Nilai RM100 Kita Berbeza

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Nilai RM100 Kita Berbeza RM100…Di pusat beli-belah mewah, ia mungkin hanya cukup untuk satu hidangan makan malam.Di pasar mini , ia boleh penuhkan satu bakul dengan barangan dapur harian. Tapi di hadapan tabung masjid, RM100 terasa berat untuk dilepaskan dari genggaman. Hati mula berkira-kira, “Banyak ni kalau derma…”


Sebenarnya, nilai RM100 itu tak pernah berubah. Yang berubah cuma bagaimana kita melihatnya dan di mana kita berdiri ketika menilainya.Bagi orang yang pernah melalui kesusahan, RM100 boleh jadi harapan.Bagi yang sedang berada, RM100 mungkin sekadar duit minyak atau bayaran parking. Namun bagi si kecil yang lapar,bagi si ibu tunggal yang kais pagi makan pagi, bagi pusat tahfiz yang bergelap kerana tiada dana elektrik, RM100 itu sangat besar nilainya.

Hakikatnya, rezeki yang kita genggam hari ini… bukan semuanya milik kita. Ada bahagian yang Allah titipkan, untuk kita salurkan kepada yang memerlukan. Bukan soal jumlah, tapi soal keikhlasan. Kerana tangan yang memberi itu… tak pernah rugi. Kita yang menerima, akan ditanya, adakah kita mensyukuri, atau mengkufuri..

Semoga setiap sen yang kita belanjakan dan yang kita infaqkan, diberkati dan digandakan oleh Allah SWT.

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Terima kasih CCL. Insaf!

    BalasPadam
  2. Keikhlasan itu yg penting...ada lebih, kita beri lebih... insyaAllah

    BalasPadam
  3. Krn itu saya berusaha untuk sisihkan uang utk zakat dan sedekah dulu saat terima income. Baru setelah itu saya bagi2 untuk post pengeluaran . Ibaratnya zakat dan sedekah bagi saya kewajiban. Jadi sebelum uangnya habis kemana2, hrs diutamakan. So tak ada rasa berat

    BalasPadam
  4. Betul. Teringat kisah “sampah bagi kami rezeki buat yg lain”

    BalasPadam
  5. semoga kita sentiasa terbuka hati untuk melakukan kebaikan.. ameen..

    BalasPadam
  6. gambar last tu insaf terus tgk...

    BalasPadam
  7. semoga kita sentiasa bersyukur atas pemberian

    BalasPadam
  8. Betul. Selalu jumpa macam tu lah. Bila nak keluarkan duit untuk bersedekah, terasa banyak nilainya.

    BalasPadam
  9. Deep sangat, tq adik manis ingat mengingati

    BalasPadam
  10. Betul kak. Beda orang, beda keperluan. Bagi yg tidak berpunya tentunya Rm100 bisa berarti banyak. Tp bagi yg kaya raya, receh saja buatnya. Jadi seharusnya utk dimasukkan dalam kotak amal pun, seharusnya tak berat bagi dia. Kalo masih berat juga, sering2lah dia lihat ke bawah, banyak orang2 yg masih mengais rezeki hanya utk makan sehari.

    BalasPadam
  11. Betul sangat. Walau berapa nilainya, syukurlah dan hargainya dengan rezeki yang kita dapat.

    BalasPadam
  12. Haritu nampak kat posting ustaz kamilin jamilin, dia cakap kalau nak tahu rm100 tu besar atau tak, cuba derma kat masjid rasa berat ke tak.

    I bet he's right

    BalasPadam
  13. aamiin... so true, berbeza mengikut tempat kann

    BalasPadam
  14. Ada lebih masukkan lebih, janji sedekah walaupun nilai tak seberapa

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan