Assalamualaikum dan hai semua
Beli Produk Dherbs Set Jimat Premium Beberapa hari lepas, CCL tercheckout produk Dherbs. .Tak lain tak bukan, sebab ternampak live founder Dherbs sendiri Datuk Aliff Syukri bersama Datin Shahida di Shopee..Sejujurnya memang tak ada dalam planning langsung nak top up skincare untuk bulan ni. Pagi tu lepas settle kerja, saja-saja CCL buka Shopee.. Sekali scroll, ternampak Datin Shahida tengah live. Tengah layan live tu, Datin sedang lelong Set Jimat Premium Dherbs..Kononnya nak tengok saja… tapi biasalah, jari ni pantang nampak lelong ,entah macam mana, tercheckout dan terbeli pula set tu. Tak apa lah, anggap kongsi rezeki dengan Datin Shahida dan Datuk Aliff Syukri. Lagipun tak salah CCL support produk tempatan..
Apa yang ada dalam Set Jimat Premium Dherbs ni?
Dalam satu set, ada 3 produk + 1 free gift:
-Lip Plum (Free Gift)
Masa mula-mula Datin lelong dalam live, harga set ni RM50...tak lama lepas tu, Datin turunkan lagi harga jadi RM45, yang ni memang tak boleh kawal diri, terus tekan checkout! ..Pantang betul kalau ada sales, lelong dan diskaun macam ni. Lepas tolak voucher apa yang patut, jumlah yang perlu dibayar cuma RM37 sahaja. Jimat kan? Jimat sangat-sangat!
Kalau beli produk secara loose, memang rasa rugi sikit:
-Minyak Aura 7 Bunga – RM22
-Collagen Jelly Cream – RM22
-Snow Tinted Sunscreen – RM30
-Lip Plum – RM12.90
Total dah berapa tu… memang jauh beza dengan harga set..Kalau dapat grab Set Jimat Premium ni, memang jimat berganda.
Baru nak cuba semua produk Dherbs ni, harap-harap sesuai dengan kulit, kalau serasi, boleh repeat lagi lepas ni..


11 Ulasan
Tertengok video Dato Alif jual pepokok tu, langsung kena bebel dgn Datin, berdekah gelak.
BalasPadamBenda boleh jimat why not kita check-out.
Wahhhh..Untung besar nih =D
BalasPadamSetakat ini dua produk pernah beli di TikTok memang tak mengecewakan. Rasa lebih bersemangat memakainya :)
BalasPadamCuya terpengaruh beli sling bag dia.. dato aliff tu ada saja idea dia nak menjual hahaha
BalasPadamBanyak jimat tu. Kalau sesuai dengan kulit boleh repeat lagi.
BalasPadamTeringin nak try yang mandian 7 bunga tu. CCL dah try? Nanti review hehe
BalasPadamwah murah betul bila dia bagi harga sebegitu. ye sunscreen pun dah 30 kalau banyak camni 37 memang berbaloi. nanti review minyak aura tu boleh ccl?
BalasPadamBerbaloi sangat beli masa live..tp tulah, kita ni jenis tak sabar..malas nak tunggu live ni
BalasPadamItulah tidak boleh tengok. Saya pasal Wowshop. Tengok harga jimat beli banyak.
BalasPadamIh memang jimaaat sangat kak 😄👍👍👍. Beruntung lah bisa dapat harga segitu, beli set pula. Cocok tak setelah pakai?
BalasPadamNanti CCL review ya, bagus tak produknya. Akak tak pernah cuba produk dHerbs ni.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan