCL . 

Untuk korang yang nak join contest si Busyra ini boleh tekan link di atas . Si Busyra mencari 2 orang pemenang melalui contest ini . Mana tahu kalau-kalau terselit rezeki untuk menjadi salah sorang pemenang kan ..


Tarikh tamat contest : 10 SEPTEMBER 2021