Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kalendar Tahun 2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Masuk tahun baru, semestinya kalender pun kena bertukar baru . Macam biasa tahun ni dapat kalender cuma design setiap tahun berbeza-beza . CCL lebih sukakan 'stand desk calendar ' macam , sangat memudahkan untuk diletakkan di mana-mana especially di sudut meja kerja . Saiz kalendar ni tidaklah terlalu besar dan tidak terlalu kecil .
Paling penting kalendar ni lengkap dengan info cuti umum serta cuti sekolah . Side setiap helaian belakang ada bahagian untuk you guys letak nota- nota penting .
Lirik Lagu Hijab Rindu - Black Hanifah
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lirik Lagu Hijab Rindu - Black Hanifah
Top Commentators Of December 2024 : Tahniah Blogger Suria Amanda !!
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Top Commentators Of December 2024 : Tahniah Blogger Suria Amanda !! Penghujung tahun 2024, pada 31 Disember 2024 maka berakhirlah top commentator yang CCL adakan setiap bulan . Hujung bulan hari tu walaupun masih mood bercuti sempat juga CCL tengok siapakah yang merangkul top Commentators untuk bulan Disember 2024 .. cumanya entri ni CCL terpaksa hold seketika waktu disebabkan hampir beberapa hari CCL berada di Bangkok, Thailand . Menghabiskan sisa-sisa cuti tahunan di sana sambil rehat minda .2 Januari baru balik Perlis . Perjalanan pergi dan balik memang mengambil masa yang lama. Belum cukup rehat lepas balik dari bercuti , 3 Januari barulah mula masuk office, kiranya minggu pertama memang betul-betul tumpu pada kerja , selesaikan apa yang patut. Ya laa dah cuti beberapa hari so kena settlekan beberapa daily report yang tertinggal .
Tak nak bebel panjang, CCL nak umumkan top Commentators bulan Disember 2024 jatuh kepada blogger Suria Amanda . Tahniahhh .. boleh emailkan detail untuk CCL pos hadiah ke virgoyana61@yahoo.com
Tak lupa juga kepada Top 5 bulan ni kerana sudi memeriahkan lama blog CCL ni .
Jom terjah mereka
Salam Tahun Baru 2025 !
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Salam Tahun Baru 2025 ! Hello you guys . Hari ni dah hari ke-8 kita semua melangkah ke tahun baru 2025 . Hari ke-8 CCL muncul semula dalam ruangan blog setelah menyepi beberapa minggu menyelesaikan kerja hakiki untuk report tahunan serta cuti healing-healing minda sempena masuk tahun baru 2025 ni . Alhamdulillah plan untuk bercuti akhir tahun Allah dah susun elok perancangannya .
Beli Murah-Murah (BMM) Adakan Clearance Stok . Semua Barang RM1.50 !!


Hadiah Birthday 2024 : Handbag David Jones Dari Kaklong Aya
Fairus Buat Giveaway
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Fairus Buat Giveaway Hari ni CCL join giveaway dari blogger Fairus . Giveaway ni baru start semalam tau ..sehingga penghujung bukan Disember
Dalam entri beliau minta pendapat kenapa suka mengunjung blognya .. So bagi pendapat CCL kenapa acap kali CCL mengunjungi blog Fairus adalah bog yang penuh dengan informasi tentang sejarah-sejarah lama at least boleh la sama-sama tambah ilmu pengetahuan .
Uguys nak join klik banner di atas okey.
Giveaway By Ejulz 2024
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Giveaway By Ejulz 2024 Giveaway yang kedua yang CCL sempat join untuk hari ni .. kali ni Giveaway yang tengah on going dari blogger Ejulz sehingga ujung ban Disember iaitu pada 31 Disember . So jom ramai-ramai support Giveaway dari blogger Ejulz . Mana tahu rezeki dalam Giveaway ni .
U guys yang belom join jemput klik banner di atas .
GIVEAWAY 13TH ANNIVERSARRY
Assalamualaikum dan salam sejahtera
GIVEAWAY 13TH ANNIVERSARRY Hampir-hampir terlupa ya , hari ni merupakan hari terakhir giveaway dari blogger Adnil Linda . Tengah-tengah blogwalking mujur teringat ada giveaway yang tengah on going . Support rakan blogger mana tahu terselit rezeki kan .
Harap-harap penyertaan last minit sebelum giveaway ni tutup dapat diterima la . Untuk u guys yang nak join boleh klik banner di bawah
Ucapan sempena ulang tahun perkahwinan akak Adnil Linda & suami
Pengajaran Buat Kaki Travel, Hati-Hati Dengan Penumpang Yang Terlebih Mesra
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pengajaran Buat Kaki Travel, Hati-Hati Dengan Penumpang Yang Terlebih Mesra U guys kaki travel tak kisah la sama ada dalam negeri atau pun pergi travel luar negara sekali pun wajib tau untuk baca entri CCL kali ni . CCL nak share tapi bukan lah based on pengalaman CCL , ini pun CCL terbaca di platform Facebook , terdetik nak share dalam blog sebagai keselamatan u guys juga kan .
Teruskan membaca ..
Dalam flight ke Dubai, aku teringat cerita ni. Masa tu ada seorang makcik duduk sebelah aku. Dia mintak tolong angkatkan luggage dia, tapi ada abang baik kat seat seberang yang tolong dia instead. Aku memang jenis tak tinggi, jadi aku avoid sangat nak usik compartment atas tu.
Lepas settle duduk, makcik ni terus borak dengan aku. Friendly gila, kami borak sepanjang flight. Tapi masa flight nak landing, tiba-tiba dia mengadu sakit perut teruk. Risau jugak aku, jadi aku panggil pramugari, dan dorang pun bagi bantuan basic. Lepas tu, makcik ni start panggil aku "anak", pegang tangan aku kuat-kuat.
Semua orang kat sekeliling mula anggap kami ni related.Masa dah landing, abang yang tolong dia tadi keluarkan beg dia dan bisik kat aku, suruh aku jangan rapat sangat dengan makcik ni. Dia jugak pesan untuk explain kat cabin crew yang kami tak travel sekali. Nasib baik aku dengar cakap dia.Crew flight tanya sama ada kami kenal, aku terus jawab yang kami baru je jumpa dalam flight.
Masa nak keluar dari flight, makcik tu merayu suruh aku bawakan handbag dia. Aku blur kejap, tapi abang tadi geleng kepala kuat-kuat, macam suruh aku jangan buat. Dia siap bagi aku nota kecil, suruh aku biarkan crew yang handle dia.Aku ikut nasihat abang tu, keluar je dari flight tanpa usik barang makcik tu.
Makcik tu tunggu wheelchair, dan aku pun blah. Tak lama lepas tu, kecoh kat airport. Rupa-rupanya, makcik tu lari dari wheelchair sambil bawak luggage dia. Polis airport cepat-cepat tahan dia.
Masa tu la makcik tu menjerit, panggil aku "anak" dan tuduh aku tinggalkan dia.
Baru aku sedar, makcik ni rupanya bawak barang terlarang dan nak libatkan aku dalam hal ni.Nasib baik abang tadi datang back up aku, explain yang aku ni stranger je. Polis mintak makcik tu bagi full name aku, tapi dia tak boleh sebab aku tak pernah share nama aku dengan dia. Barang aku semua kena check habis-habisan, tapi takde connection pun dengan barang dia. Akhirnya, aku dilepaskan.
Benda ni ajar aku satu benda penting: Jangan sentuh luggage atau barang orang lain kat airport atau dalam flight, walaupun nampak macam harmless. Barang dorang, tanggungjawab dorang. Barang kau, tanggungjawab kau.Sekarang ni, kalau ada orang mintak tolong angkat barang kat compartment atas atau apa-apa, aku terus panggil cabin crew. Call me cold, tapi ini semua pasal self-preservation.
Pengajaran Buat Travelers: Baik hati tu boleh, tapi sentiasa berhati-hati. Kadang-kadang, nyawa kau boleh jadi taruhan.
Saatnya Kita Mula Sedikit Tidak Peduli
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Saatnya Kita Mula Sedikit Tidak Peduli Kalau kita dah mula untuk mengambil jarak. Kalau kita dah mula untuk tidak peduli . Kalau kita dah mula untuk meletakkan hak untuk diri sendiri, kita akan dianggap jahat okeh orang lain . Kita akan dianggap sebagai orang yang tidak mengenang budi . Kita akan dianggap sebagai complicated , sukar kita dianggap sebagai orang yang hanya pentingkan diri sendiri hanya kerana kita telah memilih untuk Tidak peduli hanya kerana kita mula mengambil jarak hanya kerana kita telah mula memilih. Untuk menjadi orang yang sedikit memberikan hak pada diri kita .
Tentu ada resistant tentu ada pertentangan dan itu perkara biasa . Orang yang selama ini terlalu selesa dan mengambil kesempatan di atas sikap kita akan menjadi orang yang akhirnya memusuhi kita dan akhirnya membenci kita kerana kita nak berubah menjadi yang lebih baik dan itu biasa
Hadiah Birthday 2024 : Tudung Bawal Dearlovebysha Code Earthy Dari Emilia
Hadiah Birthday 2024 : Tudung Dearlovebysha Code Pinky Dari Tasha
Hadiah Birthday 2024 : Tudung Bawal Ariana Dari Blogger Mummy Ayu
Menang Giveaway Mummy Ayu
Certot : Resepi Tiktok
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Certot : Resepi Tiktok Gita baru kehilangan kedua ibu bapanya. Ada adik-adik yang perlu diurus. Memandangkan ibu dan bapanya merupakan sama-sama yatim piatu yang membesar di rumah anak yatim, mereka tiada saudara. Hanya Gita dan adik-adiknya sahaja di dunia ini. Untuk itu, dia perlu kuat.
