Coffee Lover Giveaway

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Coffee Lover Giveaway Rasanya dah lama tak join giveaway blogger. Dulu, setiap kali nampak giveaway, mesti rasa teruja nak cuba nasib. Seronok sebab selain peluang menang hadiah , rasa dia macam masuk pertandingan kecil-kecilan tapi penuh dengan kemesraan. Bukan saja untuk menang hadiah, tapi seronok dapat blogwalking, baca pelbagai cerita menarik, dan kadang-kadang bertukar komen dengan blogger lain.

Kali ni bila ternampak Coffee Lover Giveaway, hati CCL terus terpanggil. Sebagai pencinta kopi, memang tak boleh lepaskan peluang. Coffee Lover Giveaway kali ni anjuran dari Blogger Mummy Ayu .. Syarat-syarat pun sangat mudah , Uguys yang mana nak join Giveaway ni boleh terjah link Coffee Lover Giveaway

Jadi, kalau tanya CCL kenapa patut dipilih pemenang, jawapannya mudah…

Kopi dan CCL memang tak dapat dipisahkan. Pagi, petang, malah malam pun kadang-kadang CCL bancuh kopi. Kopi bukan sekadar minuman, tapi terapi. Aroma dia ubah mood, rasa dia bagi semangat. Aroma dia mampu tenangkan fikiran. Rasanya pula jadi sumber tenaga. Setiap kali hirup kopi panas, rasa macam semua masalah hilang sekejap. Memang sesuai sangat kalau giveaway ini untuk pencinta kopi sebab CCL salah seorangnya! Acewahhhh .. 

Ada orang kata kopi ni sekadar minuman, tapi bagi CCL… kopi adalah satu moment. Moment untuk tenang, moment untuk recharge tenaga, dan kadang-kadang moment untuk mengubat rindu suasana santai di kafe.Orang yang betul-betul minum kopi setiap hari tau secawan kopi boleh mengubah mood dan memberi tenaga luar biasa.

Antara hadiah yang akan menanti pemenang dalam GA ni adalah Crochet Cup holder .. aaa.. comel sangattt tau 

Kalau ada rezeki untuk menang GA dari blogger Mummy Ayu ni harapa-harap dapat crochet cup holder warna brown ni .. barulah sesuai dengan tema-tema kopi .. Menang atau tidak, yang penting rasa seronok tu dah cukup berharga. Tapi kalau ada rezeki menang… alhamdulillah, 



Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Good luck CCL...nanti nak join juga

    BalasPadam
  2. tq so much sudi join..good luck yer

    BalasPadam
  3. Good luck CCL 🤲🏻
    Eh, Akk pun target yg tu juga haha

    BalasPadam
  4. Comel hadiahnya kan. Betul-betul pencinta kopi seperti nama blognya lah kan. Semoga ada rezeki untuk Lyana.

    BalasPadam
  5. https://belogsjm.blogspot.com/2025/08/coffee-lover-giveaway-oleh-mummy-ayu.html?m=1

    BalasPadam
  6. Semoga ada rezekinya nanti.

    BalasPadam
  7. Semoga kak CCL bisa menang yaa 😘. Memang baguuuuuus hadiah dari mummy ayu. Seandainya saya bisa ikut, teringin juga.

    Tapi bicara GA, jadi terpikir nak buat. Biasanya saat traveling saya memang bikin GA di Instastories IG. Kebetulan NOV nak ke Malaysia , Ipoh dan Putrajaya, jadi bolehlah saya buat juga supaya teman2 yg di Malaysia bisa ikut 😄. Nak pikirkan dulu caranya

    BalasPadam
  8. Comelnyaaa MA kait sendiri. Semoga berjaya

    BalasPadam
  9. Rezeki cik capp..tahniah

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan