7 SUNNAH HARI RAYA AIDILFITRI


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Selamat hari raya aidilfitri,perkara sunat ketika hari raya aidilfitri,doa mandi sunat aidilfitri,aidilfitri,perkara sunat pagi raya,sunnah pagi raya aidilfitri


7 SUNNAH HARI RAYA AIDILFITRI


1. Mandi sunat.

Sebahagian daripada sunnah, mandi selepas waktu Subuh. Ada juga ulama yang katakan, pertengahan malam 1 syawal. Tapi yang paling penting, sunat mandi itu, sebab nak berhias cantik untuk pergi bertemu keramaian orang di pagi Syawal. Ada ulama turut menyatakan perempuan yang still dalam haid pun boleh sahaja mandi sunat hari raya. Tiada masalah padanya. 


2. Pakai baju baru dan wangian

Seeloknya warna putih but kalau kalian ada yang lagi cantik warnanya dan melambangkan kegembiraan, silakan pakai. Asalkan yang tak pelik dan jangan 'Show Off'.  Tiada maknanya pakai baju raya, Wak Doyok punya ke, Jakel punya ke, Lyaana Rahman atau Fattah Amin (Elrah Exclusive) ke, tapi pakai sebab nak 'Show Off'. Better simpan, jangan pakai, sebab nak didik hati sendiri supaya pakai pakaian yang terbaik yang di
Request Allah dalam Quran 'Libasut Taqwa' (Pakaian takwa) sahaja. Minyak wangi, Lelaki sunat hukumnya berwangian yang kuat. Perempuan pula yang light-light  sahaja, boleh, harus hukumnya.


3. Makan sikit sebelum keluar solat sunat raya 

Nabi punya cara, baginda akan jamah a few kurma. Nak tepat lagi, ikut hadis. Nabi akan ambil dalam jumlah kiraan ganjil kurma tersebut. Tapi tak kisah kalau bukan kurma pun. Makanlah apa-apa sikit. Asalkan sebelum keluar p solat, ok. Jangan pula time tu berpinggan-pinggan habis. Kejap lagi datang masjid, di bantainya 'Tidur' dan boleh pulak tidur time Imam bagi khutbah raya. Oh, jangan ya. Especially, Tok Imamnya. (Lucu)


4. Banyakkan bertakbir raya.

Bila waktu sunnah? Start malam 30 ramadhan sampai solat sunat Raya 1 Syawal didirikan pada pagi tu.


5. Pergi masjid, cuba untuk tak naik kereta, tapi berjalan kaki.

Ya, benar. Nabi punya cara, Nabi takkan naik binatang tunggangan, walaupun Nabi ada kuda, but Nabi pilih untuk jalan kaki. kalau sakitlah, jauhlah, dan apa-apa alasan yang relevan, x pelah. Naiklah kereta atau motor. Tak pe, tiada masalah. Ya, boleh, naiklah. Nak naik basikal, silakan. Namun, sunnahnya ialah 'Berjalan kaki ke masjid'. 


6. Datang masjid guna jalan lain, balik dari masjid guna jalan lain.

Ini pun sunnah. Ya. Nabi akan begitu. Baginda guna satu jalan ketika nak pergi, dan takkan guna jalan yang sama ketika pulang. Nabi biasa ziarah rumah sahabat2 terus lepas habis event di masjid di pagi raya. Jadi ni mungkin a bit different dengan culture kita sekarang. Sebab kita memang balik rumah terus. Yelah, sebab nak salam-salam maaf dulu daripada Atuk sampailah ke cucu. Lepastu baru fikir nak makan dan ziarah rumah jiran-jiran tetangga. (Tradisi raya kan) Ok, x pe. Tiada masalah padanya.


7. Muka tolong manis-maniskan dengan senyuman dan ucapan tahniah.

Jangan nak ketat sangat muka time raya ni, maniskan ok. Senyum. Ha, begitu. Kan elok.  Selitkan ucapan sunat 'Tahniah Raya' saat bertemu, bertegur sapa dan berjabat tangan. 

'Minal 'aaidin wal faaizin'
(Semoga Allah menemukakan kita dengan Aidil Fitri seterusnya dan menjadikan kita daripada golongan yang berjaya)


Taqabalallahu minna wa min kum 
(Semoga Allah SWT menerima amalan kita dan mereka)


Sedikit catatan extra:

Perempuan haid boleh datang masjid, untuk dengar khutbah, tapi diluar dan x masuk masjid ya. Kemudian ziarah kubur, bila-bila boleh, tiada waktu spesifik. Siapa yang boleh? Lelaki pasti, perempuan yang kuat hati & stabil emosinya, boleh. 
Baiklah itu sahaja, dengan ini CCL nak ambil kesempatan mengucapkan 'Minal 'aaidin wal faaizin'  buat semua umat Islam, selamat menyambut kedatangan 'Syawal 1438 Hijrah'.

Moga kita bertemu lagi di ramadhan tahun 1439 Hijrah pula.

Sebarkan biar ia terus dibaca sepanjang hari ini dan esok..salam aidilfitri . 


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. In syaa Allah.
    Selamat Hari Raya.

    BalasPadam
  2. Tq CCL.. insya Allah mama buat dah

    BalasPadam
  3. Salam Aidilfitri CCL... moga Allah menerima segala amalan kita sepanjang Ramadan yang lalu... InsyaAllah. Amin..

    BalasPadam
  4. Salam kenal dari blogger indonesia

    BalasPadam
  5. aidilfitri = happy.
    bergembira la ikut sunnah.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan