1. Semakan Panggilan Ujian MEdSI hanya boleh dibuat di laman Web UPSI di http://
2. Hanya calon yang memohon program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di UPSI, UPM, UKM, UUM, UIAM, UiTM, UM, UTHM dan UMS sahaja dipanggil menduduki MEdSI berdasarkan tapisan yang dibuat oleh IPTA-IPTA tersebut. USM tangguh ujian MEdSI.
3. Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.
4. Kaedah Ujian - UJIAN MEdSI secara Atas Talian/Online di Makmal-makmal komputer di Pusat-Pusat yang ditetapkan.
5. Permohonan untuk ubah/tukar Pusat, Sesi atau Tarikh : Hubungi UPSI melalui talian 05-450 6932/ 6930/ 6029
6. Hebahan Keputusan Ujian :
Keputusan Ujian MEdSI TIDAK akan dimaklumkan kepada calon. Calon boleh terus menyemak untuk panggilan temu duga pada 17 Mei 2013 melalui laman web IPTA yang mereka pohon semasa mengisi online UPU. Walau bagaimana pun, terdapat universiti yang mengadakan temu duga dahulu tanpa menunggu keputusan ujian MEdSI dari UPSI bagi mempercepatkan proses. Bagi kes calon ditemu duga terlebih dahulu, calon hanya perlu menyemak status jaya IPTA apabila hebahan dibuat oleh UPU dan IPTA nanti.
7. Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali ambilan sahaja.
9 Ulasan
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamBGS JUGAK ADANYA UJIAN MCM NI KAN..BOLEH MELAHIRKAN BAKAL2 CIKGU YG CEMERLANG
BalasPadamSalam.
BalasPadamMyra singgah blog awak sambil jemput join bloglist saya. Bloglist dibuka sehingga ahad malam. *wink
Tq. :)
Mcm2 ujian nak jadi cikgu kan..
BalasPadamKakYana, saya amek MEdSI pada 12Mei yang lalu di UPSI, dan kemudian saya dapat panggilan temuduga dari UM untuk course yang saya nak pada 14Mei (hari temuduga adalah 21Mei), diikuti dengan panggilan temuduga dari UiTM pada 18Mei (hari temuduga adalah 25Mei). Adakah ini termasuk dalam golongan 'temu duga dahulu tanpa menunggu keputusan ujian MEdSI dari UPSI bagi mempercepatkan proses'? Kalau ikut pada apa yang KakYana tulis untuk no.6, kiranya saya hanya perlu tunggu keputusan dari UPU jelah? Gitu? (@x@)
BalasPadam@Ada-chin YaoiLoverz yupz. . uM dan uitm itu tmuduga untuk kos yg kita amek,, , mcm ujian medsi nieyh byk utk kos pndidikan aje.kputusan medsi diorang akn umumkan pda 17 mei. .kalau xdapat medsi insyaAllah mana thu rezeki di UM @ uitm,,tpi jgn sesekali drop temuduga ok. :)
BalasPadam@heirizalieyana
BalasPadamOh. Saya punya interview tu duadua untuk TESL (Teaching English as Second Language). Kalau tak lepas MEdSI, tak lepas lah saya. (QnQ)
KakYana.. 17Mei ke 17Jun? (QAQ)
@Ada-chin YaoiLoverz 17 mei, ,
BalasPadam@heirizalieyana
BalasPadam*le gasp* .. Okay. (QAQ)
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan