Advertisement

Responsive Advertisement

27 KOMEN TERKURUNG DALAM SANGKAR "SPAM" AKHIRNYA DAH BEBAS



Assalamualaikum dan salam sejahtera 



27 KOMEN TERKURUNG DALAM SANGKAR "SPAM" AKHIRNYA DAH BEBAS Malam-malam macam ni ada masa terluang sedikit , CCL bagi sedikit ruang untuk,entri blog. Sudah beberapa hari blog sunyi tanpa berita . Sebenarnya CCL baru sahaja habis bercuti . "short vacation" memang kalau mood bercuti tak sempat nak usha-usha blog . Nak tahu CCL bercuti di,mana tunggu next entri tau . 


Ok.seperti,biasa tiap kali CCL post apa-apa entri baru, beberapa jam selepas itu CCL akan double check semula rakan-rakan blogger yang rajin singgah,ke entri blog CCL dan tinggalkan seketul, dua ketul komen. Macam biasa CCL aktifkan "comment moderation" , normal lah bila korang tinggalkan komen akan masuk dalam inbox dahulu  then lepas CCL approve baru baru komen korang akan appear dalam entri tersebut . 


Malam ni , setelah selesai CCL membaca komen dan approve komen korang di dalam entri blog CCL , jari CCL tertekan pada bahagian komen lagi satu iaitu bahagian "spam" , terkejut juga laa ada 27 komen dari rakan blogger tercicir ke bahagian spam . Ribuan kemaafan CCL ucapkan untuk korang ya . Terlepas pandang . 



CERITA CCL, KOMEN MASUK SPAM,CARA MENGATASI I'M NOT ROBOT DI KOTAK KOMEN,KOTAK SPAM , KOTAK KOMEN BLOG


Maka terpaksa juga CCL baca dan approve sorang demi sorang . 27 tu banyak jugakan . Alahai main sembunyi-sembunyi di kotak spam pulak yer . 


CERITA CCL, KOMEN MASUK SPAM,CARA MENGATASI I'M NOT ROBOT DI KOTAK KOMEN,KOTAK SPAM , KOTAK KOMEN BLOG


Alhamdulillah akhirnya komen korang yang dah terkurung ke dalam sangkar spam akhirnya bebeas ke ruangan komen . Lepas ni kena lebih alert juga la. 



p/s : CCL nak adakan satu giveaway . Agak-agak ramai tak nak join 😊



Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Samalah.. Ada seorang di blogger yang biasa bertandang ke blog saya komennya masuk ke spam.

    BalasPadam
  2. Sama.. yang kak Fiza punya komen salu selit masuk SPAM.. haha.. mmg dah check selalu skrg ni... Pssstt.. giveaway .. hadiah apa.. nak joinnn.. hehee

    BalasPadam
  3. Uish, kena check hari-hari bahagian komen ni. Kang komen termasuk bahagian spam, merajuk pula member. Hehe :)

    BalasPadam
  4. Selalu juga kena macam ni. Kadang2 tu sampai berderet masuk spam.Geram pulak rasa.

    BalasPadam
  5. oo..terkurung masuk spam ke hehe nak buat camner terlepas pandang kan , nasib baik bukan saya punya hikhik

    BalasPadam
  6. pernah jugak jadi mcm ni...
    buat la..i join!

    BalasPadam
  7. mesti lega komen2 tu semua kan CCL hehe

    BalasPadam
  8. Alamak... lepas ni kena rajin check takut ada komen masuk sangkar spam.

    BalasPadam
  9. Mujur akhirnya CCL perasan jugak. Kalau tak, penat kawan tu komen tak muncul di blog pulak 😅

    BalasPadam
  10. Sekarang memang kena check spam hari hari. Tak tahulah kenapa ada komen termasuk dalam tu.

    BalasPadam
  11. Sama la..kadang terlepas pandang komen yang kat bhg SPAM sbb tak expect ada komen2 kawan blogger yang termasuk ke situ pulak..kena alert lepas ni...

    BalasPadam
  12. Sama la..kadang terlepas pandang komen yang kat bhg SPAM sbb tak expect ada komen2 kawan blogger yang termasuk ke situ pulak..kena alert lepas ni...

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan