Assalamualaikum dan salam sejahtera
CARA MENDAPATKAN TANDA "SAH / VERIFIED" DI MYSEJAHTERA Ramai telah berkongsi di media sosial bahawa MySejahtera mereka telah dikemaskini dengan fungsi ‘Sahkan Segera’ atau ‘Verify Now’ untuk mendapatkan status ‘Sah’ atau ‘Verified’
Bagaimana nak dapatkan tanda "sah / verified " di MySejahtera ? Caranya memang sangat mudah .
Langkah 1 :
-Pastikan korang mengemaskini kepada MySejahtera versi 1.1.8 dan ke atas. korang tidak perlu uninstall aplikasi MySejahtera. Sebaliknya, hanya pergi ke Google Play Store / Apple App Store / HUAWEI AppGallery dan klik pada pilihan Kemas Kini.
Langkah 2 :
-Dalam skrin Daftar Masuk, korang akan nampak butang berwarna merah yang tertera dengan "Sahkan Segera" .Klik pada butang tersebut.
Langkah 3 :
-Dalam halaman Pengesahan, semak untuk memastikan butiran ini tepat :
1.Nama : Sila masukkan nama penuh anda, pastikan ia sepadan dengan MyKad atau pasport anda. Ini termasuk Bin, Binti, A/P atau A/L seperti yang diperlukan.
2.No. Kad Pengenalan/Pasport : Semak nombor MyKad atau pasport yang anda telah daftarkan di bawah akaun MySejahtera ini.
3.ID MySJ : Semak nombor telefon / alamat e-mel yang anda gunakan untuk mendaftar akaun MySejahtera ini.
Langkah 4 :
Klik pada pilihan Edit untuk membuat perubahan yang diperlukan.
Langkah 5 :
Setelah korang selesai, klik Sahkan untuk menghantar butiran korang kepada pasukan MySejahtera.
9 Ulasan
kita dah auto verified.
BalasPadamAah saya punya pun sama.
PadamBaru je up-date tadi :-)
BalasPadamdah refresh mysejahtera yang latest... tu la terperasan yg kat nama tu dah "verified"..
BalasPadamTerus akak check app akak. Dah verified. Tak perasan pun bila jadi. Tapi memang ada update app beberapa hari lepas.
BalasPadamBagus share ni untuk rujukan mana yang belum verified lagi. Saya pun auto verified. Tahu tahu dah ada verified tanda right.
BalasPadamdone..dpt notification utk udate my sejahtera kat playstore
BalasPadamBagus perkongsian ni. Ada juga orang tak faham.
BalasPadamakak punya auto verified...
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan