Assalamualaikum dan salam sejahtera
Back To Normal Setelah 5 Hari Bercuti Hari ni secara rasminya CCL kembali ke rutin harian selepas seminggu bercuti. Bangun pagi tadi rasa macam “eh, dah habis cuti ? . Tapi hidup kena teruskan. Alarm pun dah kembali berjasa lepas seminggu dibiarkan sepi. Bila dah mula kerja balik ni, satu benda yang paling mencabar nak ‘catch up’ dengan mood kerja. Cuti seminggu tu bukan main cepat masa berlalu. Tapi bila kerja, sejam rasa macam tiga jam ..
Tadi CCL sempat pandang kalendar eh..dah masuk bulan baru rupanya. Cepatnya masa berjalan. Rasa macam baru je sambut awal tahun. Sekarang dah separuh tahun berlalu. Banyak lagi target belum tercapai. Tapi takpe… perlahan-lahan, asalkan tetap jalan.
Masuk ofis, meja pun masih macam minggu lepas tinggal. Nasib baik tak ada "kejutan" besar. Tapi inbox email memang tak beri muka lah .. penuh! Sekarang masa untuk CCL kembali fokus. Mood kerja pun perlahan-lahan nak dipanaskan balik. Harap minggu ni berjalan lancar. Doakan semoga CCL semangat untuk kerja kembali menyala Cuma yang tak berapa best… bila nampak kerja yang tertangguh. Tapi tak apa, kita hadap satu-satu. Slow and steady. Yang penting, mindset kena positif.
Jujurnya, walau penat, seronok juga bila hidup kembali berjadual. Ada rutin, ada tujuan. Cuti memang seronok, tapi kerja pun penting. Duit tak masuk sendiri, kan? Kalau ada yang masih bercuti tu, enjoy lah ya. Yang dah kerja balik macam CCL ..Selamat Bekerja ..




































