Assalamualaikum dan hai semua
Doorgift Kenduri: Dapat Kek Coklat Moist Dua hari berturut-turut attend kenduri… alhamdulillah rezeki kan.. Terima kasih tuan rumah kerana sudi menjemput CCL sekeluarga, Seperti biasa, lepas balik kenduri memang tak sah kalau tak share doorgift apa yang dapat hari ni..Hari ni dapat yang manis-manis..
Untuk majlis walimatulurus Fatin & Aiman yang berlangsung pada 31 Disember 2025, pasangan pengantin memilih kek coklat moist sebagai doorgift kepada tetamu yang hadir .. Kek coklat ini dibungkus dalam bekas berbentuk hati yang comel, siap dengan sudu kecil. Di sebelahnya pula disertakan kad ucapan bercorak klasik yang memaparkan nama pengantin serta tarikh majlis, menjadikan doorgift ini nampak lebih kemas, eksklusif dan bermakna.
Simple, doorgift yang bajet tapi nampak eksklusif tauu!! .. memang sesuai sebagai buah tangan untuk tetamu. Semoga Fatin & Aiman berbahagia hingga ke syurga ..


0 Ulasan
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan