Assalamualaikum dan hai semua
Annual Dinner 2025 : Tema Klasik P.Ramlee & Saloma Jumaat lepas, 19 Disember 2025, selesai sudah annual dinner untuk tahun 2025.. Tahun ni tema memang lain macam sikit Klasik P. Ramlee & Saloma. Bila tema klasik, memang meriah tengok gaya masing-masing malam tue..Ada yang berkebaya cantik, ada yang berkebarung klasik, ada juga yang betul-betul all out ikut vibe zaman dulu. Rasa macam balik ke era filem hitam putih sekejap malam tu.
Photobooth pula dibuat atas pentas utama, memang spot wajib untuk tangkap gambar kenangan...
Lepas tu kan kat luar dewan ada satu lagi photobooth khas untuk setiap department, senang nak ambil gambar ramai-ramai satu team...
Tak lengkap annual dinner tanpa hadiah kan? ..Bahagian hadiah pun menarik , dari hadiah biasa-biasa sampai lah ke grand prize. Masa cabutan bertuah tu, semua fokus tengok nombor masing-masing, mana tahu rezeki malam tu ..
Untuk menu pula, memang kenyang..Menu utama malam annual dinner adalah steamboat, lepas tu ada nasi goreng Cina,sate, side dish, dessert dan macam-macam lagi. Pilihan makanan pun banyak, memang sesuai untuk makan santai sambil borak.
Selain makan-makan, malam tu diselitkan juga dengan beberapa aktiviti supaya tak bosan. Ada cabutan bertuah, sesi karaoke, dan juga permainan-permainan ringan untuk memeriahkan suasana. Gelak ketawa memang tak berhenti lahh..
Bila semua acara dah selesai, last sekali acara bergambar bersama setiap department. Ambil gambar kenangan sebagai penutup annual dinner tahun ni.
Overall, annual dinner 2025 memang berjalan lancar dan meriah. Tema klasik P. Ramlee & Saloma ni memang buat suasana lain macam simple, santai tapi penuh kenangan ..















1 Ulasan
meriah sungguh.... best kalau dapat hadiah lagi...
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan