Assalamualaikum dan hai semua
Brisk walk 19 Februari | Brisk walk 1KM Mission Jalan + Cari Murtabak Petang tadi, sejam lagi nak masuk pukul 7, CCL pun keluar rumah konon nak cari murtabak.. Tapi alang-alang dah keluar, kita buka terus apps Strava. Rugi lah kalau jalan kaki tak record kan..ehh tiberr ..
Misi asal cuma nak beli murtabak untuk berbuka, tapi sambil tunggu siap tu CCL pusing-pusing kawasan gerai. Jalan santai saja, bukan laju macam betul-betul brisk walk. Sambil tu sempat singgah beli air untuk berbuka puasa sekali. Sekali jalan, sekali settle dua benda.
Bila tengok balik kat apps, ehh elok-elok cukup 1KM untuk petang ni. Alhamdulillah. Walaupun ambil masa 24 minit, tapi kira okay la kan… janji ada pergerakan dari duduk rumah saja..CCL bukan brisk walk sungguh-sungguh, sebab banyak berhenti membeli makanan, tengok juadah, tengok harga ..Tapi sekurang-kurangnya ada usaha.
Ramadan ni kalau boleh tiap petang buat misi kecil macam ni. Tak perlu jauh pun, 1KM pun jadi lah.
Assalamualaikum dan hai semua
Brisk Walk 6 February | Mission 10KM Berjaya Jugak !! Kisah brisk walk semalam dengan cuaca yang tak berapa nak rileks. Panas membahang, tapi alhamdulillah mujur ada angin jugak .. semalam memang nampak ramai yang turun bersenam ada yang berlari, ada yang jogging. CCL pulak kekal setia dengan brisk walk sahaja..
Hari ni start briskwalk hanya 3 kali sahaja check apps strava .. first cukup² 5KM , lepas tu check sekali dah cecah 8KM .. alang-alang tapak kaki ni mampu melangkah lagi , so CCL teruskan lagi .. hari ni merantau lebih sikit .. bukan sekadar laluan jogging sahaja CCL redah , habis laluan kawasan perumahan taman CCL redah .. merantau kawasan ehhh ...
Tengok-tengok apps strava ehhh sikit lagi nak menghampiri 10KM .. kemain happy laa.. sebab beberapa hari lepas target 10KM tak berjaya .. tapi hari ni alhamdulillah ..
Brisk walk 10KM selama dua jam ok ke tidak? Bagi CCL, untuk permulaan ni memang okay sangat. Tak apa, kita target jarak dulu. Nanti bila badan dah biasa, kita target masa pula. Pelan-pelan..
Alhamdulillah untuk semalam. Ada yang perasan sesuatu tak ?
Assalamualaikum dan hai semua
Brisk Walk 4 Februari | Cecah Target 9KM Pagi kelmarin, CCL keluar agak terlewat sikit. Matahari pun dah naik perlahan-lahan, memang terasa bahang pagi tu. Mujur laa ada jugak angin sepoi-sepoi bahasa, jadi tak ada lah rasa berpeluh teruk sangat sepanjang jalan.
CCL target pagi ni cuma 8KM sahaja. Dah boleh agak jarak laluan, jadi kononnya nak kejar masa jugak. Nasib baik pagi tu tak ada “roadblock” anjing kalau tak memang boleh terbantut mood brisk walk..
Start je jalan terus tekan apps Strava. Lepas tu buat-buat tak nampak dah berapa KM berjalan. Bukan apa, kalau asyik tengok apps je, mulalah otak fikir “lama lagi ke nak sampai target ni?” terus rasa penat awal.Bila dah hampir penghujung laluan, CCL saja laa jeling apps… ehh rupanya dah lebih 8KM! Alang-alang dah nak habis laluan tu kan , teruskan langkah sampai betul-betul garisan penamat .. Strava pun masih setia merekod.
Sampai pondok rehat, tengok balik cecah 9.33KM!.. Nak genapkan 10KM pun dah rasa tak larat ..tenaga pun dah low, tapak kaki dah mula rasa kebas. Lagipun dah lewat, matahari pun dah mencacak atas kepala..Jadi kita simpan tenaga…
Next day lah sambung misi 10KM..Yang penting, target asal 8KM lepas…
Assalamualaikum dan hai semua
Hampir-Hampir 10KM Brisk Walk! Pagi kelmarin CCL keluar brisk walk awal sikit macam biasa. Kali ni memang dah pasang niat — “Hari ni nak try cecah 10KM!”.. Semangat lain macam sebab cuaca pagi pun best, udara segar, suasana hijau memang terapi betul untuk jiwa kan .. Tapi biasalah… perancangan kita kadang tak sama dengan perancangan “yang atas” ..Dah nak dekat sangat dah 10KM tu, tinggal beberapa meter je lagi… tapi yang CCL sedih hasrat tak kesampaian.
Nak buat hampir 10KM tu pun ambil masa 2 jam lebih. Pada CCL, okay je sebab memang bukan jogging pun. Memang konsep brisk walk kadang jalan laju , pastu slowkan sikit, then laju balik..tapi tak berhenti langsung. Sambil jalan CCL boleh la layan pokok-pokok hijau, hirup udara pagi, tenangkan fikiran..
Yang jadi plot twist pagi tu ..dah nak dekat penghujung track tu ada beberapa ekor anjing pulak duk melepak berkeliaran di tepi laluan ..Terus jadi “roadblock” tak rasmi..Asalnya CCL memang nak jalan sampai hujung track tu, lepas tu masuk ikut jalan taman untuk cukupkan 10KM… tapi terpaksa patah balik. Sudahnya kena guna laluan lain dan ulang-alik beberapa kali nak cukupkan jarak. Laluan tu pulak jenis track batu-bata, tak berapa rata. Kejap tinggi, kejap rendah. Memang penat sikit kaki nak adjust. CCL tetap prefer laluan bertar rata, luas, sedap langkah.
Itulah cerita pagi kelmarin .. hasrat 10KM yang belum kesampaian .. Walaupun tak berjaya cecah 10KM penuh, tapi tetap puas hati sebab badan bergerak lama, peluh keluar, fikiran pun rasa ringan. 10KM cecah dua jam .. okeyh laa kan baru permulaan ..CCL nak target KM dulu .. next dah stabil baru nak target KM & masa ..
Next mission: 10KM full tanpa gangguan anjing! Kita cuba lagi next day