Assalamualaikum dan salam sejahtera
PERNAH MAKAN LAKSA CAMPUR SAYUR KELADI ? SEDAP KE ? Laksa dan sayur keladi ini antara kedua-dua menu favourite CCL . Memang tak dapat ditolak , tambah - tambah lagi kalau sayur keladi , sebabnya kadang-kadang susah nak dapatkan keladi ni, macam menu laksa everyday boleh je cari . mudah ! Al-kisahnya mak mertua CCL kirimkan laksa untuk CCL , pada masa yang sama mak menakan CCL juga kirimkan sayur keladi . Alhamdulillah rezeki .

Pada masa yang sama juga CCL confius la nak makan yang mana sebab kedua-duanya memang favourite CCL . So CCL buat keputusan makan semangkuk laksa dari mak mertua dan ditambahkan sayur keladi . first time jugak CCL campurkan dua menu ni mejadi satu hidangan , kena pulak sayur keladi tue yang berkuah ala-ala laksa juga , ada sedikit isi ikan dalam kuah sayur keladi tu . memang gabungan yang mantap la bila digabungkan dengan kuah laksa . Kuah laksa yang mak mertua buat pun sedap , tak cair dan tak terlalu pekat . just nice . Dengan gabungan mantap dua menu ni tambah bermangkuk - mangkuk la .
hangpa semua pernah tak makan laksa gabung dengan sayur keladi ? cubalah . rasanya pasti sedap . sekali sekala kalau kita buat satu kelainan dalam menu ni tak salah . janji sedap !!
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
POPCORN AOLLA : BERTIH JAGUNG YANG DISALUTI DENGAN KARAMEL Bertih jagung ataupun popcorn biasanya menu kudapan wajib semasa menonton wayang ataupun menonton televisyen . Bertih jagung adalah biji jagung yang mengembang dari isinya dan meletup apabila dipanaskan . So apabila bertih jagung dipanaskan akan terhasil tekanan dari dalam isi bertih jagung tersebut dan akan didengari letupan kecil seperti "popp" .
Sebut pasal popcorn ni , memang mustahil unuk kita makan waktu Perintah Kawalan Peegerakan (PKP) memandangkan pawangan di rata-rata negeri tidak dibenarkan beroperasi . Tapi tidak menghalang penggemar-penggemar popcorn untuk jamah sebagai kudapan sambil menonton drama ataupun filem di kaca televisyen bersama keluarga .
Hari ni CCL nak share dengan hangpa semua kudapan- kudapan boleh jamah bersama keluarga . Popcorn Aolla iaitu keluaran Aolla Food Industries Sdn Bhd . Popcorn Aolla ini bukanlah popcorn biasa, ianya popcorn yang disaluti oleh karamel . So bagi hangpa yang gemarkan rasa-rasa karamel , boleh cuba kudapan popcorn Aolla .
Bahan-bahan yang terkandung dalam Popcorn Aolla
Antara sebab Popcorn Aolla wajib menjadi pilihan seisi keluarga
Dari segi packaging menggunakan dua jenis penutup kedap udara bagi mengekalkan kerangupan popcorn untuk jangka masa selama 6bulan .
Saiz balang popcorn Aolla yang ideal dan sesuai dinikmati seisi keluarga dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja .
Popcorn disaluti oleh limpahan cairan karamel . Rasa lemak masin manis . Sedap
Nak merasai kelazatan Popcorn Aolla ?
Boleh layari maklumat di bawah
Terima kasih Aolla, bagi CCL merasai kerangupan dan kesedapan popcorn Aolla yang disaluti karamel . Rugi kalau,tak cuba tau .
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
MCDONALDS KELUARKAN DESSERT TERBARU " ORANGE CUSTARD PIE" SEMPENA CHINESE NEW YEAR Sempena bulan Februari dan bulan Chinese New Year, Mcdonalds Malaysia tak lepas peluang untuk keluarkan menu barunya . Kali ini pengemar dessert Mcdonald boleh la jamah menu baru iaitu "Orange Custard Pie"
Orange Custard Pie . Macam biasa sedap dimakan panas-panas baru rasa kerangupan tu di dalam mulut . Macam biasa isi di dalam pie ada dua warna . Gabungan white creamy bersama orange . Mantap tak mantap ? Memang rasa oren-oren limau . Tapi tak da pulak rasa kastard tu . Mungkin white creamy tu kastard , tapi rasanya biasa sahaja.
So hangpa yang mana dah rasa orange custard pie ni bagi la feedback sikit . Sedap ke tak sedap . Citarasa masing-masing kan tak sama . So drop la komen kat bawah tu .
Ok bagi hangpa yang belum rasa dah baca review kat ataskan . So kalau teringin nak rasa boleh terjah mcdonals berhampiran tempat tinggal korang okay
Assalamualaikum dan salam sejahtera
KFC GOLDEN EGG CRUNCH SEDAP ATAU TAK SEDAP ? Minggu lepas CCL berkesempatan singgah KFC untuk mencuba menu baru yang KFC keluarkan . Apa menu baru tue ? Semestinya "Golden Egg Crunch" . Asyik terliur je bila tengok iklan KFC Golden Egg Crunch berlegar-legar di skrin tv . Menu baru KFC ni semestinya rasa ayam kentucky ni lain dari yang lain . Korang dah mencuba le belum menu baru ni ? CCL dah mencuba .Pastinya korang yang sudah mencuba menu baru Golden Egg Crunch ni ada citarasa yang tersendiri . Ada yang suka dan ada yang tak suka . Bagi CCL suka le tidak KFC Golden Egg Crunch ni ? Mari baca review CCL sehingga habis .
Langkah je masuk KFC orang ramai beratur , CCL turut sama kena beratur sehinggalah tiba giliran CCL untuk membuat order , tak lain tak bukan semestinya CCL akan order menu baru ni KFC Golden Egg Crunch.Bila dinilai dari luaran semasa staff KFC masukkan ayam tersebut ke dalam kotak CCL boleh bezakan warna lebih terang dari ayam kentucky biasa. Yang buatkan CCL terliur sangat- sangat bau daun kari pada ayam ni memang automatik terus teringat resepi buttermilk chicken salah satu feveret CCL .
KFC Golden Egg Crunch ni memang sedap dan kena dengan citarasa CCL . Rasanya pedas, masin dan manis . Gabungan tiga rasa yang seimbang . Terasa juga telur asin yang disaluti pada ayam tersebut . Aroma bau daun kari confirm tergugat.
Oh kalau korang nak tahu KFC Egg Golden ni ada dua set combo .
Set RM14.50
- 2 ketul ayam
- Kentang putar
- Coleslaw
-Minuman sarsi
Set RM18.60
- 3 ketul ayam
- kentang putar
- Coleslaw
- Minuman sarsi
Nampak kan perbezaan set kombo ni . Kalau korang yang baru mencuba menu ni boleh order set combo RM14.50 . Kalau sudah mencuba dan nak repeat order untuk kali kedua boleh order set combo RM18.60 .
Adakah CCL akan repeat order KFC Golden Egg Crunch ?
Ya . CCL akan repeat order, disebabkan sedap dan kena dengan citarasa CCL .
Korang yang belum mencuba boleh la terjah KFC berdekatan . Yang sudah mencuba adakah citarasa korang sama dengan citarasa CCL ? Bagi feedback sikit tentang menu baru ni .