“Kakak… lapar.” Adik bongsunya yang berusia lapan tahun merengek.
Walaupun sudah berusia 18 tahun, tidak banyak jenis masakan yang Gita tahu masak. Setakat nasi, telur goreng, nasi goreng kicap itu dia tahulah. Lebih-lebih, dia tak reti. Takkanlah mereka adik-beradik nak makan itu sahaja setiap hari?
Gita mencari idea masakan ringkas yang boleh dia buat di TikTok. Puas membelek, dia temukan satu menu pasta yang cukup ringkas dan tak banyak bahan. Berbekalkan wang simpanan orang tuanya yang masih tersisa sementara Gita mencari kerja, dia ke kedai membeli bahan.
Setelah pulang, dia masak hidangan itu dan adik-adiknya makan dengan sangat lahap. Hari berganti hari, Gita semakin bersemangat untuk mencuba menu lain. Semuanya dia belajar daripada TikTok. Bukan itu sahaja, Gita juga ada menjual makanan yang dia masak ke dalam grup WhatsApp kejiranan serta rakan-rakan di tempat kerjanya.
Hal yang pada mulanya Gita pelajari hanya untuk bertahan hidup, kini menjadi antara penyumbang kepada pendapatan keluarganya. Walaupun Gita tak dapat meneruskan pelajaran kerana ingin membesarkan adik-adiknya, tapi dia seronok melakukan kerja-kerja ini. Moga suatu hari nanti, di kala semua adiknya sudah besar, Gita melihat kepada detik ini dan berkata kepada dirinya sendiri, “Kau kuat!”
Certot : Asam Keping
Assalamualaikum dan salam sejahtera
“Mak su! Mak su!” jerit Tikah di dapur.
Mak su yang sedang menyapu di luar rumah berlari dengan berkain batik ke dapur.
“Kenapa, Tikah? Terbakar ke?” soalnya cemas.
“Ikan ni meletup, mak su! Tolong!” jerit Tikah lagi. Tangan kanan memegang sudip besi, di tangan kiri pula memegang pingan kaca sebagai perisai.
Mak su tanpa basa-basi terus menutup api dapur.Minyak di dalam kuali perlahan-lahan berhenti meletup.
“Fuh! Terima kasih, mak su. kalau tidak tadi memang saya dah kena bunuh dengan minyak ni!”
Mak su menggelengkan kepalanya mendengar celoteh anak saudaranya itu.
“Tikah lupa ya apa yang mak su beritahu semalam?” Tangan mak su lantas mencapai sebalang asam keping. Dibukanya balang tersebut dan mengambil sekeping asam keping, lalu dimasukkan ke dalam kuali gorengan ikan keli tadi.
“Asam keping ni boleh kurangkan letupan minyak dan tak nak bagi ikan atau ayam melekat dekat kuali. Maklumlah kuali opah kamu tu dah berkurun. Tak pernah nak ditukar baru.”
Tikah hanya mendengar dengan tekun.
“Baik, mak su. Lain kali saya janji takkan lupa masukkan sekali asam keping setiap kali nak goreng ikan!” Tikah mengambil tempat di meja makan.
“Yang helmet dekat kepala kamu tu untuk apa?”
Mak su mengetuk helmet yang dipakai Tikah.
“Hehe, untuk keselamatan wajah cantik saya ni, mak su,” balas Tikah seraya membuka helmet tok wannya.
“Ada-ada sajalah kamu ni, Tikah.”
Hadiah Birthday 2024 : Dapat Velvet Lipmatte Dari Ex-Student Intern Siti
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hadiah Birthday 2024 : Dapat Velvet Lipmatte Dari Ex-Student Intern Siti
Mixue : Kiwi Jasmine Tea
Hadiah Birthday 2024 : Sling Bag Polo Dari Laily
Beli Sabun Aiskrim
Top Commentators Of November 2024 : Tahniah Blogger Fanny Dcatqueen !!
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Top Commentators Of November 2024 : Tahniah Blogger Fanny Dcatqueen !! Hari ni hari pertama kita semua melangkah ke bulan Disember . So berbaki lagi sebulan untuk pengakhiran tahun 2024 kan . Sekejap waktu berlalu pergi . Seperti biasa CCL nak umumkan Top Commentators of November jatuh kepada blogger Fanny Dcatqueen
Sudah dua kali rakan blogger CCL seorang yang dari negara seberang ni menjuarai carta bulanan untuk top Commentator . Bulan September dan juga bulan November . Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi datang ke lama blog CCL tanpa putus-putus .
Top 5 commentator untuk bulan November
















































