Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kehilangan Lagi .. Al-Fatihah Kehilangan lagi .. ya kehilangan .. baru dua hari lepas CCL kehilangan makjang Jah .. hari ini sekali lagi CCL dikejutkan dengan berita pemergian Pakteh Lan. Allahuakbar. Arwah Pakteh Lan memang sakit,baru 3 bulan lepas dapat tahu dia penghidap kanser tahap 3. Ulang-alik hospital, buat rawatan kimoterapi pun tak berkesan. Doktor pun maklumkan pada keluarga sel kanser sudah merebak ke seluruh saraf termasuk otak. Beberapa hari lepas Pakteh dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas, terlantar tanpa sedarkan diri. Petang tadi CCL terima panggilan telefon dari anak pakteh… abah dia dah tiada. Innalillahiwainna ilaihirojiun.
Jenazah sudah dibawa pulang selepas Maghrib. Semua adik beradik berkumpul di rumah pakteh. Pukul 8.30 malam tadi, CCL balik dari kerja terus singgah rumah pakteh , sebab CCL dah start on duty pagi esok memang susah nak tukar shift, tak sempat nak ikut ke kubur .InsyaAllah esok jam 11 pagi arwah akan dikebumikan. Al-Fatihah buat arwah Pakteh Lan. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.


13 Ulasan
Alfatihah buat arwah. Bila kata kanser tahap 3 kena redho apa lagi bila dah merebak sel kansernya. Salam takziah buat famili
BalasPadamTakziah buat keluarga CCL..
BalasPadamsalam takziah buat keluarga CCL..
BalasPadamsemoga kedua dua arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..aamin
Al-fatihah (dibaca)..Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman & soleh..Amin
BalasPadamإِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
BalasPadamTakziah CCL.
BalasPadamSemoga diberi kesabaran buat seluruh keluarga utk menghadapi ujian berat ni.
Inna lillah wa inna ilayhi roji’un.
BalasPadamSalam takziah buat CCL dan keluarga.
Ya Allah, bertubi2 kehilangan ini ya kak 😭. Yang sabar dan kuat untuk kak CCL. Pakteh sudah tidak merasakan sakit. Semoga beliau ditempatkan dalam golongan orang2 beriman 🙏
BalasPadamإِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
BalasPadamSalam takziah buat Lyana dan keluarga. Semoga Allah kurniakan kesabaran dan kekuatan yang tinggi menghadapi ujian berat ni. Aamiin....
Moga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.
BalasPadamtahniah ccl sekeluarga
BalasPadamOrg kata akhir zaman ni kalau Allah ambil tu tandanya dia syg. Innalillahiwainnailaihirojiun bt arwah pak teh
BalasPadaminnalilahwainailarojiun
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan