Assalamualaikum dan hai semua
Mesra Bites | Kek Strawberry Swiss Roll
Lepas cuba Kek Marble Butter dan Kek Pandan Swiss Roll, kali ni CCL cuba pula Kek Strawberry Swiss Roll daripada Mesra Bites.. Seperti biasa… sedap!! ..Kek gulung yang lembut dengan jem strawberi di dalam tu memang ngam! Rasa manisnya pun tak terlalu kuat, jadi memang sesuai sangat kalau nak makan sambil cicah dengan kopi.
Harga pun murah je, RM1.70 sepotong. Berbaloi kan? CCL suka konsep jual kek secara slice macam ni sebab kita boleh cuba dulu setiap flavour. Kalau sedap, boleh repeat lagi. Kalau kurang kena dengan tekak, tak adalah rasa rugi sangat kan..betul tak ??
Tapi setakat ni, ketiga-tiga flavour yang CCL dah cuba semuanya CCL approve!..
Untuk uguys yang nak cuba, bolehlah cari Mesra Bites di stesen minyak Petronas berdekatan. Mana tahu ada flavour lain yang menarik untuk dicuba juga..
Uguys, dah pernah cuba Kek Strawberry Swiss Roll ni?


8 Comments
Nampak sedap pulak roll strawberry tu.
BalasPadamNampak menggiurkan betul Kek Strawberry Swiss Roll Mesra Bites ni! Lembut dan bajet sangat RM1.70.
BalasPadamBoleh dah CCL jadi duta Mesra ni :D
BalasPadamPH belum sempat try satu pun lagi huhu
Okay sangat ni kalau sedap. Kadang teringin makan, bolehlah beli sepotong macam ni.
BalasPadamBetul tu.. kalau dah beli kek sebuku tak sedap jenuh nak habih kan huhuu...
BalasPadamBetuuul. Jual per slice begini LBH bagus jika ingin mencoba dulu. Tak mubazir jika tak suka. Dan hrg pun JD lbih murah.
BalasPadamKalaupun suka, tp nak elak makan terlalu banyak, juga sesuai kan
belum pernah cuba lagi. dah lama rasa pergi stesen minyak tak masuk dalam kedainya..
BalasPadamKak SA ni nasib baik tengah diet, tengah cut sugar..kalau tak memang balik kerja ni cari...
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan