Salam 1 September 2025 !

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Salam 1 September 2025 ! Selamat pagi Isnin semua. Selamat bercuti kepada yang masih bercuti dan selamat bekerja buat yang dah mula bekerja hari ini. Apa pun mood uguys pagi ni, semoga kita semua memulakan bulan September dengan langkah yang baik dan penuh semangat baru..Kalau nak ikutkan, bulan September ni ibarat buku baru. Setiap helaian yang kosong tu kita sendiri yang akan corakkan dengan usaha, doa dan juga semangat. Kalau bulan-bulan sebelum ni ada tersilap langkah, biarlah ia jadi pengajaran untuk kita bangun lebih kuat. 💪

Bagi CCL sendiri, minggu ni memang agak padat dengan kerja pejabat. Hari ni juga merupakan hari terakhir CCL nak siapkan tugasan penting. Sejak dua ke tiga hari lepas memang tak lekang dengan fail dan kertas kerja kena pastikan semuanya lengkap tanpa ada sebarang kesilapan. Fuh, memang rasa macam berjiran dengan kertas dah ..

Kadang-kadang rasa macam tak cukup masa, tapi bila fikir balik kalau kita susun jadual dengan betul, insyaAllah semua akan selesai tepat pada waktunya. Yang penting, jangan mudah stress dan jangan lupa rehat sekejap untuk segarkan minda . Setiap minggu ada cabaran berbeza, dan setiap bulan pula ada cerita baru. 

Salam 1 september, selamat datang september 2025, doa awal bulan september

Bulan September ni, semoga jadi bulan yang lebih baik dari bulan sebelum-sebelumnya. Sama ada dalam urusan kerja, rezeki, kesihatan, mahupun hubungan dengan orang sekeliling. Moga permulaan September ini membawa kelancaran dalam setiap urusan kerja. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita, baik di pejabat mahupun di rumah.

Doa kecil untuk permulaan bulan September:

“Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami, jauhkanlah kami daripada kesilapan yang tidak disengajakan, dan berkatilah setiap langkah kami.”

Semoga hari ini dan hari-hari seterusnya berjalan lancar, tanpa sebarang kesilapan, dan penuh dengan perkara baik.


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Semoga dipermudahkan semuanya bulan September ni. Masih cuti hari ni.

    BalasPadam
  2. semoga hal yg baik2 saja berlaku sepanjang september ni :D

    BalasPadam
  3. Slowly but surely. Pelah-pelan kayuh, ikut mana yang perlu disiapkan dulu. Take care.

    BalasPadam
  4. Amin, YRA atas doanya.
    Semoga yang baik-baik saja untuk kita semua di bulan baru ini.

    BalasPadam
  5. Aamin, YRA ...
    Bulan September bulan Linda dengan abang Mu'az

    BalasPadam
  6. Amin. Semoga urusan kita dipermudahkan oleh Allah.

    BalasPadam
  7. aamin..moga semua yang baik baik untuk september ni

    BalasPadam
  8. Aamiinn YRA🥰
    Semoga dipermudahkan segalanya.

    BalasPadam
  9. September ini saya agak kuatir sebenarnya. Sebab warning akan gempa mega thrust semakin sering 😔😔. Karena prediksi September. Harap2 tidak terjadi, tapi apapun kami yg di jakarta, Bekasi, bandung, Karawang , Bogor, dah bersiap memang.

    BalasPadam
  10. kejab je dah masuk september kan?

    BalasPadam
  11. September banyak dugaan buat akak...

    BalasPadam
  12. Komen ketika sudah masuk bulan Oktober. September banyak perkara yang sangat serabut. Semoga Allah selesaikan dengan baik.
    Tq kongsi doa. Kena doa banyak-banyak akak ni.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan