DOKUMENTARI ISLAMIK JEJAK RASUL MEMBAWA KESINANBUNGAN DAKWAH ISLAMIAH DI TANAH MELAYU



Assalamualaikum dan salam sejahtera 


DOKUMENTARI ISLAMIK JEJAK RASUL MEMBAWA KESINANBUNGAN DAKWAH ISLAMIAH DI TANAH MELAYU Dokumenteri Islamik terbitan TV3, Jejak Rasul menjadi teman setia rakyat Malaysia setiap kali menjelang bulan Ramadan. Menampilkan Ahmad Fedtri Yahya sebagai perantara, edisi ke 27 ini, Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul membawakan kesinambungan dakwah Islamiah di Tanah Melayu seawal kurun pertama Hijrah.


Baru-baru ini, Jejak Rasul 2021 (JR2021) telah menerima berita baik apabila episod keenam mencapai 2.2 juta penonton semasa bersiaran pada 18 April lalu, jam 6.30 petang hingga 7.00 malam berdasarkan sumber oleh Nielsen Malaysia.

Walaupun tidak dapat menjalankan penggambaran di Mekah dan Palestin seperti dirancang, kagum dengan komitmen dan dedikasi produksi JR2021 yang berusaha dan berkarya dengan kreatif dalam menyempurnakan edisi tahun ini.Penonton kami dapat menyaksikan naratif dan videografi yang cantik ketika menjejak peninggalan sejarah Islam di Malaysia.



INFO , DOKUMENTARI ISLAMIK, DOKUMENTARI ISLAM, JEJAK RASUL , JEJAK RASUL DI TANAH MELAYU , JEJAK RASUL 2021, DOKUMENTARI JEJAK RASUL, DOKUMENTARI TANAH ISLAM



Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul yang diterbitkan bersama oleh Muhamad Amin Yusoff dan Ahmad Fedtri Yahya membawakan kesinambungan dakwah Islamiah di Tanah Melayu seawal kurun pertama Hijrah.Sesi penggambaran yang dilakukan selama 41 hari di tujuh buah negeri membawa para penonton menjejak peninggalan sejarah di Malaysia.



Lokasi Tanah Melayu yang strategik menjadi laluan utama pedagang sutera menghubungkan dunia Timur dan Barat, dengan pelabuhan-pelabuhan di daerah pesisir Tanah Melayu dipercayai menjadi pintu masuk alim ulama.


Episod keenam yang disiarkan pada 18 April lalu mencari jawapan benarkah sebuah wilayah Islam telah wujud di Melaka sebelum kehadiran Parameswara.Episod itu juga mencari jawapan apakah benar Kesultanan Melaka terbentuk hasil dakwah alim ulama asing.


Teruskan menonton Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul (15 episod) tajaan Pharmaniaga Baraka dan Jabatan Muzium Malaysia, setiap hari Jumaat hingga Ahad, jam 6.30 petang di TV3.


Anda juga boleh menyaksikan siaran ulangannya di TV9 pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 10.30 malam.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Suka sangat Jejak Rasul ni. Tambah2 ada Fetri Yahya. Sejak dia pegang jejak rasul content dia memang tak pernah mengecewakan🤗💕.

    BalasPadam
  2. best layn sambil masak ni..:)

    BalasPadam
  3. Dapat tengok beberapa episod. Suka dengan cinematography dan suara fedtri yang kena dengan program macam ni.

    BalasPadam
  4. sampai sekarang akak tak sempat nak tengokk jejak rasul yang terbaru ni huu

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan