Nama Siti Nurdiana atau lebih dikenali sebagai Nana, sememang sudah sebati dengan pasangan duetnya Achik Spin, namun ajal telah menjemput Achik pergi terlebih dahulu akibat daripada kemalangan jalanraya pada tahun 2010. Selepas pemergian Achik, nampaknya Nana seolah hilang pasangan duet yang terbaik yang tak mungkin dicari ganti.
Achik dan Nana nama yang begitu sinomin untuk pasangan duet sehingga digelar pasangan duet popular sekitar tahun 2000 dan pernah digosipkan bercinta. Namun, gosip percintaan itu terhenti apabila mereka berkahwin dengan pasangan masing-masing.
Seperti yang kita tahu, suara arwah Achik Spin mempunyai keunikan tersendiri dan sukar disamakan oleh penyanyi lain. Biarpun ketiadaan Achik, Nana tetap akan mendendangkan lagu hits mereka berdua iaitu Memori Berkasih, Gurauan Berkasih, Luahan Hati Kekasih dan Resipi Berkasih setiap kali persembahannya kerana itu adalah peminatnya sendiri.
Bagi Nana sendiri kenangan manis bersama arwah Achik sememangnya sukar untuk dilupakan bahkan dia berasa janggal apabila terpaksa menyanyikan lagu duet mereka secara Solo.
Namun, sejak kebelakangan ini Nana dilihat sering berduet dengan seorang lelaki yang suaranya persis arwah Achik ketika mendendangkan lagu duet di setiap persembahannya. Ramai yang menggangap Nana sudahpun temui pengganti arwah Achik sebagai pasangan duet.
“Tetapi apabila peminat dah minta, terpaksalah saya menyanyikannya juga. Bagaimanapun sekarang saya sudah ada pengganti Achik tetapi bukanlah secara kekal. Jika anda mendengar suaranya, saling tak ubah seperti suara Achik, tambahan dia adalah peminat kami berdua.
“Namanya Alan dan saya berjumpa dengannya ketika saya membuat persembahan di sebuah pusat beli-belah di ibu kota. Hari itu saya menyanyikan lagu Memori Berkasih dan saya jemput mereka yang hadir ke pentas menyanyikan lagu itu bersama saya. Alan naik dan kami terus berduet dan semua yang mendengar suaranya terus terpegun.
“Sejak itu kami berdua serasi dan saya selalu mengajaknya mengadakan persembahan bersama terutama pada hujung minggu. Sampai ke Labuan, Sabah, saya membawanya. Bagaimanapun, dia tak boleh ikut saya selalu kerana dia bertugas sebagai guru di Serdang, Selangor.
“Pun begitu Alan tidak mahu terlalu menonjolkan dirinya kerana dia menyanyi kerana hobi, tidak serius mahu menjadi penyanyi,” jelas Nana.
Kami berkesempatan untuk menemubual dengan Alan sendiri tentang adakah dia akan serius menyanyi dan sekaligus menjadi pengganti arwah Achik. Alan, berkata dia tiada niat untuk menggantikan arwah Achik kerana keunikkan suara arwah tiada tandingan.
Malah Alan memberitahu bahawa dia menyanyi bersama Nana hanya sekadar suka-suka dan tidak berniat untuk masuk secara serius dalam industri hiburan tanahair, dan turut mengakui dia memang sudah lama meminati pasangan duet Achik dan Nana.
lagu terbaru siti nordiana
versi baru lagu siti nordiana
klip video
lagu terbaru siti nordiana
versi baru lagu siti nordiana
klip video
1 Ulasan
nak jugak dengar suara Alan tu...
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan