Certot : Minyak Masak Peket
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Certot : Minyak Masak Peket Berlarian kami berdua masuk ke sebuah kedai serbaneka apabila ternampak beberapa pembeli keluar dari situ sambil membimbit plastik jernih yang berisi minyak masak peket. Sayangnya, apabila menuju ke rak yang biasa diletakkan stok tersebut, tinggal kotak kosong sahaja. Suamiku menggoyangkan pergelangan tangannya, tanda dah habis.
“Tak apalah, bukan rezeki,” kataku yang sedang menggendong Arif, bayi kami yang berusia 20 bulan.
Kami meneruskan agenda mencari sedikit barang dapur dan sudah semestinya, minyak masak peket juga termasuk di dalam senarai. Yalah, kami ini berstatus B40. Layak membeli barangan subsidi kerajaan yang semakin lama semakin tipis stoknya di pasaran.
Suamiku beratur untuk membayar barangan yang dibeli. Sementara aku pula, masih lagi memilih roti krim Gardenia di atas para. Aku bercadang untuk membayarnya menggunakan wang yang ditebus daripada program e-Madani melalui aplikasi Touch ‘n Go.
Ketika berurusan di kaunter bayaran, aku melihat sepasang suami isteri beratur di belakang aku sambil menjinjing dua peket minyak masak.
“Maaf, ambil di mana? Tadi saya pergi, dah habis,” tanyaku.
“Saya jumpa di belakang sana, tapi bukan dekat rak biasa. Letaknya di celah-celah barang,” jawab si isteri.
Tiba-tiba, staf di kaunter, seorang gadis muda yang sedang membungkus roti bertanya, “Kakak nak minyak peket ke? Di kaunter ni ada satu peket lagi.”
Terus aku mengangguk. Rasa berbunga hati ini apabila melihat bungkusan minyak yang dibawa keluar dari bawah meja kaunter. Jadilah… daripada tak ada langsung. Stok di rumah pun dah susut benar.
“Begini, kakak. Tadi ada ramai orang Bangladesh beratur untuk beli minyak masak ni. Seorang ambil dua peket. Bos saya dah pesan, jangan dijual kepada mereka. Tu yang satu peket ni tersadai di kaunter. Yang dua peket tu dari kawan dia yang beratur sama,” panjang lebar gadis tu menerangkan.
Aku mengucapkan terima kasih dan membayar barang yang dibeli tadi.
“Alhamdulillah, baguslah begini. Barangan subsidi tidak seharusnya dinikmati oleh warga asing. Kita ni nak jumpa pun susah. Senang-senang saja warga asing yang dapat,” kata suami wanita tadi.
Benar sangat apa yang dikatakan itu. Bukan kami menidakkan rezeki mereka, tetapi kawalan barangan subsidi haruslah lebih ketat kerana ia adalah hak rakyat Malaysia yang membayar cukai. Syabas! Semoga lebih banyak lagi kedai yang serius menjaga hak rakyat Malaysia daripada dimonopoli oleh warga asing.
Terbeli Gummy Aybam Hasil Teracun Live Shopee Ceduk-Ceduk
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terbeli Gummy Aybam Hasil Teracun Live Shopee Ceduk-Ceduk Ketahuilah u guys sebaik sahaja entri ini dipublishkan gummy yang CCL beli ni sudah habis di makan . Rasanya beli gummy ni dah dua minggu lepas, tapi tu lah mood nak update entri blog sejak sebulan dua bulan mood betul-betul ke laut . Ni pun paksa juga diri untuk update blog .
Haritu macam biasa CCL suka tengok live di platform Shopee, tersangkut laa di live Aybam Gummy . CCL tengah ralit ya tengok si Ayda ceduk-ceduk gummy masukkan ke dalam balang . Siapkan order customer . Lama juga la CCL buang masa tengok si Ayda ceduk-ceduk gummy ni . So CCL pun teracun juga ya untuk membeli ..
Jumlah gummy dalam satu balang ni tak pasti berapa, sebab tahap kemalasan nak mengira itu tinggi yer gaisss .. cuma buka parcel, nak snap gambar ..ehh sebelum tu memang CCL check tanda halal tu dulu ya ..risau laa jugak termakan benda-benda haram .. gummy ni halal dan ada tanda halal.
Macam-macam design gummy yang ada . Menarik ya ! Setiap design tu flavour tidak sama . Tapi design gummy ni comel-comel . Tertarik nak beli ..
Nak repeat lagi ? Mungkin kalau satu hari nanti teringin nak makan sure CCL akan repeat sebab gummy ni tak manis sangat tau . Boleh diterima tekak . Ni pun beli sebab nak rasa jer . Bila dah rasa dah tahu gummy ni macam mana dah okay kan ..
You guys pernah makan gummy ?
Happy Birthday To Me | 16 November 2024
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Happy Birthday To Me | 16 November 2024
Alhamdulillah . Tarikh 16 November merupakan hari lahir CCL yang ke 3+ . So dah cukup umur 3+ . Sempena hari lahir ni tak minta apa-apa pun . Cuma minta doa untuk CCL sentiasa kuat di sisi keluarga , ada mak , ayah dan adik-adik serta adik beradik terdekat itu pun dah cukup buatkan CCL gembira .
16 November 2024 , Sabtu .. CCL memang kerja separuh hari , memang tak sempat nak celebrate secara kecil-kecikan dengan family . Disebabkan kerja separuh hari , tengahari tu kena attend konvo anak buah CCL ..
Best Korean Skincare | Anua Rice Enzyme Brightening Cleansing Powder
- Rice water
- Ceramide
- Papain
- Alpha arbutin
- Glycerin
- Membersihkan kotoran dan minyak yang menyumbat pori-pori dengan bantuan ekstrak beras .
- Mencerahkan kulit secara semulajadi
- Membaiki tekstur kulit wajah serta tona tidak sekata
- Mengekalkan kelembapan semulajadi
- Menjadikan kulit wajah lembut, licin, cerah dan segar
Customer Bagi Handbag .
Garlic Bread & Mushroom Soup Untuk Sarapan Pagi Ni
Makan-Makan Malam Deepavali
Puding Susu Laici
Mighty White | Blackpepper Chicken Bun
Kolum Deepavali 2024
Bekal : Chicken Wrap
Happy Birthday To Me !! Giveaway For You .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Happy Birthday To Me !! Giveaway For You . Lama betul tau CCL tak libatkan diri untuk join sebarang Giveaway yang berjalan di blog ni . Kadang tak sempat, alih-alih tarikh giveaway pun dah menceburui . Kadang kekangan kerja sampai terlupa . So now , CCL nak join satu giveaway dari blogger Mummy Ayu ..sempena bylan November ni bulan Kelahiran beliau .. aihh Mummy Ayu .. birthday kita dua bulan yang sama tau .. so November Girls .
Untuk Mummy Ayu ,
CCL ucapkan Selamat Hari Lahir . Semoga panjang umur , murah rezeki selalu . Dengan pertambahan umur ni , semoga Mummy Ayu sentiasa sihat sejahtera , sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik bebas dari penyakit kronik . Stay strong women , stay strong girls , stay smile !! Happy birthday to you Mummy Ayu !!
Top Commentators Of October 2024 : Tahniah Blogger Rabia !!
Doorgift Kenduri : Dapat Pinggan Plastik
Nasi Lemak & Paru Goreng Kunyit
Beli Susu Farm Fresh Dalam Shopee
Dapat juga Hannah Delisha & Nora Danish !
Shopping Di Eco : Total Lost RM86, Beli Apa ??
- Sabun pencuci pinggan
- Tisu muka
- Berus
- Getah pengikat rambut
- Span makeup
- Tisu kitchen cleaner
- Hand towel
- Sticky note
- Liquid paper
- Sos tiram
- Coklat
- Keropok
- Plastik sampah
Spring Cleaning Karpet Ruang Tamu
Menu Picnic Petang Isnin
- Roti jala kari ayam & kentang
- Cucur jagung
- Vietnam roll
- Takoyaki
- Apam gula hangus
- Teh o panas
- Air anggur




















.jpg)


.jpg)



















