Kehilangan Lagi .. Al-Fatihah

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Kehilangan Lagi .. Al-Fatihah Kehilangan lagi .. ya kehilangan .. baru dua hari lepas CCL kehilangan makjang Jah .. hari ini sekali lagi CCL dikejutkan dengan berita pemergian Pakteh Lan. Allahuakbar. Arwah Pakteh Lan memang sakit,baru 3 bulan lepas dapat tahu dia penghidap kanser tahap 3. Ulang-alik hospital, buat rawatan kimoterapi pun tak berkesan. Doktor pun maklumkan pada keluarga sel kanser sudah merebak ke seluruh saraf termasuk otak. Beberapa hari lepas Pakteh dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas, terlantar tanpa sedarkan diri. Petang tadi CCL terima panggilan telefon dari anak pakteh… abah dia dah tiada. Innalillahiwainna ilaihirojiun.


Jenazah sudah dibawa pulang selepas Maghrib. Semua adik beradik berkumpul di rumah pakteh. Pukul 8.30 malam tadi, CCL balik dari kerja terus singgah rumah pakteh , sebab CCL dah start on duty pagi esok memang susah nak tukar shift, tak sempat nak ikut ke kubur .InsyaAllah esok jam 11 pagi arwah akan dikebumikan. Al-Fatihah buat arwah Pakteh Lan. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Alfatihah buat arwah. Bila kata kanser tahap 3 kena redho apa lagi bila dah merebak sel kansernya. Salam takziah buat famili

    BalasPadam
  2. Takziah buat keluarga CCL..

    BalasPadam
  3. salam takziah buat keluarga CCL..
    semoga kedua dua arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..aamin

    BalasPadam
  4. Al-fatihah (dibaca)..Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman & soleh..Amin

    BalasPadam
  5. إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎

    BalasPadam
  6. Takziah CCL.
    Semoga diberi kesabaran buat seluruh keluarga utk menghadapi ujian berat ni.

    BalasPadam
  7. Inna lillah wa inna ilayhi roji’un.

    Salam takziah buat CCL dan keluarga.

    BalasPadam
  8. Ya Allah, bertubi2 kehilangan ini ya kak 😭. Yang sabar dan kuat untuk kak CCL. Pakteh sudah tidak merasakan sakit. Semoga beliau ditempatkan dalam golongan orang2 beriman 🙏

    BalasPadam
  9. إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎
    Salam takziah buat Lyana dan keluarga. Semoga Allah kurniakan kesabaran dan kekuatan yang tinggi menghadapi ujian berat ni. Aamiin....

    BalasPadam
  10. Moga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

    BalasPadam
  11. Org kata akhir zaman ni kalau Allah ambil tu tandanya dia syg. Innalillahiwainnailaihirojiun bt arwah pak teh

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan