Assalamualaikum dan hai semua
Cerita Banjir Perlis 2025 - Day 4 & Day 5 Ada rakan blogger yang bertanya Perlis banjir lagi ka? Alhamdulillah ..sekarang banjir dah surut .. sebaik sahaja uguys semua baca entri ni semua tempat dah kembali pulih dari banjir .. CCL baru sempat nak update entri banjir, simpan sini buat kenangan ..
ini entri last tentang banjir hari ke empat dan hari kelima .
Cerita banjir Perlis Day 4
Pagi hari keempat banjir melanda Perlis, jalan-jalan dah makin menunjukkan penurunan paras air . Alhamdulillah ..pagi hari tu seusai lepas subuh gerak pergi kerja , pagi tu dah tak naik kereta pickup , tapi van company yang datang untuk pickup staff-staff ..alhamdulillah ..ada yang bertanya kenapa tak naik van company sahaja dari awal banjir melanda kan tak perlu nak redah air banjir .. sebenarnya van company meragam tauu , so risiko kalau nak jalan jauh bahaya balik .
Balik kerja petang tu, redah air banjir , tapi paras dah makin surut alhamdulillah ..
Cerita banjir Perlis Day 5
Seperti kelmarin pergi kerja van company yang pickup pagi tu .. tapi..tapi van pun dah menunjukkan tanda- tanda nazak yerr ..dah berbunyi macam-macam .. risau juga dibuatkan .. lepas van redah kawasan air banjir yang boleh dikatakan ada sesetengah tempat yang masih paras dalam van dah jadi semput-semput . Mujur sempat juga la pergi ambil kawan CCL yang lagi seorang.. dan lagi soeorang lagi kawasan berdekatan tempat CCL kerja juga .. selepas semput-semput masih lagi berkhidmat ya, tiba-tiba dah bagi amaran naik lampu merah pada enjin ..sekejap nyala sekejap terpadam ..
Gagahkan juga memandu sampai ke tempat kerja ..alhamdulilah ..tetapi lepas pada tu , van dah tak boleh hidupkan ..maka kena hantar bengkel .. terima kasih van yang berkhidmat untuk staff pagi , petang dan malam selama dua hari ..



11 Ulasan
Yang penting selamat sampai pejabat dulu...alhamdulillah, selamat perjalanan CCL sepanjang hari banjir ..
BalasPadamAlhamdulilah semua kembali surut. Yang penting CCL dan orang lain selamat
BalasPadamAlhamdulillah dah surut banjir, kembali pulih dan masyarakat tenang..kena berdoa syukur rakyat perlis ya,..inshaAllah
BalasPadamAllahuakbar van pun dah nazak sebelum mengakhiri perkhidmatan ambil pekarja. Semua semuanya kembali pulih ye
BalasPadamSemoga semuanya kembali baik-baik sahaja oke. Tak pernah lagi sampai Perlis.
BalasPadamSekarang ni masih hujan ke sana? Kat Pahang ni minggu ni masuk musim hujan semula.
BalasPadamke bengkel juga gara-gara redah banjir van akhirnya ye ccl?
BalasPadamRisau pula van terhenti tengah jalan.
BalasPadamNasib baik bertahan van itu sampai Kakak tiba di tempat kerja yaaa. Memang banyak kendaraan yg rusak jika dah kena banjir ini
BalasPadamItulah takutnya bila banjir, nak harungi air naik atas jalanraya. Nasib baik van masih bertahan dapat hantar dan ambil staff ya.
BalasPadamBerjasa van tu..
BalasPadamVan company akk masuk banjir setahun kat bengkel walau insurance bencana semua ada. Masalahnya van tu buatan China jadi banyaklah prosesnya.
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan