TUANKU PERLIS CEMAR DULI RASMI BILIK SENSORI SUMBANGAN RMHC DI PERLIS

 

Assalamualaikum da salam sejahtera


TUANKU PERLIS CEMAR DULI RASMI BILIK SENSORI SUMBANGAN RMHC DI PERLIS “Amin amin ya Rabaljalil, Doa hamba yang sangat zalil, Kekalkan daulat serta adil Bagi perintah Jamalullail”. Haa korang pernah dengar tak ayat ni? Kalau tak pernah dengar inilah lirik negeri tanah tumpah kelahiran CCL, mana lagi kalau bukan Perlis Indera Kayangan yang amat CCL cintai.


Nak kenal siapakan yang memerintah negeri Perlis ini, sudah tentulah kerabat diraja Jamalullail. Baru-baru ini, CCL ada terbaca berita berkaitan Tuanku berdua yang telah mencemar duli untuk merasmikan bilik sensori sumbangan dari pihak RMHC. 


Majlis perasmian Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) yang ke 34 di Malaysia ini telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.



Apakah Itu RMHC? 

RMHC merupakan singkatan kepada Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC Malaysia). RMSR ini merupakan salah satu dari program RMHC Malaysia yang menyediakan bilik terapi deria dengan peralatan multi-sensori serba lengkap untuk merangsang deria-deria asas seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan dan menghidu bagi meningkatkan perkembangan kognitif dan keyakinan kanak-kanak berkeperluan khas dan mempunyai masalah pembelajaran.  


Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di A-Heart Universiti Malaysia Perlis sumbangan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald atau Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC Malaysia) dibuka secara rasminya sekarang untuk kegunaan kanak-kanak OKU.   


RMSR di A-Heart adalah merupakan sumbangan serta sokongan RMHC Malaysia kepada program pembangunan dan pembelajaran anak-anak berkeperluan khas di Negeri Perlis yang dijalankan oleh A-Heart di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Malaysia Perlis.  


Sehingga kini, RMHC telah membangunkan sebanyak 35 buah bilik terapi sensori di seluruh Malaysia, rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia, dengan kos tajaan lebih dari RM3.7 juta yang telah memanfaatkan lebih dari 7,000 orang kanak-kanak istimewa, termasuk di Sabah dan Sarawak.



Perlis Turut Menerima Sumbangan Zakat RM100,000 

Tidak hanya itu, CCL ikut terkejut apabila pihak McDonald’s Malaysia menyerahkan sumbangan zakat dalam jumlah yang agak besar. Tidak sedikit ya, RM100,000 yang diberikan. 


Acara penyerahan bayaran zakat korporat oleh McDonald’s Malaysia kepada Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bernilai RM100,000 ini disampaikan oleh YBhg. Dato’ Azmir bin Jaafar kepada YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim Bin Hj Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs.


Selain dari sumbangan zakat korporat, setiap tahun, dianggarkan lebih 7,000 aktiviti kemasyarakatan berjaya dianjurkan di bawah Program Komuniti McDonald’s dan RMHC melibatkan restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara. 


Di antara program-program yang telah dilaksanakan adalah sumbangan pek makanan kepada petugas-petugas frontliner, warga emas di pusat-pusat jagaan orang tua di seluruh negara bersempena tahun baru cina dan tajaan moreh di masjid-masjid berdekatan dengan restoran McDonald’s di bulan Ramadhan nanti.



“Pelancaran RMSR pada hari ini melengkapkan rangkaian RMSR di seluruh negara dengan  terwujudnya RMSR di setiap negeri di Malaysia, menjadikan RMHC organisasi yang memiliki rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia.  Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak A-Heart dan UniMAP bagi menyediakan kemudahan yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak berkeperluan khas di Perlis ini,”  kata Dato’ Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia merangkap Presiden RMHC. 

 

“Tajaan bilik terapi sensori ini juga dilengkapi dengan latihan untuk pelatih-pelatih kanak-kanak OKU ini agar mereka dapat memberikan perkhidmatan yang bersesuaian untuk kanak-kanak ini.”

“Sumbangan zakat korporat McDonald’s Malaysia ini merupakan tanggungjawab kami sebagai sebuah syarikat 100% entiti milik orang Islam dan tanda penghargaan kami kepada masyarakat atas sokongan kepada perniagaan kami walaupun ketika perintah kawalan pergerakan.”



CCL sebagai anak jati Perlis mengucapkan jutaan billion trillion terima kasih, terima kasih sangat-sangat tak terhingga terhadap McDonald’s Malaysia kerana tidak meminggirkan negeri kami yang sangat kecil comel molek ini.


Tak hanya CCL, rasanya seluruh rakyat Perlis berbesar hati dengan sumbangan yang telah dihulurkan

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Alhamdulillah.. Tahniah orang Perlis. Kemudian yang bermanfaat kepada mereka yang memerlukan.

    BalasPadam
  2. Oh CCL orang perlis, bagusnya mereka barbakti Alhamdulillah.

    BalasPadam
  3. bagus CSR McDonald's...zakat jg tidak dilupa...Alhamdulillah..

    BalasPadam
  4. Semoga program sebegini dapat diteruskan bagi membantu mereka yang memerlukan.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, kemudahan yang membantu utk orang yang memerlukan...

    BalasPadam
  6. Semoga kempen seperti ni dapat diteruskan untuk terus salurkan sumbangan kepada yang memerlukan.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan