Assalamualaikum dan salam sejahtera .
DRAMA TERBARU SLOT AKASIA TV3 : SABARLAH DUHAI HATI Drama Sabarlah Duhai Hati merupakan drama bersiri televisyen Malaysia yang akan mula ditayangkan bermula 28 April 2021 melalui slot Akasia TV3 dan juga secara online di iQIYI Malaysia. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Tak Sempurna Mencintaimu sebelum ini. Drama ini juga merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama ‘Sabarlah Duhai Hati‘ karya Mimie Afinie yang telah diterbitkan pada tahun 2015.
BARISAN PELAKON
Antara pelakon utama yang membarisi drama ini ialah Amyra Rosli, Saharul Ridzwan, Izzue Islam, Puteri Sarah dan ramai lagi. Pastinya dengan barisan pelakon yang hebat ini akan memberikan jalan cerita yang lebih mantap .
Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Amyra Rosli, Saharul Ridzwan, Izzue Islam, Puteri Sarah, Iman Suhana, Aiman Badrul, Datin Fadilah Mansor, Emelda Rosemila dan ramai lagi.
Amyra Rosli sebagai SYAFIRA/FIRA
Saharul Ridzwan sebagai AFFAN
SINOPSIS NOVEL SABARLAH DUHAI HATI
Sabarlah Duhai Hati mengisahkan tentang Nur Syafira dan adiknya, Danish yang telah kehilangan kedua orang tua disebabkan kemalangan. Ketika itu, Danish baru berusia empat tahun dan Fira sudah berusia 24 tahun. Danish terlalu sayangkan kakaknya dan baginya Fira adalah segala-gala buat dirinya. Sebelum kehilangan ibu bapa, Fira seorang yang ego dan kelahiran Danish amat menyakitkan hatinya. Baginya dia kehilangan hak sebagai anak tunggal. Tetapi setelah pemergian ibu dan ayah, Fira membuka mata dan hatinya untuk menerima Danish.
Fira mempunyai teman baik iaitu Dian. Dian sering ingin memadankan Fira dengan abangnya, Affan walaupun dia tahu Fira begitu tidak selesa dengan abangnya. Affan juga seperti tidak mahu melayan Fira. Hanya Affan dan Fira sahaja yang tahu mengapa mereka tidak begitu mesra.
Ibu Affan ada masuk meminang Fira. Fira terpaksa menerima lamaran itu setelah berfikir hidupnya yang sebatang kara. Tetapi lamaran itu mendapat tentangan hebat daripada Nadia, sepupu Affan yang mahu dijodohkan dengan Affan oleh opah. Affan tetap mahu memilih Fira sebagai isterinya dan mahu bertanggungjawab menjaga serta membesarkan Danish bersama-sama Fira.
Fira dan Affan berkahwin walaupun tiada bibit-bibit cinta dalam hubungan mereka. Disangkanya bahagia tetapi semuanya musnah dek hsutan Nadia kepada Dian. Dian yang percaya sahaja kata-kata Nadia bertindak menghalau kakak iparnya ketika Affan ditimpa dugaan besar. Ketika dihalau Fira sedang berbadan dua dan Affan sedang bertarung dengan sakit. Fira dan adiknya terpaksa keluar dari rumah itu.
Ke manakah Fira menghilangkan diri? Berjayakah Affan bertemu semula dengan isterinya yang telah hilang. Adakah sinar bahagia di akhir kisah hidup mereka?
4 Ulasan
x sabar
BalasPadamMacam best drama ni..nak layan,,
BalasPadamMalam sikit baru tengok online kalau sempat. If best boleh layan :)
BalasPadamBaru tgk td hehehe
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan