Salam Kemerdekaan Ke-68 - Cuti Panjang Atau Kerja ?

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Salam Kemerdekaan Ke-68 - Cuti Panjang Atau Kerja ? Salam Kemerdekaan yang ke-68! Tahun ni memang terasa meriah sikit sebab cuti umum sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos 2025 jatuh hujung minggu. Jadi secara automatik, ramai yang dapat long weekend cuti Merdeka. Memang ramai yang ambil kesempatan untuk rehat panjang atau balik kampung.Kalau tengok jadual cuti sekolah pun, cuti Merdeka kali ni kena dengan hujung minggu. Jadi makin seronoklah budak-budak, mak ayah pun boleh luang masa lebih lama bersama anak-anak. Ada yang plan pergi bercuti, ada yang buat aktiviti santai di rumah

Tapi tak semua orang bercuti ya. Ada juga yang tetap kena kerja macam CCL sendiri. Kalau tak ada event dengan family atau adik-beradik, memang lebih memilih untuk kerja. Lagi pun boss CCL pun tengah cuti beberapa hari, big boss pula turun Perlis. Jadi nak tak nak, CCL kena standby.

Merdeka 68, Merdeka 2025, Hari Kebangsaan Malaysia 2025, Cuti Umum 31 Ogos 2025, Cuti Panjang Merdeka 2025, Long weekend Ogos 2025,

Kebetulan pula memang ada kerja yang perlu diselesaikan sebelum masuk bulan September. Tambah lagi dengan sistem baru yang CCL baru nak belajar, memang bertambah kerja la jawabnya. Tak apalah, rezeki masing-masing kan. Walaupun tak dapat cuti panjang, sekurang-kurangnya dapat luangkan masa dengan cara sendiri.

Apa-apa pun, semoga kita semua dapat meraikan Hari Merdeka 2025 dengan penuh kesyukuran. 68 tahun dah Malaysia merdeka, moga negara kita terus aman, makmur dan maju.

So korang macam mana? Cuti panjang sempena Merdeka kali ni, ada yang plan travel ke atau kerja macam CCL?


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Selamat Hari Merdeka 🇲🇾🇲🇾🇲🇾
    Akk pun berehat di rumah je. Bagi chance Abg berehat sekejap sambil² join kelas online

    BalasPadam
  2. Selamat menyambut Hari Merdeka ke 68. Dah tentu cuti sehingga 1/9 😁

    BalasPadam
  3. Banner tu cantik tau, salam kemerdekaan yang ke 68.Semoga kita bahagia jalani hidup dalam negara Malaysia, kita perkuatkan iman dan taqwa, buat amalan yang menjurus ke alam abadi..InshaAllah

    BalasPadam
  4. 17 Agustus kemarin di sini pun cuti long weekend, tp rata2 kalo cuma long weekend, tak banyak yg cuti traveling. Lebih memilih Istirahat di rumah selama libur 😅.

    BalasPadam
  5. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-68. Ada hikmahnya juga tak cuti tu Lyana, gaji mesti triple kan kalau public holiday ni.

    BalasPadam
  6. Salam kemerdekaan yang ke 68 buat CCL juga..incikSuami ajak kita jalan²..follow je lah

    BalasPadam
  7. Ammi cuti tp layanlah kehendak anak2 balik asrama.

    BalasPadam
  8. Saya duduk rumah sahaja.
    Semoga ceria CCL.

    BalasPadam
  9. Rehat² di rumah je jika berpeluang🥰

    BalasPadam
  10. MA cuti panjanggg..MC & PH... Allah kasi rehat betul2 kann, alhamdulillah. now naik keja..busy la

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan