SELESAI RESTOCK BARANG DAPUR


Assalamualaikum dan salam sejahtera


SELESAI RESTOCK BARANG DAPUR Alhamdulillah petang tadi CCL selesai restock barang dapur di salah satu pasaraya berdekatan rumah . Alhamdulillah orang tak ramai sangat , tetapi sebelum masuk terpaksa beratur untuk mengambil number giliran . Disebabkan ada number giliran so keadaan dalam pasaraya tersebut tidak begitu sesak . Nak memudahkan lagi CCL dah siap buat Senarai barang untuk dibeli . 




Alhamdulillah dengan adanya senarai tersebut sedikit sebanyak memudahkan operasi pencarian barang . Alhamdulillah semua barang dapat dibeli . 

Sikit lagi penuh raga hehe . Cukup laa restock apa yang perlu . 


TAK "PANIC BUYING" TAPI RESTOCK KELENGKAPAN BARANG DAPUR

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


TAK "PANIC BUYING" TAPI RESTOCK KELENGKAPAN BARANG DAPUR  Hari ni dah penghujung bulan Mei . Gaji pun dah masul dalam akaun bank . So kena topup keperluan barang dapur yang mana perlu . Memandangkan esok 1 June 2021 satu Malaysia dah diisytiharkan lock down . So ini bukan salah satu "panic buying" tetapi nak tak nak memang kena hari ni memang kena keluar untuk restock barang dapur . 



Perangai setiap kali nak keluar beli barang dapur , CCL wajib listingkan barang-barang apa yang nak dibeli , supaya mudah nak diingat dan tak ada la barang yang tertinggal nanti . Antara barang yang dah kehabisan stok , tak banyak . Macam CCL listkan di dalam gambar . 


Topup yang mana perlu dan barang tambahan untuk masakkan . So hangpa semua dah restock barang rumah ke ?? Jangan panic buying tau . Supermarket, pasar borong untuk kelengkapan barang-barang dapur tetap beroperasi macam biasa ikut ketetapan masa . So tak perlu panic buying takutnya beli banyak-banyak terutama bahan basah , tersimpan dalam peti ais. So beli yang mana perlu . Dah habis boleh topup yang baru . Tak salahkan . Jangan membazir time-time sekarang ni ekonomi tak menentu . 

SENARAI SOP PKP MKN YANG TIDAK DIBENARKAN BERMULA 1 JUNE 2021 - 14 JUNE 2021

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 





SENARAI SOP PKP MKN YANG TIDAK DIBENARKAN BERMULA 1 JUNE 2021 - 14 JUNE 2021


KAWALAN PEGERAKAN 

  • Merentas negeri dan daerah
  • Pasangan jarak jauh
  • Pelawat perniagaan jangka pendek kecuali dengan kebenaran PDRM
  • Ibu bapa atau penjaga yang menghantar anak-anak ke pusat jagaan kanak-kanak kecuali ibu bapa yang kedua-duanya bekerja di dalam perkhidmatan yang dibenarkan oleh Kerajaan mengikut kapasiti kenderaan

PENDIDIKAN
  • Semua Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah selain di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pusat tahfiz dan institusi-institusi pendidikan lain
  • Semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah KPM, institusi pendidikan swasta kategori sekolah dan pusat tuisyen, pusat bahasa, pusat kemahiran, pusat bimbingan dan lain-lain yang berdaftar di bawah KPM
  • Semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)  kecuali kepada pelajar IPT yang berkeperluan

PERNIAGAAN DAN PERKHIDMATAN
  • Dine-in dan perkhidmatan park & dine
  • Pasar tani, pasar minggu, pasar malam dan pasar tamu
  • Operasi kafe siber dan pusat siber
  • Aktiviti fotografi
  • Agensi nombor ramalan, lumba kuda dan kasino
  • Operasi spa, refleksologi, pusat urut
  • Wellness dan salun kecantikan
  • Perkhidmatan pedicure dan manicure 
  • Kedai gunting rambut 
  • Kedai perabot  
  • Pusat cuci kenderaan 
  • Kedai barang kemas 
  • Kedai buku dan alat tulis 
  • Kedai aksesori kenderaan 
  • Kedai pakaian, fesyen dan aksesori
  • Kedai alat permainan 
  • Kedai peralatan sukan 
  • Kedai bunga/ nurseri

OPERASI PERKHIDMATAN  SWASTA
  • Tidak dibenarkan bagi sektor swasta yang tidak disenaraikan dalam perkhidmatan perlu 

MESYUARAT 
  • Mesyuarat bersemuka tidak dibenarkan 

SEKTOR PERTANIAN , PENTERNAKAN , PERIKANAN,PERLADANGAN DAN KOMODITI
  • Tidak dibenarkan kecuali bagi tujuan sara hidup

TASKA , TABIKA DAN TADIKA 
  • Taska, tadika di sekolah swasta, antarabangsa dan ekspatriat serta pusat perkembangan minda bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun . Tidak dibenarkan kecuali hanya untuk anak-anak di mana kedua-dua ibu bapa dan penjaga merupakan petugas barisan hadapan dan bekerja dalam perkhidmatan perlu.

SUKAN DAN RIADAH
  • Program latihan berpusat termasuk kejohanan atau pertandingan tertutup secara kuarantin yang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis-Majlis Sukan Negeri (MSN Negeri) Tidak dibenarkan kecuali dengan menggunakan konsep Camp Based Training
  • Program latihan berpusat termasuk perlawanan latihan secara kuarantin bagi pasukan-pasukan dalam Malaysian Football League (MFL) Tidak dibenarkan kecuali dengan menggunakan konsep Camp Based Training
  • Pengoperasian semua fasiliti atau premis sukan dan rekreasi
  • Penganjuran kejohanan atau pertandingan atau perlawanan tempatan dan antarabangsa
  • Aktiviti sukan dan rekreasi yang dijalankan di luar atau merentas kawasan arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa

INDUSTRI KREATIF 
  • Pembangunan dan penyiaran kandungan kreatif secara rakaman atau siaran langsung merangkumi animasi, penggambaran filem, drama, promosi, sitkom dan seumpamanya, termasuk aktiviti seni tari, seni teater, seni muzikal, persembahan kebudayaan dan warisan serta seni muzik tidak dibenarkan kecuali bual bicara dan live streaming secara individu 
  •  Penyiaran secara rakaman atau secara langsung tidak dibenarkan kecuali program berbentuk penyampaian maklumat (selain daripada hiburan) seperti berita, forum dan bual bicara 
  • Pawagam dan pawagam pandu masuk tidak dibenarkan 
  • Persembahan di lounge hotel dan aktiviti indoor atau outdoor busking tidak dibenarkan

SEMINAR  , BENGKEL , KURSUS , LATIHAN DAN CERAMAH
  • Latihan dalam perkhidmatan tidak dibenarkan kecuali latihan yang sedang berjalan menerusi kaedah Camp Based Training
  •  Seminar, bengkel, kursus, latihan, persidangan, pameran, ceramah dan aktiviti berkaitan dengan Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) secara bersemuka tidak dibenarkan 
  •  Institut latihan memandu dan pusat latihan maritim tidak dibenarkan 
  •  Pusat Latihan Penerbangan tidak dibenarkan 

AKTIVITI HIBURAN
  • Aktiviti di kelab malam atau pub 
  • Aktiviti di panggung wayang 

MAJLIS SOSIAL
  • Majlis Rasmi atau Tidak Rasmi Kerajaan dan swasta 
  • Majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis sambutan perayaan, majlis meraikan pernikahan atau pertunangan, majlis perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial 
  •  Menerima tetamu atau pelawat di kediaman kecuali kes-kes kecemasan dan perkhidmatan penghantaran (delivery) 

PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN
  • Produk tarikan pelancong awam seperti zoo, farms, akuarium, pusat edutainment, extreme, adventure, nature parks dan lain-lain  
  • Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya, pentas persembahan budaya dan lain-lain 
  •  Taman Tema, Pusat Hiburan Keluarga, indoor playground dan karaoke termasuk karaoke keluarga  
  •  Aktiviti pelancongan ke luar daerah dan negeri • Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia tidak dibenarkan 


i-sinar : CARA TUKAR AMAUN SECARA ONLINE (PINDAAN PENGELUARAN)

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


INFO ,APA ITU KWSP,CARA SEMAK PENYATA KWSP SECARA ONLINE,SEMAK KWSP DENGAN MUDAH, i-sinar , CARA TUKAR AMAUN i-sinar SECARA ONLINE , MOHON i-sinar , DAFTAR AKAUN i-sinar


i-sinar : CARA TUKAR AMAUN SECARA ONLINE (PINDAAN PENGELUARAN) Selepas KWSP dan Kementerian Kewangan membenarkan permohonan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat, fungsi untuk membuat pindaan telah diwujudkan di dalam portal isinar.kwsp.gov.my.

Justeru, ramai yang masih tidak tahu jumlah permohonan pengeluaran i-Sinar sebenarnya boleh ditukar.

Berikut merupakan cara menukar jumlah pengeluaran i- Sinar akaun KWSP anda :

#1 Cara tukar amount i-Sinar di isinar.kwsp.gov.my


Berikuti ialah cara untuk buat pindaan pengeluaran amaun i-Sinar:

  • Log Masuk i-Sinar di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
  • Tekan butang Pindaan Pengeluaran
  • Masukkan Nombor MyKad / MyPR
  • Masukkan Nombor Telefon Bimbit
  • Tick kotak Saya bukan robot
  • Tekan butang Teruskan
  • Nombor OTP akan dihantar melalui SMS
  • Isikan nombor OTP
  • Tekan butang Sahkan OTP
  • Anda kini berada di bahagian PINDAAN PENGELUARAN I-SINAR
  • Masukkan maklumat berikut:Nama Penuh
  • Nombor MyKad
  • Nombor Telefon Bimbit
  • Alamat Surat MenyuratUntuk bahagian
  • Amaun dimohon, sila berikan perhatian agar tidak membuat kesilapan lagi.
  • Semak Amaun Pilihan Terdahulu
  • Semak Amaun Kelayakan Keseluruhan
  • Masukkan Amaun Pilihan Baharu
  • Sila tarik amaun seperti yang dikehendaki. Contohnya, jika anda layak RM10,000, tarik sehingga habis sehingga amaun menunjukkan jumlah RM10,000.
  • Tick kotak untuk pengesahan bahawa semua maklumat adalah benar; dan anda juga telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma dan Perakuan yang dikehendaki oleh KWSP
  • Tekan butang
  • TeruskanPermohonan pindaan pengeluaran iSinar anda kini sudah selesai


Berikut merupakan beberapa kesilapan lazim yang  sering dilakukan oleh orang ramai semasa mengemaskini i-Sinar

