Assalamualaikum dan hai semua
Brisk Walk 6 February | Mission 10KM Berjaya Jugak !! Kisah brisk walk semalam dengan cuaca yang tak berapa nak rileks. Panas membahang, tapi alhamdulillah mujur ada angin jugak .. semalam memang nampak ramai yang turun bersenam ada yang berlari, ada yang jogging. CCL pulak kekal setia dengan brisk walk sahaja..
Hari ni start briskwalk hanya 3 kali sahaja check apps strava .. first cukup² 5KM , lepas tu check sekali dah cecah 8KM .. alang-alang tapak kaki ni mampu melangkah lagi , so CCL teruskan lagi .. hari ni merantau lebih sikit .. bukan sekadar laluan jogging sahaja CCL redah , habis laluan kawasan perumahan taman CCL redah .. merantau kawasan ehhh ...
Tengok-tengok apps strava ehhh sikit lagi nak menghampiri 10KM .. kemain happy laa.. sebab beberapa hari lepas target 10KM tak berjaya .. tapi hari ni alhamdulillah ..
Brisk walk 10KM selama dua jam ok ke tidak? Bagi CCL, untuk permulaan ni memang okay sangat. Tak apa, kita target jarak dulu. Nanti bila badan dah biasa, kita target masa pula. Pelan-pelan..
Alhamdulillah untuk semalam. Ada yang perasan sesuatu tak ?


6 Comments
Seronoknya hari2 BW banyak KM macam tu.
BalasPadam'Rumah' baru lepas renovate ke?? Hihi
BalasPadamTahniah CCL
Tahniah!
BalasPadamMula² target jarak... Nanti bila dah dapat pace, masa tu jadi kurang wpun jaraknya sama
Tahniah! Ehh sama kita pun guna strava juga... sebelum nie guna jam tp asyik hilang ja haha... Bestnya dapat target 10km
BalasPadamAkhirnyaaaaa, 🎉🎉👍. Nanti semakin hari, semakin kuat, dan akan semakin bertambah jaraknya 😉
BalasPadamAlhamdulillah..akhirnya...semoga dengan usaha ini CCL terus sihat ye
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan