Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pemergian Arwah Sepupu Di Usia Muda Jam satu pagi kelmarin, ayah CCL terima satu panggilan dari pakjang CCL mengatakan anaknya dah tiada ..Ayah CCL terus bergegas ke hospital ..CCL memang tak tahu menahu lagi tentang perkhabaran tersebut .. Bangun subuh pagi tu selepas selesai semua CCL baca wassap group , terima berita yang sangat mengejutkan. Sepupu telah pergi meninggalkan kami semua. CCL pada mulanya memang tak percaya , tapi bila rata-rata cakap benda yang sama , ramai adik beradik yang update status perkhabaran tersebut, CCL kena percaya arwah dah tak ada .. sekelip mata yaa..
Katanya, arwah jatuh ketika bermain futsal bersama kawan-kawan...lepas tu terus dibawa ke hospital untuk postmortem. Saat menerima berita itu, hati rasa kosong dan sukar untuk percaya.
Pagi itu, jenazah selesai dimandikan serta dikafankan di hospital, kemudian dibawa pulang ke rumah untuk penghormatan terakhir bersama ahli keluarga dan sahabat handai. Suasana penuh sebak, masing-masing cuba menahan air mata.
Selepas solat Zohor, jenazah dibawa ke masjid berhampiran rumah untuk disolatkan. Ramai hadir, tanda arwah disenangi ramai ketika hayatnya. Selesai sahaja solat jenazah, di masjid arwah terus dibawa ke tanah perkuburan dan disemadikan di situ.
Pemergian arwah di usia yang masih muda memang meninggalkan kesan mendalam, mengingatkan kita semua kematian tidak mengenal usia tua mahupun muda, bila sampai waktunya kita semua akan dijemput Ilahi. Sepatutnya 1 September yang akan datang sepupu CCL kena lapor diri di JPN Perlis (kerja tetap) tapi tu lah tak sempat . Allah ambil nyawa dia dulu ..
Arwah sepupu CCL pergi meninggalkan isteri dan anak lelaki berusia 2 tahun. Hanya doa yang mampu kami semua kirimkan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan keluarga diberikan kekuatan menghadapi ujian ni ..
Al-fatihah Sepupuku . .
Berehatlah, semoga dipermudahkan segala urusan akhirat di sana .





15 Ulasan
salam takziah CCL.. semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. semoga keluarga CCL tabah menghadapi ujian ini..
BalasPadamAlfatihah.. Salam takziah buat keluarga
BalasPadamإِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُوْنَ
BalasPadamاَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Allhuakbar, berat dugaan ni. Semoga seluruh keluarga diberikan kesabaran dan kekuatan menghadapi ujian ni. Salam takziah.
Takziah buat CCL & family
BalasPadamإِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُوْنَ
BalasPadamاَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Takziah buat keluarga CCL.Kematian semakin dekat, saya juga masih lalai belum berusaha untuk memperbaiki diri.
Innalillahiwainnalillahirajiun
BalasPadamSemoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aamiin.
Semoga ALLAH ampuni dosanya. Semoga dia dijauhkan dari azab kubur dan api neraka. Semoga ALLAH terangkan kuburnya dan semoga ditempatkan di kalangan para syuhada dan ditempatkan di dalam syurga Firdaus.
Salam Takziah. Semoga dipermudahkan urusan. AlFatihah
Takziah buat CCL dan seluruh keluarga.
BalasPadamSemoga arwah ditempatkan bersama para solihin 🤲🏻
Ya Allah sedihnya aaa. Semoga almarhum diterangi kuburnya, dilapangkan selalu, diterima segala amal kebaikan. Dan semoga keluarga yg ditinggalkan, terutama istrinya kuat menghadapi cobaan ini.
BalasPadamMasih kecil sangat anaknya yaa 😭
Allah hu akbar, saya seperti nak menitis air mata lihat paparan blog adik ni, sebab kawan saya kemarin meninggal jatuh dari motorsikal terlanggar anjing melintas jalan..ada vedionya tapi saat tu kawan saya pengsan dan disahkan meninggal..Al fatihah..kepada kawan yang muda dah pergi tu..ya Allah ampuni dosa mereka..tempatkan di sisi orang yang beriman..
BalasPadamSalam takziah..sedih nampak, kita juga akan seperti itu..kita yang masih hidup teruskan beramal apa juga demi saham akhirat ya dek..
BalasPadamInnalillahiwainnailaihirajiun. Semoga Allah tempat arwah bersama orang-orang soleh. Amin.
BalasPadamInnalillahiwainnailaihirojiun...
BalasPadamSalam takziah, CCL. Tumpang sedih baca berita mengejut pemergian ahli keluarga. Ajal maut di tangan Tuhan, tak kenal usia. Allahuakbar..
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُوْنَ
BalasPadamSalam takziah CCL dan keluarga.
Innalillahiwainnailaihirojiun...salam takziah. al fatihah buat arwah...
BalasPadamSalam Takziah CCL, Innalillahiwainnailaihirojiun...
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan