Assalamualaikum dan salam sejahtera
1. KERETA
Perkara paling penting sebelum balik kampung ialah memeriksa keadaan kereta. Semak meter sama ada suda servis atau belum. Hendak berjalan jauh bukan boleh dibuat main, kan?memang, sekarang bukanlah masa terbaik untuk servis di pusat servis Honda, BMW, Toyota, Mercedes, Audi dan sebagainya. Sudah pasti mereka tidak menerima lagi kalau mahu servis. Kereta penuh. Sebagai alternatif, hantarlah ke kedai biasa untuk memeriksa keadaan enjin, minyak hitam, bateri, air dan sebagainya.Kalau pandai, boleh buat sendiri. Tapi kalau pandai pun, sibuk pula kan.
Tayar pun jangan lupa tengok. Ada bunga atau tidak. Ada angin atau tidak. Kita mahu memandu jauh. Sudah pasti tayar perlu berada dalam kondisi yang selamat supaya perjalanan lancar dan bertenaga.
Paling penting, isi minyak biar penuh. Mana tahu tidak jumpa stesen minyak di tengah jalan. Atau stesen minyak sesak orang berpusu-pusu. Atau stesen minyak kehabisan minyak. Dan ya, kad TnG pun perlu ditambah nilai dengan segera sebelum masuk ke lebuhraya.
Kalau balik naik motosikal pun sama. Periksa keadaan motosikal awak. Bagi yang naik kapal terbang, bas, keretapi atau mana-mana pengangkutan awam, semak tarikh, hari dan masa perjalanan. Tersilap tengok tarikh buruk padahnya.
2. RUMAH
Pastikan kita meninggalkan rumah dalam keadaan yang berkunci. Pastikan CCTV di rumah dalam keadaan yang baik.(Amboi, rumah awak ada CCTV ke? Orang kaya ni.)Jangan lupa isi borang balik kampung dan serahkan kepada pihak yang sepatutnya. Ini penting supaya peronda yang memantau tahu kawasan rumah anda.
Banyak perkara yang berkaitan rumah perlu diselesaikan sebelum balik kampung. Antaranya ialah:
i. Pastikan tong sampah dikosongkan. Jangan biarkan ada sampah terutama sampah basah kerana ia pasti akan berulat kalau tinggal lama.
ii. Nasi dalam periuk elektrik pun perlu dibuang segera kalau tidak habis. Segera basuh selepas memasak sebelum meninggalkan rumah. Jangan sampai ia berlumut hijau.
iii. Pastikan semua suis lampu, kipas, pendingin hawa, pemanas air, plug, pili air ditutup. Kalau boleh tutup meter pili air di luar rumah, mana tahu ada kebocoran. Oh ya, jangan lupa tutup gas memasak di dapur.
Oh ya, jangan lupa simpan barang berharga di tempat tersembunyi yang paling selamat. Pencuri sekarang sudah bijak pandai. Sembunyi macam mana pun mereka boleh cari. Ikhtiarkanlah, sembunyikan di tempat yang paling strategik.
Jangan lupa baca doa tinggalkan rumah. Buat 'pagar' sendiri dengan bacaan-bacaan tertentu. Boleh cari dalam internet ayat pagar rumah supaya pencuri tidak dapat masuk. Kalau dapat masuk pun, tidak jumpa jalan keluar. Padan muka. Pernah baca kan kisah pencuri yang terperangkap dalam rumah selama seminggu tidak jumpa jalan keluar.
Sekali lagi ya, diulangi, paling penting, jangan lupa kunci pintu dan pagar. Mana tahu tengah kalut-kalut, lupa pula hendak kunci pagar. Atau ada juga kes tertinggal kunci pada tombol. Seminggulah tergantung di situ kalau tidak ada sesiapa tahu.Kalau perlu, ambil gambar keadaan sebelum meninggalkan rumah. Boleh dijadikan bahan bukti kalau ada apa-apa berlaku di kemudian hari. Tapi begitulah, mohon dijauhkan.
3. BEG & BARANG-BARANG
Seronok sebenarnya isi barang dalam beg. Tidak sabar hendak masukkan dalam bonet kereta. Seronok-seronok juga. Tapi jangan lupa semak semula. Takut ada yang tertinggal.Pastikan bekalan baju mencukupi. Barang-barang kelengkapan diri jangan lupa. Sabun, berus gigi, ubat gigi, syampoo, sabun, bedak, minyak wangi. Betul, tertinggal ubat gigi boleh beli di kampung. Tapi kalau ubat gigi masih ada, baik bawa balik sahaja yang mana ada. Jimat.Sekarang tidak macam dulu. Isi baju seluar dalam beg, balik kampung. Kini macam-macam kena bawa balik. Charger telefon, charger iPad, Charger tablet dan sebagainya.
Paling penting, jangan lupa bawa balik baju raya. Termasuklah songkok, butang baju Melayu, tudung Naelofar, sampin dan sebagainya.Kalau tertinggal, menangislah di RnR.Satu lagi. Ada beli biskut raya kan? Jangan lupa bawa balik. Duit raya pun jangan lupa tau.
Semoga selamat dalam perjalanan. Saya akhiri dengan serangkap pantun.
Di jalan raya jangan berlumba
pandu cermat jangan tergesa
Hari raya menjelang tiba
semoga selamat balik ke desa.
3 Ulasan
Mama baru baca checklist ni sebab harini baru nak balik kampung hihii
BalasPadamBetul... ketiga-tiganya amat penting... thanks ingatkan..
BalasPadamaida cukup lemah tang beg & brg2 tu, ccl.
BalasPadamaida la tukang packing beg satu keluarga.
until hari ni, ccl, beg raya ari tu lom unboxing lagi :) hi hi
make sure rumah selamat dan bersih ditinggalkan...
kereta asben punyer task la :)
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan