Nilai RM100 Kita Berbeza

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Nilai RM100 Kita Berbeza RM100…Di pusat beli-belah mewah, ia mungkin hanya cukup untuk satu hidangan makan malam.Di pasar mini , ia boleh penuhkan satu bakul dengan barangan dapur harian. Tapi di hadapan tabung masjid, RM100 terasa berat untuk dilepaskan dari genggaman. Hati mula berkira-kira, “Banyak ni kalau derma…”


Sebenarnya, nilai RM100 itu tak pernah berubah. Yang berubah cuma bagaimana kita melihatnya dan di mana kita berdiri ketika menilainya.Bagi orang yang pernah melalui kesusahan, RM100 boleh jadi harapan.Bagi yang sedang berada, RM100 mungkin sekadar duit minyak atau bayaran parking. Namun bagi si kecil yang lapar,bagi si ibu tunggal yang kais pagi makan pagi, bagi pusat tahfiz yang bergelap kerana tiada dana elektrik, RM100 itu sangat besar nilainya.

Hakikatnya, rezeki yang kita genggam hari ini… bukan semuanya milik kita. Ada bahagian yang Allah titipkan, untuk kita salurkan kepada yang memerlukan. Bukan soal jumlah, tapi soal keikhlasan. Kerana tangan yang memberi itu… tak pernah rugi. Kita yang menerima, akan ditanya, adakah kita mensyukuri, atau mengkufuri..

Semoga setiap sen yang kita belanjakan dan yang kita infaqkan, diberkati dan digandakan oleh Allah SWT.

Penghargaan Perdana Menteri Untuk Rakyat . Rezeki Jangan Disangka!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Penghargaan Perdana Menteri Untuk Rakyat . Rezeki Jangan Disangka! Hari ni buka je media sosial, penuh orang kongsi berita gembira Perdana Menteri umum penghargaan khas untuk rakyat! Alhamdulillah, ada juga sinar di hujung terowong untuk kita semua yang tengah berjimat cermat sekarang ni. Kalau sebelum ni kita biasa dengar bantuan masa musim perayaan atau bajet tahunan, kali ni penghargaan ni diberi sebagai tanda terima kasih kepada rakyat yang sabar, yang kuat hadapi cabaran, yang terus sokong pembangunan negara. Terasa dihargai, kan?

pengumuman penghargaan PMX, pengumuman PMX 23 Julai 2027, bantuan one off RM100, Cuti tambahan hari malaysia, kadar tol , harga minyak ron 95

Tak sangka, dalam keadaan ekonomi serba mencabar, masih ada ruang untuk kerajaan hulur tangan bantu meringankan beban. Bukan semua orang senang. Ramai tengah survive je sekarang. Jadi bila ada gesture macam ni memang kena pada masa.Ada orang mungkin kata, “Ala, bukan banyak mana pun.” Tapi bagi yang betul-betul perlukan, setiap sen tu ibarat nyawa. Nak isi minyak, beli pampers, bayar sewa semua tu perlukan duit.

4 Inisiatif Utama untuk Rakyat

1. Bantuan tunai RM100 (one‑off)

pengumuman penghargaan PMX, pengumuman PMX 23 Julai 2027, bantuan one off RM100, Cuti tambahan hari malaysia, kadar tol , harga minyak ron 95

Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima RM100 melalui MyKad, sebagai sebahagian daripada program Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Boleh digunakan dari 31 Ogos hingga 31 Disember 2025, di lebih 4,100 kedai runcit dan pasar raya tempatan  .

2. Potongan harga RON95 ke RM1.99/liter

pengumuman penghargaan PMX, pengumuman PMX 23 Julai 2027, bantuan one off RM100, Cuti tambahan hari malaysia, kadar tol , harga minyak ron 95

Melaksanakan penstrukturan dan penyasaran subsidi, di mana rakyat Malaysia akan menikmati harga RON95 sebanyak RM1.99 seliter (berbanding RM2.05 sekarang), manakala warga asing akan membayar harga pasaran penuh  .

3. Cuti umum tambahan – 15 September 2025

pengumuman penghargaan PMX, pengumuman PMX 23 Julai 2027, bantuan one off RM100, Cuti tambahan hari malaysia, kadar tol , harga minyak ron 95

Bersempena Hari Malaysia, hari kerja ditambah cuti umum pada Isnin, 15 September 2025 untuk mempromosi perpaduan dan peluang kunjung-mengunjung atau bercuti santai  .

4. Tiada kenaikan tol & subsidi RM500 juta

pengumuman penghargaan PMX, pengumuman PMX 23 Julai 2027, bantuan one off RM100, Cuti tambahan hari malaysia, kadar tol , harga minyak ron 95

Kerajaan menanggung kos lebih RM500 juta bagi mengekalkan tarif tol terkini pada 10 lebuh raya utama seperti SDE, LPT2, SKVE, LLB dan MEX  .

Apa-apa pun, syukur dulu. Dalam keadaan ekonomi tak menentu ni, bantuan sekecil mana pun tetap beri kesan. Kadang RM100 tu lah boleh beli barang dapur untuk beberapa hari. 



Perfume The Body Shop: Ada, Tapi Tak Selalu Pakai

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Perfume The Body Shop: Ada, Tapi Tak Selalu Pakai 

Perfume the body shop, perfume body shop strawberry blissful,

Entri berkaitan dengan perfume lagi .. CCL ada  perasan satu benda… perfume The Body Shop CCL ni dah lama beli, tapi level minyak dia macam tak turun-turun! .. Padahal bukan tak suka. Suka sangat. Bau dia lembut, manis, tak terlalu tajam. Bau yang jenis "selesa". Tapi entah kenapa, tak rajin nak pakai. Tak pakai bukan sebab mahal & sayang nak pakai .. tapi bau tu bergantung pada mood juga .. 

Perfume the body shop, perfume body shop strawberry blissful,

Dulu masa mula-mula try perfume The Body Shop, memang jatuh hati. Bau dia natural, bau strawberi tak terlalu menusuk. Sesuai sangat untuk orang yang tak suka perfume terlalu kuat.Tapi sekarang ni… botol dia masih penuh. Duduk elok dalam compartment  bekas isi barang skincare, Bila nampak botol perfume ni , sempat tengok dan cakap dalam hati, "Nanti lah pakai." tapi “nanti” tu sampai ke sudah tak datang 😂

Kat label dia tulis:

 “A serene blend of strawberry, peony and musk notes for a sense of tranquility.”

Dan memang betul..Sembur sikit je dah rasa macam duduk tepi taman sambil makan buah strawberi segar dalam mood angin sepoi - sepoi bahasa. 

Korang ada tak perfume yang jarang pakai tapi tak boleh buang? Kalau ada, kita geng!

Bukan tak suka. Suka. Sangat pun ya, Kadang-kadang rasa bersalah. Dah beli mahal-mahal, tapi pakai pun tidak. Tapi kalau nak bagi orang, sayang pulak. Perfume ni ada vibe lembut, tenang, Kadang, bukan semua yang kita simpan tu kita guna selalu.


Perfume Dah Tinggal Botol Kosong

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Perfume Dah Tinggal Botol Kosong Pagi tadi, tengah bersiap nak pergi kerja,  pakai baju dah, tudung dah matching, makeup sikit-sikit pun on. Sampai part akhir perfume.Capai botol perfume, tekan… eh? Tekan lagi… ehh?Goncang… sembur sikit… keluar angin je Barulah CCL tersedar perfume dah habis! ..Rasa macam tak lengkap satu hari tu. .

Hati ni memang dah lama berhajat. Dah siap tengok-tengok dekat Shopee, dah survey review kat TikTok, siap masuk wishlist. Memang plan nak beli perfume baru. Bau pun dah bayang dalam kepala nak bau floral ka, fruity ka, fresh ka… semua nampak best! Survey sampai tak tahu nak pilih mana, akhirnya hasrat nak perfume tu tersadai la sekejap .Setiap kali CCL terpandang botol tu, terus teringat banyak moment. Perfume Paradise pemberian oleh Mak serta Adik Lelaki CCL  sempena birthday CCL tahun lepas . Botol tu dah kosong. Tapi setiap kali nak keluar rumah, tangan automatik masih capai botol tu. Dah tahu tak ada isi pun, tapi tetap buka penutup… macam ada harapan magik keluar setitis terakhir .



Sekarang banyak je perfume murah yang berkualiti. Local brand pun dah makin kreatif. Ada yang inspired by jenama mahal, ada yang bau lembut dan tahan lama. Yang penting, kita kena pandai pilih dan cuba dulu. Kadang perfume bawah RM30 pun buat orang tanya, "Eh, wangi ni… pakai perfume apa?"

Perfume mahal takkan bermakna kalau kita tak yakin. Tapi bila kita rasa yakin dengan diri, walau perfume tu murah kita tetap nampak menyerlah. Pakai perfume bukan sebab nak impress orang. Tapi sebab nak rasa baik tentang diri sendiri. Nak langkah keluar rumah dengan senyuman dan bau yang menyenangkan.

Kadang-kadang,  goncang sikit, sembur… tapi yang keluar cuma hanya angin dan kenangan. Bau dia masih terlekat kat dinding memori. Pernah tak uguys rindu dekat bau? dan ada satu perasaan yang pelik bila kita habiskan perfume, rasa macam kita habiskan satu fasa hidup. Macam penutup pada satu bab cerita. Bau tu mungkin pernah temankan kita masa jatuh, masa gembira, masa nervous nak jumpa orang penting .Tapi realitinya perfume habis, dan hidup tetap kena jalan. Kita boleh beli perfume baru, tapi rasa sayang dekat yang lama tu susah nak ganti.

Sekarang CCL tengah fikir nak repeat beli yang sama atau cuba perfume baru. Dilema biasa orang yang suka perfume setia dengan yang lama atau explore bau baru? 

Uguys pulak macam mana? Perfume dah habis ke belum? Jenis simpan botol atau terus buang? Dan paling penting ada cadangan perfume yang best?


Rindu Yang Tak Bertepi – Setahun Tanpa Tokwan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Rindu Yang Tak Bertepi – Setahun Tanpa Tokwan Hari ini bukan hari biasa. Setahun yang lalu, pada tarikh inilah CCL sekeluarga kehilangan seorang insan yang sangat bermakna , Tokwan. Seusai subuh tokwan menghebuskan nafasnya yang terakhir. Walaupun jasad Tokwan dah tiada di depan mata, tapi bayangnya masih terasa dalam setiap ruang dan sudut kenangan.

Baca sini : 18 Julai 2024 Pemergian Arwah Wan Hassan



Tokwan menghembuskan nafas terakhir selepas Subuh, waktu yang sunyi dan penuh rahmat...Seolah-olah Tokwan pilih masa yang tenang untuk pergi, tanpa menyusahkan sesiapa, tanpa pesan panjang, cuma dengan satu nafas terakhir yang dalam dan perlahan…Sampai sekarang tau, CCL masih terbayang Tokwan baring atas katil, dengan riak wajahnya yang tenang seperti orang yang akhirnya bebas dari lelah dunia.

Baca sini : Selesai Pengebumian Arwah Tokwan

Tokwan dah tak ada,tapi dalam hati CCL ada sampai bila-bila . Moga roh Tokwan dicucuri rahmat,ditempatkan bersama para solehin.Amin..

Al-Fatihah buat Tokwan.

Blogwalking Time !!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Blogwalking Time !! Tiba-tiba malam ni CCL ada mood nak berjalan… tapi bukan berjalan keluar rumah, ya. Nak berjalan-jalan dari satu blog ke blog yang lain. Hehe. Inilah yang dipanggil blogwalking, aktiviti santai yang buat hati rasa seronok bila nampak entri-entri menarik dari kawan-kawan blogger.. Kadang-kadang best juga lepak kejap baca entri-entri terbaru dari kawan-kawan blogger lain .. Ada yang update pasal resepi, ada yang cerita pasal trip cuti-cuti, ada juga yang kongsi cerita harian ..


Kadang-kadang kita stuck nak update apa kat blog sendiri… tapi bila baca entri orang lain, terus rasa inspired! ..Siapa yang macam tu ??? Angkat tangannnn !! Ada yang share resepi, review barang, cerita pasal anak-anak, pasal cuti-cuti, dan macam-macam lagi. Best kan! Rasa macam duduk borak dengan kawan lama sambil minum kopi panas . 

Dapat pulak tinggalkan komen kat blog uguys boleh eratkan lagi silaturahim sesama blogger. Tak kisah lah kita silent reader, atau suka komen panjang-panjang yang penting, support sesama kita . Sambil baca tu, boleh tinggalkan jejak, komen sikit, dan support kawan-kawan. Dunia blog ni macam satu komuniti kecil yang penuh warna. Ada yang dah kenal lama, ada yang baru jumpa. Tapi bila kita saling ziarah dan baca hasil tulisan masing-masing, terasa macam satu keluarga.

So, kalau korang nampak jejak CCL kat blog uguys hari ni… haa, maksudnya CCL tengah buat tour lah tu! Jom la sama-sama, kita ziarah blog kawan-kawan… mana tahu dapat idea baru untuk next entri  .. 


Seminggu Tanpa Entri Blog , Bukan Malas, Tapi Mood Lari Sekejap

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Seminggu Tanpa Entri Blog , Bukan Malas, Tapi Mood Lari Sekejap Hello blog! Lama tak menulis, kan? Rasa macam rumah sendiri yang dah seminggu tak sapu. Berhabuk sikit, tapi tetap selesa bila balik ..Pejam celik, pejam celik… ehhh dah seminggu CCL tak update blog! Minggu ni entah kenapa mood menulis tu lari. Mungkin CCL tengah settle kerja yang banyak yang datang dan pergi.. Kepala banyak fikir benda lain, tapi tangan tak juga rajin nak menaip. Bukan tak nak menulis, tapi minggu ni macam-macam hal datang bertimpa. Kadang kita rasa sehari tu macam ada 10 jam je, padahal cukup 24. Hahaha. Bila malam je, mata dah kuyu… idea pun melayang-layang entah ke mana.


Tapi dalam sibuk-sibuk tu, CCL tetap rindu nak jenguk blog sendiri. Rindu nak bercerita walaupun kadang cerita tu simple je tentang makanan, pokok baru, benda random yang buat senyum sorang-sorang . Tapi hari ni, CCL paksa juga tulis walau sekejap. Nak bagitau diri sendiri tak apa kalau tak konsisten sangat, asalkan tak give up. Blog ni macam jurnal suka-suka… bila datang rasa, kita coretkan. Ada masa, idea datang mencurah-curah. Tapi masa nak tulis tu yang tak cukup. Kadang buka laptop, tengok skrin… terus tutup balik. 

Kalau uguys tengah ‘mood suam-suam kuku’ pun, don’t worry. Kita tulis bila ready. Hidup ni bukan perlumbaan. Terima kasih pada yang masih sudi singgah walaupun blog CCL senyap sekejap. Harap lepas ni rajin sikit, dan idea datang mencurah-curah macam hujan waktu petang.

Kalau uguys pun pernah “hilang” seminggu dari blog, meh komen sikit. Kita geng! Jumpa lagi dalam entri seterusnya… harap tak tunggu seminggu lagi lah! 


Born to be Mak: The Woman Behind Our Strength

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Born to be Mak: The Woman Behind Our Strength Setiap kali masuk bulan ini, kami adik-beradik mula berbincang dalam diam..Hari ini 9 Julai hari yang istimewa , hari lahir wanita paling hebat dalam hidup CCL iaitu hari lahir emak CCL ..Nak hadiahkan apa tahun ni? Nak buat kejutan macam mana? Walaupun mak selalu bagitau, “Tak payah susah-susah untuk semua” tapi dalam hati kami adik-beradik hari lahir mak bukan hari biasa.Tapi bila hari lahir mak, dia cuma senyum dan cakap, “Doa anak-anak pun dah cukup buat mak gembira..Takdak hadiah mahal, tapi doa kami adik beradik untuk mak tulus dan ikhlas, moga sentiasa sihat, panjang umur dan bahagia dunia akhirat.


Mak selalu kata, Tak perlu sambut besar-besar, cukup ingat dan sayang.” Tapi bagi kami, mak layak diraikan setiap hari.Sekarang, bila masing-masing dah besar, kami rasa bertuah sebab masih dapat sambut hari jadi emak bersama.Terima kasih mak, untuk segalanya.

Ya Allah, panjangkan umur mak CCL, sihatkan tubuh badannya, tenangkan hatinya, dan bahagiakan setiap harinya. Semoga Allah lapangkan rezeki dan terus jadi cahaya dalam hidup kami.

Selamat Hari Lahir, Mak. Terima kasih untuk segalanya.

Jarang Nak Makan Mee Goreng Tapi Bila Makan , Nikmatnya !

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Jarang Nak Makan Mee Goreng Tapi Bila Makan , Nikmatnya ! 

Bukan selalu pun makan mee goreng. Selalunya roti, nasi lemak, atau kuih-muih jadi pilihan sarapan CCL. Pagi tadi turun makan di Cafe, Menu pagi ni ada mee goreng .. Lama dah tak makan mee goreng sebenarnya, tapi entah kenapa pagi ni tengok mee goreng  nampak sedap, tekak teringin sangat nak rasa mee goreng. Kadang-kadang, makanan yang kita jarang jamah tu lah yang paling ‘feel’ bila sesekali menikmatinya.

Mee goreng, mee goreng basah, mee goreng mamak, mee goreng sedap, mee goreng simple, menu mee goreng

Duduk menghadap pinggan mee goreng panas, sebelahnya secawan kopi O panas sudah cukup untuk kenyangkan perut sesi pagi ni . Bukan sarapan mewah. Tapi cukup untuk buat CCL rasa hidup ini masih ada ruang untuk nikmat kecil. Mee gorengnya sederhana ,tak banyak bahan, tapi cukup rasa. Kopi O tu pula pahit, tapi pahit yang menenangkan. Macam hidup, tak manis sepanjang masa, tapi tetap boleh dinikmati perlahan-lahan.

Uguys sarapan apa pagi ni ?


Rania Main Air & Masak-Masak

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Rania Main Air & Masak-Masak Petang yang redup selang seli dengan terik dari cahaya matahari luar rumah , Rania tunjuk paip air, minta mama dia bukakan untuknya tak lain tak bukan rupa-rupanya nak main air. Selepas permintaanya di approve , Rania mula cari-cari besen kecil, isi air dan bawakan mainan masak-masak.. Seronok betul tengok dia leka main air sambil Bermulalah dunia kecilnya yang penuh dengan tawa dan percikan air seperti berada di dunia yang diciptanya sendiri.

Air dalam bekas plastik  tu jadi macam ‘dapur’ mini dia. Pinggan kecik, senduk mainan, dan daun-daun yang dia kutip jadi bahan masakan. Main air pun boleh jadi macam dapur besar untuk dia! Air bersepah sana sini, lencun satu badan sampai ke seluar. Tapi senyuman dia tak hilang.


Setiap kali Rania cebok air, bunyi gelak tawa dia tak henti. Main air betul-betul buat dia gembira tanpa perlu mainan mahal. Terus teringat kenangan-kenangan masa CCL kecil dahulu pun pernah lalui kenangan ini , main masak-masak .. kutip laa segala daun-daun yang ada di pokok buat masak-masak . 

Rasa tenang sangat tengok dia bermain... tak perlu gajet pun. Imaginasi dan alam sekeliling dah cukup buat dia gembira. Lepas dah puas main air, habis basah lencun terus ke bilik air pula untuk sesi mandi. 

Memori kecil macam ni yang paling manis untuk dikenang

Unboxing Anak Pokok Sandpaper

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Unboxing Anak Pokok Sandpaper

Alhamdulillah! Hari ni akhirnya anak pokok sandpaper yang CCL tunggu-tunggu tu sampai jugak . Anak pokok sandpaper yang saya pesan secara online dah selamat sampai di depan pintu rumah! Excited betul ..Masa abang kurier bagi notification bungkusan tersebut sudah selamat berada di hadapan rumah, terus rasa senyum sampai telinga. Terus rasa tak sabar nak unboxing kotak berisi anak pokok sandpaper . 

Tanam pokok sandpaper , anak pokok sandpaper, benih pokok sandpaper, bunga sandpaper, cara tanam pokok sandpaper ,

Bila buka bungkusan perlahan-lahan, CCL lega sangat tengok pokok dalam keadaan baik. Seller bungkus dengan elok, siap lilit batang dengan kertas lembab dan plastik. Masa sampai tu , keadaan daun pun masih segar, tak layu, tak patah. Rezeki sangat! .


Tanam pokok sandpaper , anak pokok sandpaper, benih pokok sandpaper, bunga sandpaper, cara tanam pokok sandpaper ,

Packaging pun kemas, siap dengan medium tanah yang masih lembap. CCL pun tambahkan medium tanah pada anak pokok tersebut . Supaya kukuhkan lagi pertumbuhan anak pokok ..Nampak penjagaan memang tip-top! . CCL tak terus dedahkan pada matahari. Bagi dia berehat dulu kat tempat teduh, tenangkan diri selepas ‘berpindah’. Macam manusia juga lepas pindah rumah, kena ada masa sesuaikan diri 

Sebab CCL beli pokok ni? Masa pergi kenduri baru-baru ni, ternampak pokok sandpaper ni tumbuh cantik di halaman rumah tuan rumah. Bunga ungu lembut dia memang menarik perhatian. Terus rasa nak ada satu sendiri kat rumah!

Harapnya pokok ni membesar dengan sihat dan dapat berbunga seperti yang diidamkan. Doakan pokok ni subur .. tak semua pokok terus naik lebat atau berbunga lepas tanam. Ada yang ambil masa. Sama macam kita. Kadang-kadang kita perlukan ruang dan masa sebelum boleh 'bersinar' semula.


Beli Anak Pokok Sandpaper Dalam Shopee

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Beli Anak Pokok Sandpaper Dalam Shopee Minggu lepas pergi kenduri kesyukuran adik beradik CCL, alhamdulillah majlis meriah. Cuaca pun elok, makanan pun sedap lengkap semuanya. Tapi yang paling mencuri perhatian CCL sebelah rumah jiran adik beradik CCL tu adalah  pokok bunga dekat halaman rumah!

Pokok sandpaper , pokok sandpaper bunga ungu, anak pokok sandpaper, benih pokok sandpaper

Ya, serius. Pokok sandpaper tu berdiri megah di tepi pagar, berbunga ungu kebiruan yang sungguh memikat. Daun dia kasar sikit bila pegang  . CCL baru tahu itu sebab digelar sandpaper vine. Bunganya berjuntai cantik, ala-ala bunga lavender versi tropika. Memang sesuai sangat dijadikan pokok hiasan tepi pagar atau pergola. Macam pokok ni pun, dia panjat elok atas pagar besi. Cantik betul!


Pokok sandpaper , pokok sandpaper bunga ungu, anak pokok sandpaper, benih pokok sandpaper

Rasa macam pergi kenduri tapi balik dengan semangat berkebun. Terus Google nama pokok, harga, dan kat mana nak beli.. memang tak boleh tahan rasa nak tanam sendiri. Info yang sepupu bagitahu benih pokok sandpaper ni ada pada bunganya . Selepas bunga bertukar keperangan , dalam kelopak bunga akan ada biji benih pokok dan boleh disemai . Terus pasang niat nak tanam satu di rumah tapi tak nak anak benih . Nak cari anak pokok , sebab apa tak nak biji benih? Sebab CCL ni jenis kurang sabar tunggu pokok naik. Kalau boleh, beli terus yang dah ada daun, ada batang. Lagi cepat naik, lagi cepat berbunga, lagi cepat puas hati ..

Jadi CCL pun memulakan operasi mencari anak pokok Sandpaper dalam Shopee. taip "anak pokok sandpaper", keluar banyak juga. Harga sekitar RM10  hingga RM30, bergantung saiz dan seller. Sebelum nak beli pastikan baca review dan pilih yang hantar guna bubble wrap atau pos laju pokok, bukan lipat masuk parcel . 


Pokok sandpaper , pokok sandpaper bunga ungu, anak pokok sandpaper, benih pokok sandpaper

Lepas scroll Shopee, akhirnya jumpa seller yang jual anak pokok, siap ramai bagi review bagus. Terus tekan 'Add to cart', Seller tu dari Kedah . So bila difikirkan kalau nak buat penghantaran tidaklah mengambil tempoh masa yang lama dari Kedah ke Perlis  . Anak pokok yang CCL pilih adalah saiz S yang berharga sepasu RM10 . Sempat juga laa add to cart dan checkout dua pasu anak pokok sandpaper . Bila tengok rating dari customer yang pernah beli sebelum ni semuanya rating bagus-bagus . Tunggu je lahhh parcel tu sampai . 



Rania Teruja Dapat Kek Birthday Kuromi

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Rania Teruja Dapat Kek Birthday Kuromi  Lepas penat berkelah , dalam perjalanan balik, Rania terus tertidur lena dalam kereta. Angin sepoi-sepoi, badan dah letih main air dan berlari sana sini… minum susu botol, memang terus terlentok atas ribaan CCL . Hampir setengah jam Rania lena dalam kereta. Dari mula kereta bergerak keluar dari tempat berkelah, sampai hampir nak sampai rumah pun dia masih tidur lena. Agaknya penat sangat main air, makan, gelak , semuanya cukup lengkap untuk buat dia 'recharge' betul-betul. Muka pun nampak letih sangat , tue tanda hari ni memang seronok untuk dia.

Bila dah sampai rumah, Rania terus terjaga.. ingatkan bila dah masuk rumah terus nak sambung tidur, rupanya tidakkk ..diajak pulak bermain  dalam rumah .. Penat bermain panjat sana sini, dah berpeluh terus bagi Rania mandi . Siap pakaikan baju t-shirt yang dibekal oleh mama Rania . 

Sebenarnya sebelum CCL keluar pergi berkelah , pagi tu CCL sempat laa pergi bakery belikan kek untuk Si Rania . Memang tak bawa pergi bekelah sekali . Nak suprisekan Rania kat rumah .. dalam banyak-banyak design kek , CCL memilih kek kuromi untuk birthday si kecik Rania . 

Paling CCL tak boleh lupa, first impression Rania nampak CCL bawa keluar kek kuromi ni ..dia punya keterujaan dia sebut ' wahhhhhh antikk' . Mata Rania terus bersinar-sinar bila nampak kek comel berwarna ungu hitam tu. Siap tunjuk dan jerit, “Mi! Mi!” ..Rania memang panggil Kuromi tu “Mi” je haha..Rania tak pandai cakap banyak lagi, tapi bila nampak Kuromi terus tunjuk sambil senyum lebar.Budak kecik ni memang tengah fasa suka watak-watak Sanrio, Hello Kitty, My Melody, dan terbaru… Kuromi !! .. 

Kadang-kadang kita rasa budak kecil tak faham sangat, tapi sebenarnya mereka sangat menghargai perhatian dan usaha kita. Tengok Rania kemain happy dengan kek birthday Kuromi dia, buat hati CCL rasa sangat puas dan bersyukur.

Happy Birthday yang ke dua tahun Rania . Moga Rania terus membesar jadi anak yang ceria dan disayangi semua orang. Moga cerdik pandai . 


Berkelah Sempena Birthday Rania

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Berkelah Sempena Birthday Rania Dua hari lepas, 30 June 2025 genap 2 tahun umur Rania . Tahun ni sambutan hari jadi Nia kami buat lain sikit , memandangkan Rania baru balik bercuti dari Pulau , Abah & mama Rania dah bawa pergi healing .. so birthday kali ni tema berkelah santai. Bukan kenduri besar, bukan majlis meriah… tapi cukup dengan keluarga terdekat, suasana damai, angin sepoi-sepoi, dan gelak tawa anak-anak bermain. 


Bila ditanya nak sambut birthday Nia kat mana, kami sepakat jom ke pi tempat yang boleh mandi manda tapi bukan waterpark tau .. tempat yang boleh healing-healing sambil dengar kicauan burung, derasan air yang mengalir .  



Bukan saja tempatnya cantik, tenang dan redup, tapi sesuai sangat untuk anak kecil main air cetek dan hirup udara segar. Kali ni, kami raikan Nia secara sederhana tapi penuh dengan kasih sayang dan alam semula jadi Cuaca pun cantik sangat hari tu. Langit biru, angin sejuk, bunyi air mengalir dari air terjun kecil... memang tenang. Bawa tikar bentang tepi sungai,



Suasana Damai di sini Sampai je awal pagi, kami cari port bawah pokok besar, dekat-dekat dengan kawasan aliran air. Tikar dibentang, makanan disusun.



Antara menu berkelah yang dibawa tadi

  • Nasi putih
  • Ayam goreng berempah
  • Masak lemak pucuk ubi & labu
  • Sambal belacan
  • Ulam bunga betik & terung
  • Udang goreng kunyit
  • Ikan goreng
  • Somtam
  • Cekodok pisang


Lepas makan nasi, Nia nampak je air mengalir, terus senyum lebar. Tangan kecik dia sibuk tunjuk-tunjuk, tak sabar nak turun main air. Kasut pun dia buka sendiri. 




Kadang-kadang, tak perlu sambutan besar pun. Cukup dengan mereka yang kita sayang, makanan yang kita suka, dan suasana tenang. Syukur Allah izinkan kami raikan hari lahir Nia dengan cara sederhana tapi bermakna

Selamat hari lahir Nia, semoga kamu terus membesar dalam rahmat Allah, jadi anak yang solehah dan menyenangkan semua yang mengenalmu.

Pemenang Top Commentators Of June 2025 | Tahniah Blogger Mohamad Taufik !

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Pemenang Top Commentators Of June 2025 | Tahniah Blogger Mohamad Taufik ! Alhamdulillah, tamat sudah bulan Jun! Terima kasih tak terhingga kepada semua yang sudi singgah, baca, dan tinggalkan jejak dalam blog CCL.. Seperti biasa, setiap komen yang ditinggalkan sangat CCL hargai. Bukan saja menceriakan ruang blog ini, tapi juga menjadi pembakar semangat untuk CCL terus menulis dan berkongsi. Kadang-kadang penulisan kita biasa je, tapi bila ada yang sudi baca dan beri respon, terasa semangat nak menulis tu menyala balik. Blog ni bukan sekadar tempat tulis-tulis, tapi dah jadi ruang kita berkongsi rasa, pengalaman dan kisah harian.

Bila tengok senarai nama yang kerap tinggalkan komen, CCL rasa terharu sangat. Ada yang tak pernah miss walaupun entri tu pendek je, ada yang bagi komen panjang lebar macam kita tengah berbual depan-depan. Serius, CCL hargai semuanya. 

Seperti biasa, CCL nak umumkan 10 nama yang paling aktif meninggalkan komen bulan ini. Jom tengok siapa yang tersenarai dalam Carta Top 10 Commentators Bulan June. 


Pemenang utama bagi Top Commentators Bulan Jun 2025 jatuh kepada.. Blogger Mohamad Taufik .Dengan jumlah komen sebanyak 34 komen dan sentiasa ada di setiap entri sekaligus layak dinobatkan sebagai Top Commentator No.1 bulan ini . Tahniah sekali lagi .Untuk blogger Mohamad Taufik boleh hubungi CCL melalui email virgoyana61@yahoo.com untuk urusan penghantaran hadiah ya. Harapnya hadiah kecil ni boleh jadi kenangan manis dari CCL. 

Buat yang belum pernah tinggalkan komen, jemputlah sekali-sekala. Tak kisah panjang atau pendek, CCL tetap akan senyum bila baca. Hehe. Dan siapa tahu, mungkin nama uguys pula bakal tersenarai bulan depan.. 

Sekali lagi, tahniah dan terima kasih semua!

Jumpa lagi di entri seterusnya… jangan lupa singgah, baca dan komen ya ..Kepada yang lain, jangan risau, setiap komen uguys tetap CCL baca satu per satu . . Mana tahu bulan depan giliran uguys pula naik podium top commentators. .



Back To Normal Setelah 5 Hari Bercuti

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Back To Normal Setelah 5 Hari Bercuti Hari ni secara rasminya CCL kembali ke rutin harian selepas seminggu bercuti. Bangun pagi tadi rasa macam “eh, dah habis cuti ? . Tapi hidup kena teruskan. Alarm pun dah kembali berjasa lepas seminggu dibiarkan sepi. Bila dah mula kerja balik ni, satu benda yang paling mencabar nak ‘catch up’ dengan mood kerja. Cuti seminggu tu bukan main cepat masa berlalu. Tapi bila kerja, sejam rasa macam tiga jam ..

Tadi CCL sempat pandang kalendar eh..dah masuk bulan baru rupanya. Cepatnya masa berjalan. Rasa macam baru je sambut awal tahun. Sekarang dah separuh tahun berlalu. Banyak lagi target belum tercapai. Tapi takpe… perlahan-lahan, asalkan tetap jalan.


Masuk ofis, meja pun masih macam minggu lepas tinggal. Nasib baik tak ada "kejutan" besar. Tapi inbox email memang tak beri muka lah ..  penuh! Sekarang masa untuk CCL kembali fokus. Mood kerja pun perlahan-lahan nak dipanaskan balik. Harap minggu ni berjalan lancar. Doakan semoga CCL semangat untuk kerja kembali menyala Cuma yang tak berapa best… bila nampak kerja yang tertangguh. Tapi tak apa, kita hadap satu-satu. Slow and steady. Yang penting, mindset kena positif.

Jujurnya, walau penat, seronok juga bila hidup kembali berjadual. Ada rutin, ada tujuan. Cuti memang seronok, tapi kerja pun penting. Duit tak masuk sendiri, kan? Kalau ada yang masih bercuti tu, enjoy lah ya. Yang dah kerja balik macam CCL ..Selamat Bekerja ..


Kenangan Takkan Pernah Hilang, 4 Tahun Tanpa Arwah Tokwan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Kenangan Takkan Pernah Hilang, 4 Tahun Tanpa Arwah Tokwan Setiap kali bulan Jun datang, hati CCL jadi sedikit sayu. Bukan sebab apa, tapi sebab dalam bulan inilah arwah Tokwan CCL tinggalkan kami empat tahun yang lalu. Walaupun masa dah berlalu, rindu tu tetap tak pernah surut. Masa berlalu, tapi rindu masih di situ. 


Diam tak diam, dah empat tahun Tokwan pergi. Tapi dalam banyak hal, arwah Tokwan tetap ‘ada’. Dalam ingatan, dalam mimpi, dalam setiap cerita yang kami ulang-ulang bila berkumpul.

Kadang bila balik kampung, bila duduk sorang-sorang, terbayang Tokwan tengah duduk depan rumah, pakai kain pelikat dengan singlet putih, genggam rokok daun. Senyum je bila cucu balik kampung . Ada masanya bila hujan renyai-renyai turun petang-petang, teringat Tokwan suka duduk termenung di anjung rumah, hirup kopi panas, tengok langit.

Pemergian Tokwan ajar CCL erti sakitnya kehilangan. Tapi dalam kehilangan tu, kami jumpa banyak kenangan yang jadi penawar rindu. Terima kasih Tokwan, kerana tinggalkan memori yang penuh kasih.


Selamanya dalam hati.

Al-Fatihah.

Tenangnya Pagi Muharam

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Tenangnya Pagi Muharam Awal Muharam datang lagi. Alhamdulillah, diberi kesempatan oleh Allah untuk melangkah ke tahun baru dalam kalendar Hijrah — 1447H. Bagi CCL awal Muharam membawa makna yang lebih dalam bukan sekadar penukaran tarikh, tapi satu peluang untuk muhasabah diri. Tengok balik setahun yang lepas apa yang dah berjaya dibuat, apa yang masih tersangkut, dan apa yang patut diperbaiki.


Pagi tadi suasana tenang je. Langit pun macam lebih redup dari biasa. Lepas subuh pagi tadi sambil-sambil sidai baju di ampaian luar rumah, ambil peluang duduk hirup udara pagi uang segar sambil tenung langit. Kadang-kadang kita tak perlu pun benda mewah untuk rasa bahagia. Cukup dengan waktu yang tenang dan hati yang lapang.

Sempena tahun baru Islam ni, CCL doa semoga Allah beri kekuatan untuk jadi insan yang lebih sabar, lebih bersyukur, dan lebih kuat semangat. Hidup ni ada naik turun, tapi selagi kita berpaut padaNya, insyaAllah semuanya dipermudahkan.

Selamat menyambut awal Muharam 1447H buat semua. Moga tahun baru ini membawa lebih banyak ketenangan, rezeki, dan kasih sayang dalam hidup kita. 

Bun Cheese Gula Gebu-Gebu,

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Bun Cheese Gula Gebu-Gebu, Setiap pagi bukan semua orang ada masa nak sediakan nasi lemak, roti jala atau sandwich telur. Kadang mata pun masih separuh terbuka. Tapi perut tetap lapar. Masa itulah menu paling senang pun rasa macam menu hotel, ada roti sahaja cukup untuk kenyangkan perut buat seketika waktu ..


Bun cheese gula, roti cheese gula

Pagi ni CCL sarapan dengan roti cheese gula, menu yang confirm boleh buat mood pagi terus ceria. Bayangkan bau roti yang tengah dibakar, lepas tu letak sekeping cheese yang dah diparut, biar cair sikit… tabur gula halus atas tu. Fuhhh… rangup, leleh, manis  semua cukup rasa. Simple je, tapi puas hati! Setiap kali CCL makan roti cheese gula, terus rasa macam balik zaman sekolah. Masa tu, mak suka buatkan roti bakar dengan marjerin dan gula. Sekarang dah besar, upgrade sikit tambah cheese! Kombinasi lemak masin dari cheese dan manis dari gula buat tekak rasa puas. Tapi roti cheese gula ni tak buat sendiri , beli di kedai sahaja ..Simple tapi sedap! makan sambil tengok sinaran pagi dari luar tingkap, dengan kopi O, teh O panas.. Roti ni mungkin biasa, tapi nikmat dia luar biasa.

Kadang kita tak perlukan sarapan mewah pun. Cukup dengan sekeping roti, cheese dan gula pun dah cukup untuk buat kita senyum pagi-pagi.

Rehat Sebentar Dengan Chocodate Milk

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Rehat Sebentar Dengan Chocodate Milk  Breakfast pagi tadi sempat ngopi bersama biskut . Lepas tu terus sambung saki baki kerja pukul 10 kena attend briefing . Selesai briefing masuk office sambung kerja seperti biasa, lebihan kerja hari sabtu yang lepas masih ada lagi sedikit baki-baki . Kena selesaikan satu per satu sebelum masuk tugasan yang baru . 

Kadang-kadang dalam kesibukan harian, otak rasa tepu, badan pun mula memberi isyarat untuk berhenti sekejap. Bila kerja bertimbun dan fikiran dah mula berserabut, apa lagi rehat seketika memang perlu. Tapi sejenis CCL memang akan usaha untuk settlekan kerja dulu barulah boleh rehat dengan tenang setenangnya . Uguys ada yang macam CCL tak ? 


Hari ni tengah sibuk siapkan kerja. Kepala penuh, tangan tak berhenti menaip. Tiba-tiba, kawan CCL muncul depan meja office datang hulur satu Chocodate Milk.Gabungan paling manis untuk hati fikiran yang tengah serabut kira-kira kertas kerja . Coklat hadir  tepat pada waktunya. Coklat tu cair di mulut, rasa manisnya terus sampai ke hati. Rasa macam diri dipeluk kejap walaupun hanya duduk depan komputer . 

Coklat chocodate milk ni  packaging nampak mahal betul yer . Isi dalamnya gabungan coklat, kurma dan badam dalam satu gigitan .. coklat yang manis, kurma yang lembut, manis semulajadi rasa comfort serta ada badam yang rasanya berlemak .. gabungan ketiga-tiga ni buat coklat ni lagi mewah . Tapi rasanya memang manis .Sekali rasa ' woi manisnya! .. Coklat dia bukan main padu. Manis, pekat, dan licin turun ke tekak. Sampai rasa ngilu kat gigi, tapi... sedap. Manis yang menyakitkan.

Coklat ni tak boleh selesaikan kerja CCL tapi dia buat CCL berhenti sekejap, tarik nafas, dan senyum. Kadang-kadang, itu pun dah cukup. Terima kasih kawan, bagi moment manis di tengah kerja yang kelat. Kadang-kadang manis tu sakitkan gigi, tapi sembuhkan hati. Cewahhhh . 



Pagi di Office: ZUS Coffee & Biskut Jadi Peneman

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Pagi di Office : ZUS Coffee & Biskut Jadi Peneman Selamat pagi Isnin !! Selamat  bekerja !! . Pagi ini bermula dengan cukup sederhana tapi cukup membahagiakan. Bangun dengan udara segar, buka langsir nampak langit cerah hari yang baik untuk mulakan dengan sesuatu yang menyenangkan. Awal pagi ni  macam biasa penuh dengan tugasan kecil yang perlu diselesaikan segera. Alhamdulillah, selesai dengan lancar sebelum jam 10 pagi.Ada saki baki tugasan lain sambung kejap lagi .  

Lepas tu , CCL rasa macam nak ‘reward’ diri sendiri sikit. Jadi, tanpa fikir panjang, CCL terus order ZUS Coffee melalui app. Hot Spanish Latte menjadi pilihan CCL untuk pagi ni ... Bau kopi yang cukup beraroma dan cukup buat mata terus segar. Sambil tunggu kopi sampai, CCL sempat kemas meja kerja, susun semula fail-fail dan tarik nafas lega. Bila rider sampai, terus rasa excited macam dapat surprise kecil untuk diri sendiri .. 


Kopi sampai, untuk teman minum , CCL terus duduk santai  sambil cicah biskut dalam kopi…ambil beberapa keping biskut rangup, lemak manis cukup sempurna dicicahkan dengan kopi panas biar dia serap perlahan-lahan, lembut sikit, kemudian masuk mulut. Ya Allah, nikmat dia lain macam. Simple je, tapi itulah moment yang buat CCL senyum sorang-sorang dekat office pagi ni .. Cukup dengan kopi yang sedap dan biskut yang boleh dicicah.

Kadang-kadang, tak perlu sarapan berat pun untuk buat pagi terasa ‘complete . Kadang secawan kopi & biskut pun dah cukup buat hari rasa lebih baik. 

Uguys breakfast apa pagi ni ?


Diam Bukan Lemah !!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Diam Bukan Lemah !! Diam tu bukan kosong, diam tu selalunya penuh . Ya penuh !! Penuh dengan benda yang orang malas nak dengar . Dah muak !! . Ada tau sejenis manusia dalam dunia ni  dia bukan jenis yang balas mesej berjela- jela , dia bukan jenis nak justify diri dia siang malam dan dia juga bukan jenis yang bila di fitnah  terus buat live,terus menangis , terus buat thread panjang- panjang . 

Dia hanya diam . Dengan diam tu dia but ramai orang gelisah , kadang orang cakap ' kalau kau betul, 

kenapa kau tak lawan balik ? 

Kau diam sebab kau salahkan ?

Kau tak bersuara  orang fikir kau lemah !

Padahal , kadang tu kena faham diam tu bukan tanda lemah , diam tu tanda marah yang tak mau membakar dunia . Diam tu tanda kecewa yang dah tak tau nak explain macam mana .  Diam tu cukup kuat sampai dia pilih  untuk tak balas apa-apa . 

Ada orang, dia tak suka gaduh tapi dia tak bodoh , dia tau kalau dia balas, dia akan menyesal  . Dia tau kalau dia cakap, dia akan meletup ! . Kalau dia layan benda tu makin panjang . So dia memilih untuk diam !, . Bukan sebab dia kalah tetapi sebab dia tau harga tenang tu kan sebenarnya lebih mahal  dari harga menang .



Kalau pernah diam dan orang salah faham diam kau tu, just nak cakap sstu jerr, tak semua benda kita kena defend . Tak semua orang layak dengar cerita sebenar dan tak semua benda perlu disuarakan untuk jadi benar . Kadang diam tu bukan surrender tapi diam tue signal terakhir sebelum seseorang padam  lampu dan tutup pintu .  Dan masa tu lah , orang yang kononnya tak kisah akan mula rasa kehilangan .. tapi malangnya bila seseorang dah lama diam dia bukan diam nak tunggu orang tu berubah tapi dia diam sebab diri sendiri dah berubah.

Jangan anggap orang yang diam tu tak tahu apa-apa, dia tahu cuma dia dah penat nak bagitahu . Jangan pandang rendah kuasa diam .. doam boleh buat orang tertanya-tanya . Diam juga boleh buat orang rasa bersalah dan diam juga boleh buat orang terhempas dengan ego diri sendiri .

Dan kalau kau yang tengah baca ni, kau penat nak explain, kau dah tak tahu nak cakap macam mana  . Kau tengok ja orang buat macam-macam cerita pasal kau, kau pernah disalahertikan, pernah disalah hukum . Oernah juga dilabel benda yang kau tak buat , tapi kau diam ..just nak bagitau  bukan lemah okay . Tapi tengah jaga hati sendiri, tengah lindung akal sendiri dan tengah bagi ruang lada Tuhan untuk uruskan semua.

Dan itu, adalah kekuatan yang orang takkan nampak sebab manusia cuma tahu nilai suara, Tapi lupa… kadang diam itulah yang lebih lantang daripada segala jeritan. Bila orang diam jangan terus tuduh dan membuat andaian macam- macam  . Dia diam sebab terlalu banyak yang dia simpan . Doa tahu bila dia buka mulut akan ada orang yang takkan mampu hadap kebenaran