Rania Healing Naik Buaian Pokok

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Rania Healing Naik Buaian Pokok 

Buaian yang tergantung di dahan pokok pelam itu jadi port terbaik untuk tenangkan fikiran. Duduk sambil goyang perlahan, pandang ke langit biru dan daun-daun yang menari ditiup angin, memang rasa dunia ni tenang sekejap.Kadang-kadang kita tak perlukan jauh-jauh nak healing. Duduk di buaian pokok pun dah cukup buat hati rasa ringan. Lagi best bila ada bunyi burung berkicau, tambah rasa damai. 

Setiap petang ni lah healing versi Rania ni memang simple, tapi penuh ketenangan, sesekali perangai nakal dia tu ada juga . 




Masa si Rania naik buaian terhayun ke kiri ke kanan sempat ambil gambar masa tu  senyum seikhlas, nampak betul seronok. Lepas dah bosan naik buaian, mula lah perangai dia berlari ke sana ke mari . Tak lama lepas tu, jatuh !! tangannya luka, berdarah sikit sebab tergesel dengan batu. Nasib baik lukanya tak teruk. Cepat-cepat cuci dengan air bersih dan sapu ubat. Alhamdulillah, selepas tu dia boleh senyum balik. Cuma kerap kali mengadu sakit..sakittt ..



Gambar yang sempat diambil sebelum dia jatuh tu jadi kenangan, bukti betapa gembiranya dia bermain walaupun akhirnya dapat luka sikit kat tangan. 


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Best jadi budak2 tak fikir masalah dunia. Healing naik buaian.

    BalasPadam
  2. seronoknyaaa dia......angin sepoi-sepoi

    BalasPadam
  3. Mirip dengan kak CCL Rania ini lah ☺️.

    Tuhlaah anak2 kan. Tapi jatuh sekalipun tetap suka main di sana 😄. Berayun di Hammock ini memang buat nyaman.

    BalasPadam
  4. Seronoknya Rania. Rindu zaman budak-budak, mudah terhibur dan tak payah fikir apa, hanya main je kan. Aduh, jatuh pulak dia. Mesti menangis lepas tu tak serik juga kan.Tetaplah main.

    BalasPadam
  5. Kemahen diaaa.... seronoknya..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan