CERITA RAMADHAN : RM10 CUKUP UNTUK 3 MENU BERBUKA PUASA ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera


CERITA RAMADHAN : RM10 CUKUP UNTUK 3 MENU BERBUKA PUASA ? Tak hairanlah setiap kali bulan Ramadhan, bazar Ramadhan tumbuh bagai cendawan dan lebih menariknya di situlah tempat reunion makanan-makanan. Kenapa CCL gelar tempat reunion makanan-makanan ? Hah di Bazar Ramadhan lah kita akan boleh lihat pelbagai jenis makanan yang susah nak jumpa tapi bila jejak kaki di bazar , segala makanan ada . Menyelerakan tengok semua makanan dan minuman.


Tapi kebanyakan dari kita membeli kerana nafsu. Mana tak nya , tengok kiri makanan sedap , tengok makanan pun makanan sedap sehingga confius nak makan apa, sehinggalah ada yang membuat keputusan untuk beli sahaja juadah yang diingini . Maka berlakulah pembaziran . 




Memandangkan hari first Ramadhan berbuka puasa dengan officemate . So buat keputusan untuk jejak kaki ke bazar Ramadhan dengan niat membeli makanan hanya berbekalkan RM10 . Jadilah RM10 untuk sorang makan je kan .. CCL berbelanja RM10 dan dapat tiga menu sahaja. Iyalah ekonomi sekarang tak macam zaman dulu-dulu .. Zaman dulu RM10 mampu bertahan berhari-hari dan dapat beli barang dengan kuantiti yang banyak . Zaman sekarang RM10 hanya sehari. 


Menu apa yang CCL dapat berbekalkan RM10 ? CCL dapat beli nasi kerabu , cappuccino ice dan kuih lapis sebagai pemanis mulut. Alhamdulillah sebelum melangkah ke tapak bazar Ramadhan dah niat dalam hati nak berbelanja RM10 sahaja. Alhamdulillah. Syukur atas rezeki Allah Taala . Walaupun tak banyak tapi dah rasa cukup tanpa sebarang pembaziran . Lepas ni boleh latih diri untuk berbelanja ala kadar . 




Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Assalamualaikum
    Salam Ramadhan

    BalasPadam
  2. Kena ada bajet...kalau tak memang akan berlaku pembaziran akhirnya. Selamat berpuasa

    BalasPadam
  3. Beli ikut keperluan. Keinginan itu tolak tepi dulu.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. beli yang nak makan sahaja..

    BalasPadam
  5. salam ramadhan ccl... ms muda dl mmg rasa nk beli semua... bila dh berumur cam akak huh, dh tak tahu nk beli apa... akak mmg bkn kaki pasar ramdahan... thn ni br berpeluang p, tp tu la hilang mood tak tahu nak mkn pa... payh gk tu...

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan