SEGMEN SAYA NAK KAD RAYA BY NANIENA.COM


Assalamualaikum dan salam sejahtera

SEGMEN SAYA NAK KAD RAYA BY NANIENA.COM


Ucapan Hari Raya khas buat blogger naniena 

Begitu hening subuh di pagi raya
hati sayu teringatkan rakan seraya
walau hanya berjauhan cuma
lantas hati seraya berkata
jauh jauh hanya dimata
dihati tersisip rindu bermakna. 


Berbaju indah cantik menawan
berjalan bertandang ke rumah kawan
salah silap tinggal kenangan
berjabat tangan saling bermaafan.


Kuih raya jadi santapan bonda
kemana pergi si anak dara
ketupat rendang jangan dilupa
adat kita menjamu selera
tetamu meriah sanak saudara
mengeratkan hubungan sesama keluarga.


Syawal dirai syukuri illahi
ramadhan pergi sayu dihati
keberkatan lailatul qadar harus dicari
semoga suci jiwa sejahtera harmoni.

Sempena mulianya aidilfitri
ku mohon maaf andai disakiti
bukan sengaja hakikat duniawi
nafsu syaitan kuasai diri
begitulah kita hamba madani
teguhkan ukhwah bangkit membina diri.


Salam Aidilfitri ..

Sila klik banner untuk join segmen ini 


Catat Ulasan

7 Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan