Demam Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) ternyata bukan sahaja melanda wakil rakyat atau individu yang sibuk bertanding, tetapi nampaknya ia turut selebriti popular tanah air.
Di atas semangat Barisan Nasional (BN) dan mesej keamanan serta kemajuan, beberapa selebriti popular seperti lagenda rock, Amy Search, Datuk Aznil Hj Nawawi, Iqram Dinzly, Karl Shafek, Erma Fatima dan Ziela Jalil adalah di antara yang sanggup turun padang berkempen.
Mereka bukan sahaja memeriahkan acara berkempen di beberapa lokasi tertentu, malahan juga turut menggayakan persalinan seperti T-Shirt dan juga topi yang tertera mesej tertentu daripada parti kerajaan, BN.
Pelbagai warna dan corak ditampilkan BN untuk persalinan rekaan mereka yang kebanyakannya diedarkan kepada penyokong parti berkenaan tidak kira di mana juga mereka berada sepanjang musim berkempen diadakan.
Antara yang menarik perhatian ialah T-Shirt yang tertera perkataan 'progres', 'peace' dan 'stability' yang mengetengahkan corak moden lagi ringkas. Sesuai untuk jiwa muda-mudi masa kini.
Tidak ketinggalan juga topi pelbagai corak dan warna yang ditampilkan dalam gaya yang lebih terkini, seakan seperti mahu bersukan.
Penyanyi popular dan juga ikon fesyen, Amy Search yang merupakan salah seorang individu yang mengikuti kempen PRU13 berkata dia cukup tertarik dengan warna serta corak kemeja-T leher bulat parti BN yang pelbagai.
"Sejak mula menyertai kempen, saya sudah mula menyarungkan T-Shirt yang menarik ini. Malah semakin dekat dengan pilihan raya, maka setiap harilah saya memakainya. Saya sukakan dengan coraknya kali ini yang lebih segar dan sesuai untuk dipakai sebagai pakaian seharian. Cantik pun cantik," katanya.
Amy Search cukup bertuah kerana dia bijak menggayakan setiap T-Shirt pelbagai warna yang diterimanya dengan denim ringkas dan cermin mata gelap Ray Ban miliknya.
Malah isteri serta anak tercinta Amy Search turut tidak ketinggalan sering menggayakan T-Shirt berkenan walau di mana juga mereka berada.
Jika tidak menggayakan topi 'Stability', dia akan memilih topinya sendiri atau beanie hat yang sekali gus menjadikan penampilan Amy Search sememangnya Stailista.
0 Ulasan
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan