CERITA RAMADHAN : ALHAMDULILLAH DAPAT BERKUMPUL BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


CERITA RAMADHAN : ALHAMDULILLAH DAPAT BERKUMPUL BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA  Hari ini Ramadhan ke 10 jatuh pada tarikh 22 April 2021 . Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadhan ini kali pertama dalam tahun ini dapat berbuka puasa dengan semua family , tak ketinggalan jugak Ramadhan ke-10 ini juga kali pertama CCL berpeluang iftar bersama suami . Memandang masing-masing PJJ , tetapi alhamdulillah ada juga ruang dan waktu untuk berbuka sekali . 


Tak ketinggalan jugak hari ini tokwan dan juga mak menakan pun datang ke rumah untuk berbuka sekali beramai-ramai . Tahun-tahun sebelum ni ada jugak memori berbuka puasa bersama-sama family , termasuk arwah tok ketika arwah masih ada . .memndangkan tahun lepas 2020 memang tak berkesempatan nak berbuka puasa bersama sebab masing-masing tak boleh rentas negeri disebabkan lockdown Covid-19 . Tetapi pada tahun ni alhamdulillah, syukur dapat berkumpul sama-sama menjamu selera juadah berbuka walaupun tanpa arwah tok . Rindu tetap ada . Dah berap bulan tak balik ziarah kubur arwah tok . Rindu sangat . Kenangan yang tak boleh dilupakan . 




Menu yang simple juga untuk berbuka hari ni . Ada yang masak dan ada juga yang beli di bazar Ramadhan . 

  •  Ikan terubuk bakar
  • Ikan gerut masak 3 rasa
  • Pajeri buah janguih
  • Air asam perut
  • Kerabu jantung pisang 
  • Kurma telur 
  • Sambal ikan
  • Sayur campur
  • Kurma
  • Murtabak
  • Kuih muih 

Alhamdulillah rezeki Allah Taala bagi cukup untuk CCL sekeluarga . 


Alhamdulillah 

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah dapat berkumpul dengan family. Bestkan buka puasa ramai2.

    Selamat berpuasa CCL.

    BalasPadam
  2. Waaa.. meriahnya lauk pauk. Tentu seronok dapat berkumpul seisi keluarga.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Adbox

@templatesyard