Antaranya ialah:

  • Anda tersilap memilih amaun pembayaran yang sepatutnya
  • Kalau anda boleh keluarkan maksimum RM10,000; keluarkanlah RM10,000
  • Anda juga perlu berhati-hati semasa memilih jadual pembayaran
  • Anda harus faham, jumlah amaun pengeluaran bulan pertama itu seharusnya lebih besar dari bulan-bulan yang lain
  • Jangan tersilap memasukkan Nombor Kad Pengenalan. Jika tersalah, anda tidak akan berjaya login ke dalam sistem
  • Jangan tersilap memasukkan nombor telefon. Jika tidak, anda akan mengalami kesukaran untuk mendapat OTP melalui SMS
  • Sila kemaskini nombor telefon anda sebelum mohon iSinar

MAGGI® SEDIA 130,000 MANGKUK BUBUR LAMBUK PENUH KHASIAT UNTUK WIRA BARISAN HADAPAN DAN KOMUNITI YANG MEMERLUKAN

 Assalamualaikum dan salam sejahtera .


MAGGI® SEDIA 130,000 MANGKUK BUBUR LAMBUK PENUH KHASIAT UNTUK WIRA BARISAN HADAPAN DAN KOMUNITI YANG MEMERLUKAN Semangkuk bubur lambuk merupakan sajian wajib setiap bulan Ramadan dan dianggap sebagai juadah nostalgia di kalangan rakyat Malaysia. Sempena Ramadan yang penuh keberkatan ini, pasukan Chef MAGGI® menyediakan 130,000 mangkuk bubur lambuk istimewa MAGGI® untuk diedarkan ke 135 lokasi di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.


Antara penerima sumbangan bubur lambuk MAGGI® tahun ini adalah para petugas barisan hadapan yang terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Badan Organisasi Mencegah Bencana Alam (Bomba), Polis Diraja Malaysia (PDRM), petugas-petugas kesihatan dan pejabat kerajaan yang telah bertungkus lumus mengabdikan masa dan tenaga mereka dalam perjuangan negara melawan pandemik COVID-19.


Bubur lambuk MAGGI® juga turut diagihkan kepada anggota masyarakat yang memerlukan seperti keluarga B40 dan penghuni di 52 Program Perumahan Rakyat (PPR), serta rumah anak yatim dan kebajikan.




Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, "Kami menghargai dedikasi dan pengorbanan yang tidak ternilai oleh wira barisan hadapan yang telah memberikan sumbangan besar terhadap keperluan masyarakat sepanjang pandemik ini. Ini adalah cara kami untuk mengucapkan terima kasih dan membawa kemeriahan Raya kepada mereka yang terus berkhidmat untuk negara pada masa-masa yang mencabar ini. Inisiatif bubur lambuk MAGGI® tahun ini lebih bermakna hasil jalinan kerjasama dengan Jasmine Food Corporation, ALIF, BHPetrogas dan Kara Malaysia, dalam menyediakan juadah berbuka yang enak dan seimbang, diperbuat daripada bahan-bahan segar seperti ayam dan rempah ratus. Dengan kerjasama rakan-rakan niaga, kami dapat membantu lebih ramai individu yang memerlukan sambil mengekalkan tradisi bubur lambuk istimewa kami."





Dalam menjayakan penyediaan bubur lambuk MAGGI®, pengeluar beras terkemuka di Malaysia Jasmine Food Corporation, telah menyumbang 2,500 kg beras wangi Jasmine dan jenama minyak masak ALIF menaja 1,250 liter minyak masak. MAGGI® juga menerima 140 tong gas petroleum cecair (LPG) daripada BHPetrogas dan 1,250 liter santan kelapa dari Kara Malaysia, pengeluar produk santan tempatan.


Nurul Shawalina dari KPJ Selangor Specialist Hospital berkata, "Kami sangat bersyukur dan terharu dengan sokongan yang diterima daripada MAGGI®. Sumbangan amal daripada MAGGI® ini memberi keceriaan kepada kami yang bekerja sepanjang masa dalam perjuangan melawan COVID-19. Semangkuk bubur lambuk MAGGI® yang penuh khasiat ini pasti akan memberikan kepuasan ketika berbuka puasa, serta membekalkan tenaga dan semangat yang sangat diperlukan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai petugas barisan hadapan dengan lebih sempurna."






Sementara itu, Hamdan Bin Harun, Presiden Rukun Tetangga (KRT) Taman Sri Rasau berkata, "Kami amat mengalu-alukan sumbangan amal daripada MAGGI® ini dengan tangan terbuka, yang ditujukan terutamanya bagi golongan miskin dan mereka yang menghadapi kesulitan akibat pandemik. Bubur lambuk adalah juadah yang dihasilkan dengan niat murni, sinonim dengan amalan memberi di bulan Ramadan. Oleh yang demikian sajian bubur lambuk MAGGI® ini pasti akan menguntum senyuman di wajah mereka sambil mengeratkan silaturahim antara masyarakat setempat sewaktu berbuka puasa bersama.” Penduduk Pangsapuri Taman Sri Rasau adalah antara 130,000 penerima bubur lambuk MAGGI® tahun ini.


"Tetap setia dengan janji jenama kami, Anda dan MAGGI® Sajikan Kelainan (You and MAGGI® Cook the Difference), kami yakin makanan yang disediakan sendiri di rumah mampu membawa kebaikan dan perubahan positif kepada keluarga dan masyarakat. Walaupun kita dilanda pandemik, bagi kami di MAGGI®, satu amalan yang tetap tidak berubah adalah semangat memberi. Komited untuk mencipta hidangan yang membawakan suasana meriah kepada rakyat Malaysia, kami berbesar hati dapat meneruskan tradisi edaran bubur lambuk MAGGI® yang berkhasiat setiap Ramadan, yang kini sudah berjalan selama beberapa tahun. Kami berharap inisiatif ini dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk berkongsi keberkatan Ramadan dengan mereka yang sedang berkhidmat atau memerlukan," tambah Geetha.


Untuk mempelajari cara menyediakan bubur lambuk MAGGI® yang lazat, layari laman web MAGGI® di www.maggi.my

DIBEA :MODEL G20 MINI CORDLESS VACCUM MOP ALAT PEMBERSIH 2 DALAM SATU

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera


VACCUM MOP DIBEA MODEL G20,CIRI CIRO VACCUM MOP DIBEA,JENAMA DIBEA,COLLABORATION,REVIEW,DIBEA,BLOGGER REVIEW,REVIEW CORDLESS VACCUM MOP DIBEA,VACCUM MOP DIBEA,CORDLESS,

DIBEA :MODEL G20 MINI CORDLESS VACCUM MOP ALAT PEMBERSIH 2 DALAM SATU Siapa yang tidak menyukai alat pembersih 2-dalam-1? Pembersihan rumah secara berkala sebenarnya bermanfaat bagi anda dan keluarga kerana mencegah penumpukan habuk dan alergen lain yang boleh mencetuskan alahan atau masalah pernafasan. Sekarang banyak dari kita juga beroperasi dari rumah, ruang kerja yang bersih menjadikan persekitaran kerja yang kondusif.


Namun, banyak yang merasa sukar untuk membersihkan rumah mereka secara berkala dan sering menangguhkan tugas ini sehingga mereka mempunyai alasan yang cukup baik untuk melakukannya, walaupun dengan alat yang tepat, pengemasan dapat menjadi mudah. Lihat pel vakum tanpa wayar terbaru, G20 Mini yang akan menyelesaikan tugas, menjimatkan masa dan tenaga anda.


VACCUM MOP DIBEA MODEL G20,CIRI CIRO VACCUM MOP DIBEA,JENAMA DIBEA,COLLABORATION,REVIEW,DIBEA,BLOGGER REVIEW,REVIEW CORDLESS VACCUM MOP DIBEA,VACCUM MOP DIBEA,CORDLESS,


Model G20 Mini adalah pel vakum tanpa wayar pertama Dibea yang dilengkapi dengan skrin LED Pintar yang memaparkan tahap bateri, mod sedutan (kuat atau rendah) dan memberi amaran kepada anda jika vakum terlalu panas atau memerlukan pembersihan.




Dengan kemampuan daya sedutan 20,000 Pa, lampu LED terpasang di sikat kepala serta fungsi vakum dan pel, kini anda dapat menghabiskan lebih sedikit masa untuk pembersihan harian anda.


VACCUM MOP DIBEA MODEL G20,CIRI CIRO VACCUM MOP DIBEA,JENAMA DIBEA,COLLABORATION,REVIEW,DIBEA,BLOGGER REVIEW,REVIEW CORDLESS VACCUM MOP DIBEA,VACCUM MOP DIBEA,CORDLESS,


Tubuhnya yang ringan kurang dari satu kilogram bermaksud anda tidak perlu memusingkannya di sekitar rumah anda, dan muncung vakum yang berbeza membolehkan anda menyasarkan setiap sudut dan celah dengan mudah. Kapasiti bateri yang besar 2600mAh memberi anda masa pembersihan tanpa gangguan selama 50 minit untuk menyingkirkan semua habuk, kotoran, serpihan makanan dari ruang tamu, bilik tidur, ruang makan, perabot dan juga komputer riba.


Mulai hari ini, G20 Mini akan tersedia secara eksklusif di Shopee dengan harga RM1059. Untuk meraikan pelancaran G20 Mini, Dibea memperlakukan pengguna Shopee dengan penjualan satu hari di mana pembersih vakum G20 Mini akan berharga RM899 semasa Jualan Mengejutkan sepanjang 27 Mei.


VACCUM MOP DIBEA MODEL G20,CIRI CIRO VACCUM MOP DIBEA,JENAMA DIBEA,COLLABORATION,REVIEW,DIBEA,BLOGGER REVIEW,REVIEW CORDLESS VACCUM MOP DIBEA,VACCUM MOP DIBEA,CORDLESS,


Selain itu, Dibea akan mengadakan pertandingan ‘Comment & Win’ yang akan berlangsung sehingga 6 Jun. Bagi mereka yang berminat untuk turut serta, ikuti Shopee MY di Facebook (https://www.facebook.com/ShopeeMY), seperti catatan di Dibea's G20 Mini, beri komen dengan hashtag #iloveDibea, #iwantDibeaVacuum dan jemput tiga rakan anda ke buat benda yang sama.


Peraduan ini akan menyaksikan lima pemenang bertuah berjalan dengan baucar Dibea bernilai RM100 untuk membeli pembersih vakum G20 Mini dari kedai rasmi Dibea di Shopee. Pemenang akan diumumkan pada 11 Jun dan diberitahu melalui bahagian komen di Facebook.


