CERITA RAMADAN : BAZAR RAMADAN DALAM NORMA BARU

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera .



RAMADHAN, RAMADHAN 1442H,CERITA RAMADHAN 1442H,


CERITA RAMADAN : BAZAR RAMADAN DALAM NORMA BARU  Tahun kedua sambut bulan Ramadan dalam keadaan Malaysia dalam pandemik covid-19 . Kalau tahun lepas memang tiada sebarang anjuran bazar Ramadan di seluruh negeri , tapi pada tahun ini alhamdulillah bazar Ramadhan dijalan sepertia biasa tetapi dalam norma baharu demi memastikan rantaian covid-19 dapat diputuskan . 


Hari ini CCL berpeluang kunjung salah satu bazar Ramadan yang diaadakan di negeri Perlis ini . Sampai di tapak bazar Ramadhan pada jam 4.30 petang . Suasana bazar dipenuhi orang ramai , serta peniaga-peniaga juga sudah mula berniaga . Tidak terkecuali jugak ramai yang mula beratur mengikut SOP yang ditetapkan . 


Had pengunjung di dalam kawasan bazar Ramadan seramai 200 orang dalam satu masa . Dengan adanya beberaa orang anggota RELA dan anggota Polis keadaan bazar teratur dan tidak sesak dengan pengunjung . Pengunjung yang mengunjungi bazar Ramadan perlu beratur mengikut giliran dengan jarak yang ditetapkan, scan code mysejahtera, check suhu , memakai pelitup muka dan jaga jarak 1m . Ini adalah salah satu perkara asa yang hangpa perlu patuhi


Sama-samalah kita semua jaga diri daripada munculnya kluster bazar . 

4 ulasan:

  1. Kalau bazaar yang biasa saya pergi ni, berhimpit macam tak ada covid huhuhu. Serammm kita nengok dari jauhhhh.

    BalasPadam
  2. bagusnya tahun kedua ni diberi sedikit kelonggaran untuk berbazaar. alhamdulillah. harap kita sama2 perkasakan SOP dan jaga kebersihan kendiri. InsyaAllah dijauhi dari wabak ini.

    salam ramadhan CCL!

    BalasPadam
  3. Kat sini x blh bazar. Sedih tp bgs jg, kang bsesak2 naik pula kes

    BalasPadam
  4. waaa cida malas nak beratur. pesan dekat en suami ja. hehe

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Adbox

@templatesyard