video saiful bukhari sumpah laknat

SAIFUL BUKHARI : SUMPAH LAKNAT 2 KAABAH, MASJIDIL HARAM | "Setelah setahun saya membuat sumpah laknat di depan Baitullah, Alhamdulillah tiada apa yang berlaku (kepada saya) dan membuktikan kebenaran bahawa saya telah diliwat.

"Ini adalah benteng terakhir saya untuk teruskan perjuangan saya kepada kebenaran," katanya pada sidang akhbar itu dengan ditemani peguamnya Zamri Idrus.

Mohd Saiful Bukhari pertama kali membuat sumpah laknat, iaitu mengangkat sumpah mengikut syariat Islam, bahawa beliau bercakap benar atas dakwaannya diliwat oleh  Anwar lebih empat tahun lepas, di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada 15 Ogos, 2008.

Mohd Saiful Bukhari berkata sumpah keduanya itu dibuat bagi membuktikan kepada umat Islam di seluruh dunia bahawa dakwaannya itu benar, dan tanpa dipengaruhi oleh  mana-mana pihak untuk melakukan konspirasi politik menjatuhkan Anwar.

TONTON VIDEO SAIFUL BUKHARI SUMPAH LAKNAT 2 DEPAN KAABAH, MASJIDIL HARAM DI BAWAH.

Catat Ulasan

0 Ulasan