VACCUM MOP DIBEA MODEL G20,CIRI CIRO VACCUM MOP DIBEA,JENAMA DIBEA,COLLABORATION,REVIEW,DIBEA,BLOGGER REVIEW,REVIEW CORDLESS VACCUM MOP DIBEA,VACCUM MOP DIBEA,CORDLESS,


Bersempena dengan Penjualan Hebat 6.6 Shopee yang berlaku sekarang hingga 6 Jun, pengguna Shopee dapat menikmati potongan harga apabila mereka menggunakan baucar kedai Dibea sebelum mendaftar dengan dompet mudah alih ShopeePay: diskaun RM 40 dengan perbelanjaan minimum RM 900, potongan RM28 dengan perbelanjaan minimum RM680 pada 27 Mei dan diskaun RM18 dengan perbelanjaan minimum RM450 dari sekarang hingga 6 Jun.

Anda tidak mahu terlepas tawaran menarik dari Dibea ini, terus ke https://shopee.com.my/dibea.os

untuk mengetahui lebih lanjut. Tertakluk kepada terma dan syarat.

PERSIAPAN RAYA TAHUN 2021


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


PERSIAPAN RAYA TAHUN 2021 Eh !! Sepatutnya entri ni dah publish dua tiga hari sebelum nak raya . Asal draft lagi ni . Tersilap setting tarikh ke ? Hahah mujur check . Alang-alang dah typing macam-macam kan . Tekan publish je lah .. Mood raya lagi kan .CCL yakin ramai yang bersedih sebabnya tahun ini juga kita semua tak dapat nak balik kampung beraya bersama-sama keluarga . Bagi CCL ini tahun kedua mood raya dalam situasi pandemik Covid-19 . Walaupun sesetengah negeri ada yang berstatus PKP , PKPP , PKPB tetapi SOP setiap negeri tetap sama . Totally lockdown . Setiap negeri tidak dibenarkan sama sekali untuk rentas daerah apatah lagi rentas negeri . Sampai begitu sekali . Redha dengan apa yang berlaku . Tetapi entah sampai bila akan berlarutan . 





Mengenai persiapan raya, seperti biasa ada juga beli baju raya, persiapan dari segi kuih raya  . Walaupun mood raya tak dapat balik kampung tetapi CCL beruntung ada jugak adik beradik sebelah ayah walaupun tak ramai tapi bagi CCL tetap meriah . Tahun ini juga tahun tahun pertama CCL beraya bersama suami , tetapi raya pertama , raya kedua tetap raya berjauhan .memandangkan masing-masing kena jalankan tanggungjawab bekerja . Memandangkan suami di Kedah dan CCL di Perlis so urusan rentas negeri sangat-sangat tidak mengharapkan apa-apa . Masing-masing dah tahu SOP nya lagi ketat berbanding hari biasa . InsyaAllah asalkan dapat berhari raya . 


Alhamdulillah persiapan baju raya pun dah settle . Kuih raya pun in progress . Ketupat lemang pun in progress . Kemas rumah in progress jugak . Hangpa pulak persiapan raya macam mana tahun ni ? Meriah ke tak meriah ? 




CETAK GAMBAR KAHWIN ATAS PHOTO KANVAS MELALUI PRINTCIOUS GIFT

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


CETAK GAMBAR KAHWIN ATAS PHOTO KANVAS MELALUI PRINTCIOUS GIFT Seminggu yang lepas CCL ada update cerita mengenai  Printcious . yang belum berkesempatan membaca , korang boleh baca post HASILKAN HADIAH UNTUK BOSS ATAU RAKAN SEKERJA DI PRINTCIOUS . CCL bukanlah kali pertama menjadi customer Printcious tetap dah banyak kali  . CCL pernah submit order t-shirt dan button badge . memang kualiti dari Printcious sangat cantik dan menarik . Boleh baca review di SINI . 


PHOTO KANVAS,Printcious,PHOTO KANVAS DARI PRINTCIOUS,REVIEW,KANVAS DARI PRINTCIOUS,REVIEW BARANG DARI PRINTCIOUS,


Kalau sebelum ni CCL pernah oder T-shirt dan button badge , tapi kali ni CCL nak oder photo canvas . dekat website Printcious ni korang boleh custom made sendiri. Gambar yang menjadi pilihan untuk Photo canvas CCL custom made guna gambar majlis nikah sahaja .


PENGHANTARAN


PHOTO KANVAS,Printcious,PHOTO KANVAS DARI PRINTCIOUS,REVIEW,KANVAS DARI PRINTCIOUS,REVIEW BARANG DARI PRINTCIOUS,

Dari segi penghantaran Printcious Gifts menggunakan courier "aramex" . First time juga CCL dengar courier aramex ni . Mungkin courier baru tak pasti la  . Tapi yang handle penghantaran photo kanvas ni dari courier "GDEX" . Alhamdulillah selamat sampai ke alamat destinasi CCL . 



Alhamdulillah , parcel selamat sampai dengan elok tanpa sebarang kemek sana sini walau bungkusan ini tidak dibalut dengan plastik bubble . 



Photo canvas dalam kotak . Terletak elok . Dibalut dengan plastik dan dimasukkan dalam kotak . Memang best rasanya kalau nak hadiahkan pada kawan-kawan ni . Siap kotak nampak exclusive sangat tau . 


CIRI-CIRI KANVAS DARI PRINTCIOUS 


1.  REKAAN BENTUK KANVAS 


PHOTO KANVAS,Printcious,PHOTO KANVAS DARI PRINTCIOUS,REVIEW,KANVAS DARI PRINTCIOUS,REVIEW BARANG DARI PRINTCIOUS,


Ada 3 rekaan bentuk kanvas dari Printcious iaitu ' Canvas Square , Canvas Landscape dan Canvas Portrait' . So CCL decide untuk reka bentuk kanvas ni berbentuk landscape . Memang sesuai dengan gambar yang CCL custom made .


2. SAIZ KANVAS 


Kat sini ada 4 jenis saiz yang tertentu mengikut jenis rekaan bentuk kanvas yang korang pilih . Macam CCL pilih 45cm x 30cm . Harga pun ikut saiz yang korang pilih juga yer . Saiz yang CCL pilih ni ok besar jugak kanvas . Boleh gantung pada dinding . 


3. KETEBALAN KANVAS

Ketebalan kanvas ialah 1cm/ 0.39 . So tidak terlalu nipis dan jangan risau kanvas tak akan terkoyak dengan mudah .


4. RANGKA KANVAS



Rangka kanvas yang berkualiti dan tahan lebih lama . Kanvas juga dipasang dengan teliti . Batang kayu dilekatkan dengan rapat supaya bingkainya nampak lebih kukuh.


5. CETAKKAN  DAN MATERIAL KANVAS




Cetakkan yang berkualiti yang sangat luar biasa .Gambar yang dicetak pun nampak jelas .Material kain kanvas yang digunakan mudah untuk dibersihkan , dengan permukaan yang licin dan tahan debu .


7. KANVAS MUDAH DI GANTUNG




Kanvas yang mudah digantung . Setiap kanvas dilengkapi dengan gelung logam yang boleh korang gunakan untuk menggantungnya di mana sahaja


PHOTO KANVAS,Printcious,PHOTO KANVAS DARI PRINTCIOUS,REVIEW,KANVAS DARI PRINTCIOUS,REVIEW BARANG DARI PRINTCIOUS,


 Boleh pilih 2 jenis pilihan kanvas. Harga adalah mengikut saiz yang dipilih. Paling best, laman web Printcious ini memang mesra pengguna dan senang dikendalikan. Muat naik gambar seperti yang diinginkan. Sekiranya ingin menambah teks dan sebagainya bolehlah  menambah suai frame kanvas . Sehinggalah korang benar-benar puas hati, seterusnya bolehlah teruskan dengan proses pembayaran dan alamat penghantaran.


Sememangnya sangat mudah dan pantas. Semuanya dapat dilakukan di hujung jari anda. Apa yang yang penting sebagai pelanggan kita pasti akan berpuas hati dengan harga produk dan servis yang ditawarkan.


Website : Printcious

Whatapps : 010-317 1614

Facebook : Printcious Gifts

Instagram : printcious



EMAK DAH SELESAI PROSES SUNTIKAN DOA PERTAMA VAKSIN COVID-19



Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


EMAK DAH SELESAI PROSES SUNTIKAN DOA PERTAMA VAKSIN COVID-19 Alhamdulillah , kelmarin tarikh 25 Mei 2021 mak  sudah selesai suntikan dos pertama COVID-19 . Proses berjalan dengan lancar mengikut SOP yang ditetapkan . Mula-mula CCL memang tak bagi mak daftar untuk suntikan ini , bukan apa takut effectnya tak tahu macam mana , risau pulak bila difikirkan effectnya nanti . Iyerlah mak CCL pun dah berumur 50-an . So ada la sedikit penyakit-penyakit tu . 





Alhamdulillah selepas cucuk kelmarin seharian sampai malam mak CCL hanya lenguh-lenguh tangan sahaja . Itu normal lah lepas cucuk kan . Effect-effect lain buat masa sekarang ni belum ada lagi . Alhamdulillah .  


Tips lepas je cucuk vaksin , sampai umah terus makan panadol activ-fast dan jangan minum air sejuk selama satu hari . Itu tips yang mak CCL dapat dari pegawai kesihatan kat sana lah . 


Alhamdulillah . Semoga mak CCL semakin sihat dan antibodi makin kuat untuk melawan semua penyakit . Aamiin.aamiin . 


Hangpa dah terima suntikkan vaksin ke ? 

Apa pengalaman hangpa . ? 


KEMPEN MILO STIK PEK X-CHANGE

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 




KEMPEN MILO STIK PEK X-CHANGE Ramai yang tak tahu Rakyat Malaysia sebenarnya menghasilkan lebih 37 ribu tan sampah setiap hari! Dan jumlah ni dikatakan semakin bertambah. Sebab tu penting untuk kita amalkan kitar semua (recycle) & kitar atas (upcyle). Upcyle ni barang buangan tadi akan diubahsuai menjadi sesuatu yang baru dan lebih bernilai. 



MILO® menerusi Kempen MILO® Stik Pek X-change telah bekerjasama dengan 4 komuniti tempatan iaitu UPcycled Shack, Inspirasi Kreatif, Nerine Ong dan Helping Hands Penan bagi menjayakan projek upcycle ini. Komuniti ni akan hasilkan barangan kraftangan menggunakan stik pek/sachet Milo terpakai. Dalam masa sama, membantu golongan b40 ini menjana pendapatan. 




Korang pun boleh sertai Kempen MILO® Stik Pek X-change ni tau. Korang hanya perlu kumpul MILO® stik pek sebanyak mungkin untuk dapatkan mata. Setiap produk MILO® yang layak membawa 1 atau 2 mata. Kumpulkan 50 mata kalau nak dapatkan beg sukan MILO® eksklusif yang terdapat dalam empat reka bentuk berbeza.




Sementara itu, seramai 500 pemenang bertuah pula akan dipilih untuk memenangi barangan kraftangan MILO® dengan rekaan unik dan edisi terhad. Paling menarik, ia diperbuat daripada bungkusan MILO® stik pek yang korang poskan untuk diguna semula.



Cara untuk sertai:


1. Kumpul mana-mana MILO® stik pek/sachet untuk dapatkan 50 markah

2. Potong stik pek, basuh dan keringkan bungkusan MILO stik pek.

3.  Muat turun borang penebusan dari laman web MILO® atau dapatkan salinan dari mana-mana kedai yang mengambil bahagian.

4. Poskan MILO Stik Pek bersama borang penebusan ke alamat berikut:


Promosi MILO® Stik Pek X-Change

OMNITEAM SDN. BHD.

16, Jalan SS25/35, Taman Mayang, 47301 Petaling Jaya, Selangor


Tapi ingat, korang hanya boleh guna stik pek daripada MILO® Mixes dan MILO® Nutri Breakfast untuk kempen ni antaranya MILO® Less Sugar, MILO® Kosong, MILO® 3-in-1, MILO® with Whole Grain Cereal, MILO® Nutri Breakfast – kedua-dua varian, Pisang dan Biji Bunga Matahari dan Biji Labu


Kempen MILO® Stik Pek X-change akan tamat pada 31 Mei 2021. Korang boleh download borang dekat sini: https://www.milo.com.my/stikpekxchange 

TEBUS CASH VOUCHER CADBURY DI SHOPEE

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

TEBUS CASH VOUCHER CADBURY DI SHOPEE Entri yang lepas-lepas CCL ada kongsi dengan followers semua tentang snek terbaru dari Cadbury Malaysia iaitu wafer yang bersalut coklat cadbury . Belum baca ? Okay hangpa semua boleh baca kat Sini . Selepas CCL kongsikan pada semua tentang snek baru keluaran Cadbury ini , CCL terima satu email . Isi email tersebut of course la amat mengembirakan . 


CCL dapat cash voucher RM50 hasil perkongsian cerita mengenai snek terbaru Cadbury ni . So melalui cash voucher ini CCL kena redeem barang-barang dari cadbury melalui platform Shopee . Hangpa nak tau berapa barang yang CCL dapat hasil redeem cash voucher bernilai RM50 ? 


CADBURY WAFER ZIP CHOCOLATE,CADBURY ZIP,OREO WAFER ROLL,OREO RED VELVET,COLLABORATION,REVIEW,CASH VOUCHER,CADBURY MALAYSIA,TEBUS CASH VOUCHER,CADBURY ZIP MALAYSIA,


taraaa.. Sebanyak ini snek yang CCL berjaya redeem . 


- 3 pax wafer cadbury zip

- 3 pax oreo red velvet

- 3 pax oreo wafer roll 


Berbaloikan . Hanya dengan RM50 dapat tebus barang-barang kat atas . So hangpa yang mana nak dapatkan snek dari cadbury dan oreo boleh la terjah ke supermarket yang berdekatan dan kalau malas nak keluar time MCO ni hangpa boleh ja oder melalui shopee . Semua hujung jari



DAPAT VOUCHER PERCUMA RM50 HASIL REVIEW DI PRINTCIOUS

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera


CETAK HADIAH DI PRINTCIOUS,Printcious,PAID REVIEW,REVIEW,GIFT REVIEW,CLAIM PRINTCIOUS,apa itu printcious,printcious gift,


DAPAT VOUCHER PERCUMA RM50 HASIL REVIEW DI PRINTCIOUS Hari-hari check email , mana yang rasa tak penting terus tanda tick dan terus delete . tak suka menyemak email-email yang tak penting dalam inbox ni . Tengah scroll - scroll inbox mata ni terpandang pada email dari Nina Printcious Gift .memandangkan baru-baru ni CCL baru sahaja guna perkhidmatan dari Printcious maka pihak Printcious minta feedback mengenai website Printcious , yang bestnya bukan sahaja review tetapi team Printcious  bermurah hati nak bagi Csh Voucher sebanyak RM50 . Eh betul ke ni ? 


CETAK HADIAH DI PRINTCIOUS,Printcious,PAID REVIEW,REVIEW,GIFT REVIEW,CLAIM PRINTCIOUS,apa itu printcious,printcious gift,



ok , tanpa membuang masa CCL pun send review berkaitan barang yang CCL pernah beli di Printcious . Kalau hangpa yang belum baca tentang Printcious , hangpa boleh la godek entri lama CCL di sini dan sini. tak sampai beberapa hari pihak printcious email feedback untuk bagi Cash Voucher . so voucher tu boleh claim barang yang terdapat di website Printcious . Actually CCL dah banyak kali terima Cash voucher dari Printcious ni , boleh baca entri lama bagaimana CCL selalu dapat Cash voucher  sini , sini dan sini . 




dapat Cash voucher RM50 ni masih memikir nak claim gift apa . 

PERNAH MAKAN LAKSA CAMPUR SAYUR KELADI ? SEDAP KE ?

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


PERNAH MAKAN LAKSA CAMPUR SAYUR KELADI ? SEDAP KE ?  Laksa dan sayur keladi ini antara kedua-dua menu favourite CCL . Memang tak dapat ditolak , tambah - tambah lagi kalau sayur keladi , sebabnya kadang-kadang susah nak dapatkan keladi ni, macam menu laksa everyday boleh je cari . mudah ! Al-kisahnya mak mertua CCL kirimkan laksa untuk CCL , pada masa yang sama mak menakan CCL juga kirimkan sayur keladi . Alhamdulillah rezeki . 




Pada masa yang sama juga CCL confius la nak makan yang mana sebab kedua-duanya memang favourite CCL . So CCL buat keputusan makan semangkuk laksa dari mak mertua  dan ditambahkan sayur keladi . first time jugak CCL campurkan dua menu ni mejadi satu hidangan , kena pulak sayur keladi tue yang berkuah ala-ala laksa juga , ada sedikit isi ikan dalam kuah sayur keladi tu . memang gabungan yang mantap la bila digabungkan  dengan kuah laksa . Kuah laksa yang mak mertua buat pun sedap , tak cair dan tak terlalu pekat . just nice . Dengan gabungan mantap dua menu ni tambah bermangkuk - mangkuk la . 


hangpa semua pernah tak makan laksa gabung dengan sayur keladi ? cubalah . rasanya pasti sedap . sekali sekala kalau kita buat satu kelainan dalam menu ni tak salah . janji sedap !! 



ASTRO FIRST : FILEM ROMANTIK ISLAMIK "SEANDAINYA KAU ADA "

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


ASTRO FIRST : FILEM ROMANTIK ISLAMIK "SEANDAINYA KAU ADA " FILEM romantik islamik ‘Seandainya Kau Ada’ merupakan filem terbaru yang dibawakan oleh Astro Shaw terus ke Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula semalam (29 April). Menariknya, filem adaptasi daripada novel popular, ‘Seandainya Kau Ada’, karya Kamsiah Abu ini telah menjalani sesi penggambaran di Tanah Suci Makkah, Madinah, Uzbekistan, Kuala Lumpur dan Perlis. Babak-babak umrah di Kota Makkah dan Madinah pasti mampu menyuntik rasa rindu dan keinginan di hati penonton untuk pergi ke sana.






BARISAN PELAKON 


Malah, terdapat satu babak menyaksikan lakonan Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31, Fendy Bakry yang telah mencukur seluruh kepalanya selepas tawaf dan sa’ie.


Selain beliau, karya yang sarat dengan momen penuh emosi ini turut dibintangi gandingan mantap oleh pelakon-pelakon terkenal seperti pemenang anugerah Juara Dewi Remaja edisi 2014/2015, Raysha Rizrose, Ruhanies, Aidit Noh, Rozita Che Wan, Shah Iskandar, Haris Ismail, Daler Yusuf, Azhan Rani, Ali Reza, Fendi Seman, Fauziah Nawi, Scha Ellinnea dan Fahrin Ahmad.  


Antara kekuatan lain bagi filem ini adalah dialognya yang tersusun dan puitis serta ditambah pula dengan elemen cinta, nilai pengorbanan dan kemaafan.





SINOPSIS FILEM "SEANDAINYA KAU ADA "


Uniknya, setiap karakter mempunyai pengorbanan masing-masing demi sebuah cinta. Seperti watak Fazlur (Fendy Bakry) meninggalkan cinta pertamanya kerana dosa lalu, Syahirah (Raysha Rizrose) membawa diri ke negara orang dan terpaksa berjauhan dengan keluarga tersayang, Rozita (Ruhainies) sanggup mengetepikan haknya sebagai seorang isteri demi kebahagian orang lain, Iskandar (Aidit Noh) bersabar dengan setiap kedinginan wanita yang dicintainya.  


Setiap pengorbanan tersebut bermula dengan Syahirah yang mencintai Fazlur sejak kecil. Hubungan mereka mula bertambah erat saat Fazlur melanjutkan pelajaran ke Uzbekistan dan berjanji untuk pulang mengahwini Syahirah.

Namun, semuanya berubah apabila Fazlur menghilangkan diri di hari perkahwinan mereka. Syahirah mula berpatah hati dan membawa diri ke Uzbekistan.


Lima tahun di Uzbekistan, Syahirah berkenalan dengan Iskandar, jejaka Malaysia yang berjaya membuka semula pintu hatinya. Kerana percaya dengan jodoh yang ditentukan Allah, Syahirah pulang ke Kuala Lumpur untuk mengahwini Iskandar dan terkejut mengetahui punca sebenar Fazlur meninggalkannya dahulu.


LAGU OST DALAM FILEM "SEANDAINYA KAU ADA"


Setiap babak turut diiringi dengan lagu-lagu yang mampu membuai emosi penonton. Lagu tema utama adalah bertajuk ‘Kuasa Cinta’, nyanyian penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Antara lagu lain seperti ‘Perpisahan’ nyanyian Khai Bahar, ‘Cinta Sejati’ nyanyian Raysha Rizrose dan ‘Empati’ nyanyian Jasper Supayah.  


‘Seandainya Kau Ada’ merupakan hasil produksi yang tidak asing lagi dalam industri penerbitan seni tanah air iaitu Zeel Production. Istimewa, ini merupakan kali pertama produksi tersebut melebarkan sayapnya dengan menghasilkan sebuah filem dan kali pertama karyanya ditayangkan di saluran berbayar, Astro First.