Sangkaya Pandan Tanpa Telur

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Sangkaya Pandan Tanpa Telur Teringin nak makan Sangkaya pandan dengan roti kukus panas-panas . Susah nak jumpa Sangkaya pandan di kedai-kedai makan , dan memang susah nak jumpa yang betul-betul kena dengan selera tekak  . Maka macam biasa nak tak nak kena rajinkan diri untuk belajar resepi sangkaya pandan dari youtube . 


Balik dari kerja terus cari bahan-bahan untuk buat sangkaya . Bahan pun memang sangat mudah korang hanya perlu sediakan santan, roti gardenia,daun pandan, tepung jagung, gula dan garam . Hah mudahkan .. 


SANGKAYA, RESEPI SANGKAYA PANDAN , RESEPI SANGKAYA PANDAN TANPA TELUR, CARA MUDAH BUAT SANGKAYA TANPA TELUR, SANGKAYA PANDAN TANPA TELUR, SANGKAYA ROTI GARDENIA, SANGKAYA ROTI KUKUS, SANGKAYA PANDAN, RESEPI

Cara penyediaan pun memang sangat mudah . Hangpa blend saja daun pandan untuk ambil air pati pandan tersebut . Campur air pati pandan tadi bersama santan , gula dan garam secukup rasa dan beberapa sudu besar air bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah .Gaul sebati dan boleh masak atas dapur dengan api yang perlahan, kacau sehingga tekstur kuah hampir pekat .


Sesetengah resepi ada yang masukkan telur , disebabkan stok telur sekarang ni dalam kawalan barang, so decide untuk tidak masukkan telur dalam resepi ini .. Menjadi juga tau . Ohh roti gardenia jangan lupa kukus . Sedap roti yang dah siap dikukus dicicah bersama sangkaya pandan . 


Marbelouss . 


5 Ulasan

  1. Pernah buat sekali. Sedap ni buat minum petang. Nak buat pun mudah je.

    BalasPadam
  2. Wah simple je eh.. Nnt bole try juga ni

    BalasPadam
  3. Nmpk mudah je.. dlu penah jugak try yg resepi bertelur tu.. kalau kat sarawak, nenek² selalu buat sekaya hand made ni utk mkn dgn ketupat lemak masin

    BalasPadam
  4. Dah malam malam ni, jadik teringin pulakk. Hahaa

    BalasPadam
  5. BETUL tu buat sendiri puashati , ikut kesesuaian rasa kita manis masinnya tu.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan