Perkampungan Sunnah Ke-9 , Kangar Perlis (2024) Perkembangan di negeri Perlis semakin menarik, khususnya program ilmu terbesar yang paling ditunggu tunggu setiap tahun di Malaysia 'Perkampungan Sunnah' yang pada tahun ini adalah kali yang ke 9.
Untuk tahun ini dihadirkan 4 tokoh dari negara Jiran Indonesia.
Salah seorangnya sudah sangat dikenali di negara ini dan sangat ditunggu dan diharapkan dari siri siri perkampungan sunnah sebelum ini iaitu Ustaz Dr Khalid Basalamah.
Tokoh berikutnya iaitu K.Hj Dr Muhammad Zaitun Rasmin yang juga baru dilantik sebagai ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis baru baru ini. Ini juga suatu perkembangan yang menarik di negeri Perlis apabila majlis fatwanya kini dianggotai seorang tokoh dari Indonesia.
Berikutnya Dr K.hj Saidul Amin yang merupakan rektor Universitas Muhammadiyah Riau. Kedua dua mereka Dr Zaitun Rasmin dan Dr Saidul Amin juga telah menganggotai Ahli Majlis Ilmuan Nusantara yang telah ditubuhkan baru baru ini juga di Perlis di bawah Majlis Agama Islam Perlis bagi membincangkan hal ehwal yang bersangkutan agama Islam di rantau asia tenggara. Persidangan pertama telah pun berlangsung untuk kali pertama beberapa bulan yang lalu dan telah mengeluarkan resolusi bersama berkenaan pendirian aqidah ahli sunnah wal jamaah dalam berinteraksi dengan perbezaan kumpulan dan juga pendirian ahli sunnah wal jamaah berkenaan amalan pembersihan jiwa.
Tokoh yang keempat ialah Ustaz Nidhol Masyhud dari Pondok Pasentren Maskumambang Indonesia yang telah juga diundang ke Perlis dan ada videonya mengupas salah faham berkenaan dengan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah.
Turut bersama sekali lagi dalam Perkampungan Sunnah kali ke 9 ini juga adalah tokoh yang sudah dikenali juga di Malaysia iaitu Syeikh Wan Syukri al Fathoni. Beliau juga adalah salah seorang wakil dari Thailand yang menganggotai juga Majlis Ilmuan Nusantara yang bersidang kali pertama beberapa bulan yang lepas.
Dengan perkembangan menarik ini kita Melihat Perlis telah jauh melangkah kehadapan dengan mengambil inisiatif dalam hal ehwal agama Islam bukan hanya diperingkat Malaysia khususnya bahkan telah menjangkau ke negara negara serumpun. Mudah mudahan Allah memberkati usaha-usaha ke arah kemajuan Islam di Perlis ini dan memberkati hasil usaha dan buah fikiran yang digerakkan oleh Sahibus Samahah Dato Mufti negeri Perlisحفظه الله. Bertepatan tema bagi tahun ini ialah:
JIHAD: MEMARTABATKAN DAKWAH, MEMPERTAHANKAN UMMAH.
5 Ulasan
Alhamdulillah, semoga semakin banyak majlis2 sebegini diadakan...
BalasPadamCCL sempat join?
BalasPadamAkak teringin jugak nak join walau sekejap, tapi belum ada kesempatan. InsyaAllah cuba tahun depan kalau ada rezeki.
Ada member ajak pegi... jadual pulak tidak mengizinkan
BalasPadamalhamdulillah... bagus makin banyak majlis2 mcm ni
BalasPadamBagus ada program macam ni
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan