Penghargaan Perdana Menteri Untuk Rakyat . Rezeki Jangan Disangka!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Penghargaan Perdana Menteri Untuk Rakyat . Rezeki Jangan Disangka! Hari ni buka je media sosial, penuh orang kongsi berita gembira Perdana Menteri umum penghargaan khas untuk rakyat! Alhamdulillah, ada juga sinar di hujung terowong untuk kita semua yang tengah berjimat cermat sekarang ni. Kalau sebelum ni kita biasa dengar bantuan masa musim perayaan atau bajet tahunan, kali ni penghargaan ni diberi sebagai tanda terima kasih kepada rakyat yang sabar, yang kuat hadapi cabaran, yang terus sokong pembangunan negara. Terasa dihargai, kan?

pengumuman penghargaan PMX, pengumuman PMX 23 Julai 2027, bantuan one off RM100, Cuti tambahan hari malaysia, kadar tol , harga minyak ron 95

Tak sangka, dalam keadaan ekonomi serba mencabar, masih ada ruang untuk kerajaan hulur tangan bantu meringankan beban. Bukan semua orang senang. Ramai tengah survive je sekarang. Jadi bila ada gesture macam ni memang kena pada masa.Ada orang mungkin kata, “Ala, bukan banyak mana pun.” Tapi bagi yang betul-betul perlukan, setiap sen tu ibarat nyawa. Nak isi minyak, beli pampers, bayar sewa semua tu perlukan duit.

4 Inisiatif Utama untuk Rakyat

1. Bantuan tunai RM100 (one‑off)

pengumuman penghargaan PMX, pengumuman PMX 23 Julai 2027, bantuan one off RM100, Cuti tambahan hari malaysia, kadar tol , harga minyak ron 95

Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima RM100 melalui MyKad, sebagai sebahagian daripada program Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Boleh digunakan dari 31 Ogos hingga 31 Disember 2025, di lebih 4,100 kedai runcit dan pasar raya tempatan  .

2. Potongan harga RON95 ke RM1.99/liter

pengumuman penghargaan PMX, pengumuman PMX 23 Julai 2027, bantuan one off RM100, Cuti tambahan hari malaysia, kadar tol , harga minyak ron 95

Melaksanakan penstrukturan dan penyasaran subsidi, di mana rakyat Malaysia akan menikmati harga RON95 sebanyak RM1.99 seliter (berbanding RM2.05 sekarang), manakala warga asing akan membayar harga pasaran penuh  .

3. Cuti umum tambahan – 15 September 2025

pengumuman penghargaan PMX, pengumuman PMX 23 Julai 2027, bantuan one off RM100, Cuti tambahan hari malaysia, kadar tol , harga minyak ron 95

Bersempena Hari Malaysia, hari kerja ditambah cuti umum pada Isnin, 15 September 2025 untuk mempromosi perpaduan dan peluang kunjung-mengunjung atau bercuti santai  .

4. Tiada kenaikan tol & subsidi RM500 juta

pengumuman penghargaan PMX, pengumuman PMX 23 Julai 2027, bantuan one off RM100, Cuti tambahan hari malaysia, kadar tol , harga minyak ron 95

Kerajaan menanggung kos lebih RM500 juta bagi mengekalkan tarif tol terkini pada 10 lebuh raya utama seperti SDE, LPT2, SKVE, LLB dan MEX  .

Apa-apa pun, syukur dulu. Dalam keadaan ekonomi tak menentu ni, bantuan sekecil mana pun tetap beri kesan. Kadang RM100 tu lah boleh beli barang dapur untuk beberapa hari. 



Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Alhamdulillah, walaupon tak banyak, tetap bersyukur

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..merasa juga lah berbelanja guna IC nanti...hihihi...
    cuti tambahan tu pun syok, sebab memang plan nak amik cuti minggu tu, jimat lah cuti kita

    BalasPadam
  3. Ya betul tu. Alhamdulillah syukur atas rezeki yang Allah beri

    BalasPadam
  4. Cuti umum tambahan tu yang seronok! Tapi…sana sini mesti sesak. Lagi pulak kena cuti sekolah masa tu.

    BalasPadam
  5. Love cuti tambahan tu. Yeayyyy

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah rezeki kan...

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah. Rezeki untuk rakyat Malaysia.

    BalasPadam
  8. Harga minyak turun sesuatu yg tak mungkin terjadi di sini 🤣🤣🤣. Sejak Soeharto dilengserkan, memang subsidi minyak dah hapus. Jadi kami beli minyak ikut harga global. 😂. Tapi macam mana lagi. Makanya kenapa saya rutin ke Malaysia tiap tahun , bahkan bisa 2x dalam setahun, hanya utk refreshing, Krn Malaysia memang muraaaah sangat barang2nya. 👍👍. Indonesia jauuh lebih mahal. . Saya puas shopping tiap kali kesana. Mungkin Krn tax di sana juga rendah.

    BalasPadam
  9. mungkin sesetengah orang tak anggap rm100 tu besar tapi kepada mereka yang memerlukan sangat bersyukur

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah...ada juga lah faedah untuk rakyat.

    BalasPadam
  11. Alhamdulilah dh bagi kita terima saja

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan