Assalamualaikum dan salam sejahtera
Zus Yang Terakhir Kalinya ? CCL ni pelanggan setia Zus Coffee . Setiap minggu sama ada dua atau tiga kali wajib order minuman dari Zus, tapi sejak-sejak kejadian yang tengah hangat di sosial media terus jadi kecewa . Mana tidaknya Zus bekerjasama dengan Adidas walaupun dalam one-off event . Sekali gus ramai yang kecewa dengan tindakan Zus Coffee
Sebelum kejadian berikut hangat diperkatakan dalam minggu tersebut . Sempat juga CCL merasa Zus Coffee , tapi untuk kali ni mungkin yang terakhir kalinya . Bungkusan terisi Spanish Latte Zus Coffee pemberian dari kawan CCL .
Mostly inilah salah satu minuman favourite CCL di Zus Coffee , kawan-kawan CCL pun memang sudah tahu CCL sukakan Spanish Latte ni , so minuman ni juga laa yang dia belanja .. Kawan CCL belanja ni sebelum kejadian tu berlaku tau .. so minum jer ..
Tapi itulah, sejak-sejak kejadian tu berlaku , entah mana nak cari Spanish Latte yang rasa sama dengan Zus . Kopi premium Zus tu memang sedap .. Rasa aroma kopi memang tak boleh lawan dengan Richiamo .
Korang peminat Zus Coffee . Korang boikot atau tidak ?
13 Ulasan
Ya... Rasa sangat kecewa dan terkilan bila Zus keluarkan statement mcm tu. Bila dah rasa sedap kat tekak ni tiba²... Takpelah kita kena cari yg lain lebih enak la lepas ni.
BalasPadamPH bukan peminat ZC or mana² brand. Fav drink Teh Ais je :)
BalasPadamSy x minum kopi pernah sekali je beli zus utk encik suami.. xpelah puasa kopi pasni ye CCL
BalasPadamsy pon suka zus.. nampak gayanya kena beralih ke kopi lain.. mesti byk lg yg lg sedap dr zus kan.. =)
BalasPadamemm...linda tak pernah rase ZUs...jadi takboleh nak komen
BalasPadamdulu saya pun peminat Zus, lagi3 waktu di awal pelancarannya. sanggup drive jauh semata zus atau sanggup habiskan duit dengan membuat tempahan di grab. selepas dari isu disahkan 'kencing manis' yang entah wujud ke tidak, auto stop zus. taktahu kenapa HAHAHA. mungkin sebenarnya kencing manis tu adalah effect ubat. sebab sekarang okay je tiada pun kencing manis. pelik ~ hehhehe. tp asbab 'kencing manis' tu lah, dah stop zus. tapi kalau ada orang belikan, saya okay je nak minum. heheh
BalasPadamYa tahu ada kes Zus ni tapi tak tahu apakah kes yg diperkatakan tu.....kena cari balik apa yg hangat ni.....
BalasPadamMA pun berbelah bagi jugak ni.. ntah la.. memang kena try jugak la kot
BalasPadamTu la kecewa jugak dengan Zus ni. Tak dapat nak minum dah. Ada hikmahnya jugak ni.
BalasPadamAkak lebih kepada Gigi Coffee, Zus ni jarang2
BalasPadamhmm samalah kita.. kecewa betul dgn ZUS..
BalasPadamMinat dan itulah satu2nya apps coffee shop yg ada dalam phone. Dok kutiplah points setiap hari tp tetiba timbul isu ni. Hmmmm. Anak buah yg kerja kat zus pun kata sales drop teruk
BalasPadamSaya langsung cari tahu dulu beritanya sebelum komen di sini. Jujur tak tahu Krn tak sampai ke sini case mereka.
BalasPadamZus cafe ini ada dalam list kafe kopi yg akan saya coba Akhir june ini Krn nak ke KL dan Penang.
Tapi setelah baca berita ini, agak galau juga nih. Saya memang tak pakai dan konsumsi apapun yg berkaitan dengan negara har.am ja.dah satu itu. Hanya saja di lain pihak zus dah meminta maaf dan tidak akan berhubungan lagi dengan segala yg terkait isrewel. Kita harap memang betullah. Apalagi ini sebenarnya brand kopi lokal Malaysia kan yaa.
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan