SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA

 Assalamualaikum dan salam sejahtera .


SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA Alhamdulillah .Tanggal 12 Mac 2021  ,genap satu tahun ulang tahun perkahwinan CCL yang pertama dengan suami . Pejam celik , pejam celit ehh dah cukup setahun melayari bahtera nakhoda rumah tangga yang pelbagai macam liku-liku kehidupan .

  

CERITA CCL , ANNIVERSARY , HAPPY ANNIVERSARY , SAMBUTAN ULANG TAHUN PERKAHWINAN


Terbinanya satu rumah tangga, bohong laa kalau setiap hari sentiasa manis-manis belaka . Ada hari bahtera nakhoda dilanda ribut juga . Nak mempertahankan itu memang susah . Pelbagai cabaran , pelbagai perasaan so laluilah segala cabaran rumah tangga dengan tenang . Memandangkan CCL  suami masih lagi PJJ walaupun seberang negeri .. Sorang di Perlis dan sorang lagi di Kedah cabaran hidup PJJ ni memang mencabar . Nak tak nak kena laluinya dengan tenang ..


Rentetan majlis akad nikah , majlis resepsi perempuan dan majlis resepsi lelaki alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun masa tu bumi Malaysia bergelut dengan wabak Covid-19 tetapi SOP yang ditetapkan oleh MKM untuk sesi majlis kenduri tetap boleh dijalankan mengikut kapasiti yang telah MKM tetapkan . Alhamdulillah walaupun keadaan sedikit membimbangkan , Allah permudahkan segala urusan untuk CCL adakan majlis penting dalam hidup tepat pada tarikh cantik yang CCL inginkan . 


Alhamdulillah Allah berkati kami berdua untuk bina masjid . 

-Akad nikah berlangsung pada 12.03.2021

-Majlis resepsi perempuan 13.03.2021

-Majlis resepsi lelaki 20.03.2021


Doakan rumahtangga yang terbina kekal ke jannah ..next  entri yang akan datang CCL nak share rentetan majlis . Tahun lepas tak dapat nak share atas kekangan masa . 


Untuk korang yang belum join GIVEAWAY 2022 : HAPPY 1ST ANNIVERSARY CCL & HUSBAND   , jemputlah join . Giveaway akan melabuhkan tirai pada 4 April 2022 




Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Alhamdulillah..selamat ulangtahun perkahwinan Lyana dan suami. Semoga terus bahagia sampai syurga. Aamiin...

    BalasPadam
  2. alhamdulillah....moga kekal bahagia hingga ke jannah hendaknya....aamiin

    BalasPadam
  3. happy anniversary.... barakallahulakuma... isnya allah nnt sy join GA tu. tlg igt kan saya ya

    BalasPadam
  4. Happy Anniversary CCL & Husband..Moga rumahtangga yang dibina berkekalan & dikurniakan zuriat soleh dan solehah..Aamiin...

    BalasPadam
  5. Happy Anniversary CCL dan hubby..
    Semoga berbahagia hingga ke Jannah InsyaAllah..

    12 mac 2011 tarikh Aini bersanding dulu..hehe

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan