Assalamualaikum dan salam sejahtera
KFC GOLDEN EGG CRUNCH SEDAP ATAU TAK SEDAP ? Minggu lepas CCL berkesempatan singgah KFC untuk mencuba menu baru yang KFC keluarkan . Apa menu baru tue ? Semestinya "Golden Egg Crunch" . Asyik terliur je bila tengok iklan KFC Golden Egg Crunch berlegar-legar di skrin tv . Menu baru KFC ni semestinya rasa ayam kentucky ni lain dari yang lain . Korang dah mencuba le belum menu baru ni ? CCL dah mencuba .Pastinya korang yang sudah mencuba menu baru Golden Egg Crunch ni ada citarasa yang tersendiri . Ada yang suka dan ada yang tak suka . Bagi CCL suka le tidak KFC Golden Egg Crunch ni ? Mari baca review CCL sehingga habis .
Langkah je masuk KFC orang ramai beratur , CCL turut sama kena beratur sehinggalah tiba giliran CCL untuk membuat order , tak lain tak bukan semestinya CCL akan order menu baru ni KFC Golden Egg Crunch.Bila dinilai dari luaran semasa staff KFC masukkan ayam tersebut ke dalam kotak CCL boleh bezakan warna lebih terang dari ayam kentucky biasa. Yang buatkan CCL terliur sangat- sangat bau daun kari pada ayam ni memang automatik terus teringat resepi buttermilk chicken salah satu feveret CCL .
KFC Golden Egg Crunch ni memang sedap dan kena dengan citarasa CCL . Rasanya pedas, masin dan manis . Gabungan tiga rasa yang seimbang . Terasa juga telur asin yang disaluti pada ayam tersebut . Aroma bau daun kari confirm tergugat.
Oh kalau korang nak tahu KFC Egg Golden ni ada dua set combo .
Set RM14.50
- 2 ketul ayam
- Kentang putar
- Coleslaw
-Minuman sarsi
Set RM18.60
- 3 ketul ayam
- kentang putar
- Coleslaw
- Minuman sarsi
Nampak kan perbezaan set kombo ni . Kalau korang yang baru mencuba menu ni boleh order set combo RM14.50 . Kalau sudah mencuba dan nak repeat order untuk kali kedua boleh order set combo RM18.60 .
Adakah CCL akan repeat order KFC Golden Egg Crunch ?
Ya . CCL akan repeat order, disebabkan sedap dan kena dengan citarasa CCL .
Korang yang belum mencuba boleh la terjah KFC berdekatan . Yang sudah mencuba adakah citarasa korang sama dengan citarasa CCL ? Bagi feedback sikit tentang menu baru ni .