Assalamualaikum dan salam sejahtera
TEALIVE : SPARKLING PINK GUAVA TEA WITH ROSELLE JELLY Tealive ada keluarkan perisa terbaru , kali ini dengan gandingan perisa pink guava bersama jeli roselle . CCL pun tunggu apa lagi terus nak cuba menu baru nie , memandangkan cuaca kat peqelih ni memang hangat lit-lit so CCL malas pulak nak keluar pergi Tealive, sudah tu kalau ramai terpaksa beratur ikut giliran . So tanpa melengahkan masa CCL terus buka apps foodpanda . Apa lagi, search sahaja Tealive Kangar and then terus pilih minuman dan terus bayar .
Menu baru Tealive Pink Guava
-Sparkling pink guava tea with roselle jelly
-Milkshake pink guava with roselle jelly
Tersilap submit order minuman !!
Bila cuaca hangat sangat ni , of course laa tekak pun dahaga sangat . Kering tekak beb !! bila bukak apps foodpanda Tealive Kangar boleh pula tersilap submit order . Aduhh mata ni tersalah tengok , CCL hanya nampak pink guava terus jari ni laju je klik . Dalam 15 minit macam tu abang panda pun selamat hantar order tersebut . . Buka plastik tealive maka CCL pun eh ! eh ! eh ! .. Hahaha . Bila tengok label ok pink guava but bukan milkshake tapi terorder sparkling . Nak tak nak kena minum juga la ..Salah diri sendiri juga kan .
Sedap tak Sparkling pink guava tea with roselle jelly ?
Macam biasa , ia ikut citarasa masing-masing . Ada yang boleh terima tekak dan ada yang tak boleh terima tekak . Memandangkan CCL tidak berapa sukakan air yang bergas , so memang tidak la nak repeat air sparkling pink guava tea ini .
Rasa sparking pink guava tea with roselle jelly
-gabungan perisa pink guava , rebusan teh hijau , bersama air soda bikarbonat
- ada rasa-rasa pink guava , manis-manis sedikit dan rasa kelat-kelat pahit teh hijau . Tapi pahit tu tak ada laa sepahit-pahit ubat , just nice sahaja rasanya . Gabungan rasa yang seimbang githuu
-jeli roselle sedap sangat . CCL puji sebab CCL suka roselle ni .
Kalau korang belum rasai lagi sparkling pink guava bersama roselle jelly ni boleh la terjah Tealive yang berhampiran dengan tempat korang tinggal .
Next time nak order milkshake pink guava .
Harap-harap sedap !
6 Ulasan
selalu kalau nak beli tealive mesti ngulang menu sama hehe. seram nak beli yang x biasa nii.. kang membazir pulak kalau x kena dengan tekak
BalasPadamPersonally saya lebih suka Sparkling Guava ni berbanding Guava Milkshake tu. Hehe. Refreshing sangat rasanya.
BalasPadamSelamat menikmati keenakan air tealive.. :)
BalasPadamsaya dah cuba yang milkshake, saya suka! kena dengan tekak!
BalasPadamAkak x pernah beli air Tealive ni. hehe..Tak reti nak order kalau pi ke TeaLive. Takut ter order air tak sedap. ahhh sudah..jenuh nak perabiskan...
BalasPadamBegini hasilnya bila guava bercampur roselle. Dominant warna roselle. Ini pun belum cuba lagi Lyana.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan