Assalamualaikum dan salam sejahtera
Certot : Tempat Kita Ketika masih kecil, ayah ada buatkan rumah di atas pokok. Ayah aku itu kerjanya memang tukang kayu. Banyaklah sisa-sisa papan yang dia ada. Rumah pokok itu letaknya di laman belakang. Di situlah aku selalu menghabiskan masa ketika cuti. Tak kira pagi, tengah hari, atau petang, aku di situ. Melukis, menulis, dan bermain dengan adik-beradik yang lain.
Tiap kali waktu makan, ibu akan panggil kami ke masuk ke rumah. Tapi kadangkala, waktu minum petang terutamanya, ibu dan ayah akan turut menikmati hidangan di bawah rumah pokok kami. Berbual dan bergurau senda tentang pelbagai perkara. Bukan itu sahaja, jika aku merajuk atau marah dengan ibu dan ayah, di sinilah aku akan bersembunyi.
Ayah memang pernah beritahu yang rumah itu semacam ruang untuk aku dan adik-adik yang lain bertenang. Ruang rahsia kanak-kanak. Tiada orang dewasa dibenarkan masuk tanpa izin. Bila difikirkan semula, ayah memang bijak. Sebab kami ada rumah pokok itu, aku dan adik-adik tak pernah lari rumah atau pergi ke rumah kawan tiap kali kami bertekak. Ayah dan ibu tahu kami selamat di situ.
Tapi… rumah pokok itu tak kekal dengan kami selamanya. Kerana masalah kewangan, ayah terpaksa menjual rumah kami. Rumah baru kami tiada laman, tapi ia lebih ‘muat’ buat dompet ayah. Kami tinggalkan rumah pokok itu dengan berat hati.
Kini, kami sudah besar. Pernah sekali, aku ke kawasan rumah lama kami atas urusan kerja. Melalui jalan utama, aku dapat melihat laman belakang rumah lama itu. Di situ, aku melihat rumah pokok yang ayah bina dulu masih berdiri kukuh. Siap di tambah buaian pada salah satu dahan pokoknya. Beberapa orang kanak-kanak sedang berlari riang di laman itu. Seorang budak lelaki bertopi lanun melaung kepada yang di bawah, “Kapal ini aku yang punya!”
Aku hanya mampu senyum. Rasa rindu dan berat yang meladung hati hilang dibawa pawana. Aku bersyukur rumah pokok itu masih dihargai. Benar, aku membesar. Rumah pokok itu masih di situ. Menanti jiwa-jiwa muda untuk mengisi cerita dengannya. The kids deserve it better.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hadiahkan Handphone Realme Untuk Mak Dah 10 hari berlalu birthday mak , ada buat makan sikit-sikit . Setiap kali birthday mak memang CCL akan bagi sejumlah wang . Mak CCL tak suka sangat bouquet ni , katanya membazir , mahal .so tak nak dia berleter, CCL kasi sejumlah wang sahaja .mudah kan ..
Hari ni cuti, ada la kesempatan sikit nak keluar pergi beli hadiah, memang tahun ni decide nak beli handphone baru untuk mak . Ada rezeki lebih . InsyaAllah ..dah lama niat nak beli . Hari ni haa dapat juga .
Realme jenis apa dan berapa harga biarlah rahsia ..ehh rahsia pulak kan ..asalkan ikhlas memberi .. Mak kemain seronok laa dapat fon baru ni .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selesai Pengebumian Arwah Wan Hassan Alhamdulillah.. alhamdulillah selesai sudah pengebumian arwah Wan Hassan . Semuanya dipermudahkan segala urusan dengan cepat . Selesai dimandikan dan solat jenazah dirumah, diiring dengan van jenazah ke kubur berdekatan rumah CCL .
Jenazah Wan Hassan dikebumikan di sebelah kubur arwah tok, cuma selang satu kubur sahaja . Mujur cuaca pagi ni tenang-tenang sahaja . Mendung tak hujan . Panas tak terlalu panas . Disebabkan semalam hujan . Keadaan tanah merah kat kubur agak lembab sedikit . Liang lahad hanya ada air sedikit sahaja, mereka pam sedikit untuk keluarkan air dalam liang lahad supaya senang untuk dikebumikan nanti.
Arwah tok meninggal tahun ni juga bulan tiga sehari sebelum kita semua sambut Ramadan . Selepas 4 bulan pemergian arwah tok , hari ni arwah tokwan pulak menyusul ke sana . Redha dengan pemergian mereka berdua tanpa sakit kronik . Arwah tok dan arwah wan menghembuskan nafas di rumah . Redha dengan pemergian mereka .
Al-fatihah arwah Wan Hassan , lapangkan kuburnya Ya Allah, semoga dipermudahkan segala urusan arwah Wan Hassan di akhirat sana .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
18 Julai 2024 : Pemergian Arwah Wan Hassan Kehilangan lagi . Ya kehilangan orang yang tersayang . Kejadiaanya awal pagi tadi sebelum subuh . Arwah Wan Hassan telah meninggalkan kami semua .
Dua tiga hari sebelum arwah wan pergi, memang arwah Wan dalam keadaan yang tak berapa sihat tubuh badan, lemah badan .. disebabkan arwah wan tinggal berseorangan di rumah dan disebabkan keadaan wan tidak berapa sihat, ayah CCL dan sepupu CCL bermalam di rumah Wan untuk beberapa hari .

Awal pagi tadi , arwah wan nak ke bilik air . bukan pergi berseorangan tau, dipapah oleh ayah CCL disebabkan wan memang dah nampak tak ada kudrat untuk berjalan . Salah langkah entah bagaimana wan jatuh semasa nak keluar dari bilik air . Ayah CCL papah untuk masuk ke bilik, malangnya wan mengadu kakinya pijak lantai memang tak ada rasa macam pijak lantai . Ayah CCL angkat dan baringkan di atas katil sambil letak minyak di kaki dan urut kaki . Time ni mata wan memang dah terpejam , tapi mulut masih lagi mengeluarkan suara . Time ayah CCL urut, wan mengadu kakinya memang tak ada rasa apa-apa .. dalam beberapa minit begitu Wan dah tidak berkata apa walaupun mata dah terpejam . Tubuh badan wan mula sejuk . Kaki wan turut sejuk . Ayah CCL call ambulans untuk pengesahan ..
Pihak hospital mengesahkan Wan pergi pada pukul 5.30pagi . Time ni anak cucu menantu semua ada dengan Wan. Allahuakbar begitu mudahnya Allah tarik nyawa wan .
Wan akan dikebumikan pada pukul 11pagi . Semua anak cucu menantu ada sini . Hanua tunggu 2 orang lagi sepupu CCL dari Penang bergegas balik ke Perlis . Alhamdulillah abang ngah sampai pagi selepas subuh . Along dari Penang sempat sampai Perlis jam 10 pagi . Alhamdulillah cucu-cucu lelaki dapat mandikan arwah wan buat kali terakhir .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Masak Maggi Kari Tumis Rasa macam dah laam betul tak jamah maggie . Malam ni rasa lapar makanan berkuah. Tengok rak stok makanan ada maggie, bihun pama & spaghetti . So antara ketiga-tiga makanan ni maggie la berjaya menambat perut CCL yang tengah lapar ni . Sebab lama tak makan kan.
Siap maggi kari tumis yang paling simple . Campak bawang sikit, campak perencah kari & maggi. Siap ! Lepas tu masukkan sebiji telur . Sengaja taburkan bawang goreng bagi naik aroma .
Sil lapar awak semua . Hehe
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Niat nak tukar plastik meja makan ni dah lama sebenarnya , plastik meja yang sebelum ni warna pun dah pudar, ada bahagian-bahagian tertentu dah koyak . Hari ni ada sedikit masa lapang terus tukar .
Actually dah hampir seminggu CCL beli plastik untuk meja makan ni . Hari ni baru buka hamparan plastik ni atas meja . Beli barang di kedai Eco haritu, nampak bidai-bidai plastik meja yang tergantung cantik . Macam-macam corak . Kualiti pun ok . Plastik alas meja ni tak nipis tak tebal sangat. Ok laa untuk meja makan .. so terus pilih design ni . Beli design dedaun berlatarbelakang warna beige 2 meter dan plastik transparent tu 2 meter . Memang ngam-ngam cukup untuk meja makan ni .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
4 Jam Check-In Hospital Pagi tadi dalam jam 10 pagi macam tue, masuk WhatsApp dari adik lelaki CCL, bertanyakan ada siapa ja kat rumah . And then terus dia bagitau CCL dia otw pergi hospital .. ahhh berderauu darah ni haaa ingatkan ada perkara tak diingini berlaku dekat dia . Terus call dan dia cakap otw pergi hospital dengan boss dan kawan dia . Sebab apa ??
Sebabnya terkena sengatan dari semut charlie . Time tengah buat kerja entah macam mana si semut charlie tue masuk dalam baju dan meninggalkan sengatan pada bahagian siku . Disebabkan kesan gigitan semut charlie tu, badan adik CCL mula rasa lain .. kawasan sengatan mula membengkak dan dakit berdenyut . Rasa pening dan gatal satu badan .. so boss dia tetus hantar untuk check up di hospital .
So, dah sampai ke kaunter pendaftaran, terus masuk kecemasan zon kuning . Sebab teruk sangat kes ini takkan la nak masuk zon merah pulak kan . Dokter bagi satu suntikkan, dan tambah air satu botol ..menunggu la CCL kat luar di ruang menunggu .
Selesai 4jam kat hospital, dah boleh discard. Dapat laa 3 jenis ubat ni .
Balik rumah terus makan nasi kandar , makan ubat then rehat .
Bahaya tau semut Charlie ni, bisa dia tu memang sangat-sangat bahaya . Ingat dulu sepupu CCL pernah kena charlie ni di bahagian muka , kesan charlie tue lebam sampai berparut juga laa . Nak sembuh tu ambil masa juga .
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Beli Barang Makeup Pecah Guni ? Murahnya !! Malam tu ada tertengok live (cewahh tertengok pulak yer).. ya lahh scroll dan terus scroll nampak seller ni tengah pecah guni . Dalam guni tue kebanyakkan barang dan alat-alat makeup . So tunggu lagi .. perempuan dan alat makeup berpisah tiada tau !! Walaupun CCL bukanlah gemar bermekap heavy-heavy ni . Just² pakai apa yang patut pakai sahaja .
Tunggu dan terus menunggu akhirnya grab juga laa beberapa barang .. seriusly sangat-sangat murah ya !! Tak masuk akal . So murah-murah begitu takkan la nak tengok saya tanpa beli apa-apa kan .. terjebak juga la beberapa barang
Beli barang makeup pecah guni
- Eyeshadow pallette (2 pallette RM6)
- Loose powder (RM3)
- Mini Brush makeup (RM2)
- Sponge foundation (RM1)
- Beg makeup (RM5)
Sebenarnya banyak lagi barang-barang makeup yang ada antaranya lipbalm, lipmatte,toner, hair serum, blusher, beauty blender, maskara, serum, foundation, scrub dan macam-macam lagi . Murah-murah ni kadang risau juga .hehe sebab tu just beli eyeshadow dan loose powder sahaja . Mujur set makeup ni bukan set yang expired date .risau juga kan
Total semua barang ni bawah harga RM20 sahaja .. murah kan ! . Berbaloi beli .. seller bagi freegift juga
Ni antara freegift yang seller selit dalam parcel , mini makeup bag, night mask dan mini perfume .
Tak sabar nak merasmikan barang-barang ni
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kena Spring Cleaning Office !! Sakit Mata Tengok Minggu lepas store khas untuk office CCL ni terpaksa di kosong kan. Tak tahu pihak management bercadang untuk buat apa bilik tu .. Ada ura-ura yang CCL dengar mengatakan bilik store tu nak renovation menjadi bilik 'Business Center Development ' . So barang- barang yang ada dalam bilik store tersebut terpaksa di kosong kan .. bukan sedikit ya . Banyak !! Berkotak-kotak perlu dikeluarkan . Mana tak nya semua barang-barang yang dah tak pakai , disumbatnya ke dalam bilik tersebut . Mujur la bilik store dan office CCL ni sebelah jer . Nak kata penat berpindah randah ni memang penat .

Lagi sakit mata kalau tiap kali masuk office terpampang dengan pemandangan (eh pemandangan, ahh bedal je la kan), ya pemandangan yang tak seindah dulu . Kini kotak-kotak dalam blik stor diletakkan disini . Memang sakit mata laa tengok. Ini kalau dibiarkan begini lagi teruk sakit mata ni . Nak kemas secepat yang mungkin memang belum masanya lagi , sebab staff memang sibuk .
Gayong dan paip ada pun ada yer . Hahh . Haritu paip aircond bocor, solutions sementara nak tunggu pihak maintenance sampai haa letak paip beserta gayung tu dulu supaya tak nak kena bahagian karpet .
Kalau nak minta pihak staff cleaning pun memang tak boleh sebab nak kena double check dulu barang-barang yang betul tak boleh guna . Actually banyak lagi . Cukup la satu gambar ni pun dah boleh buat CCL sakit mata . Segala dokumen, report office, dokumen guest tidak boleh dibuang begitu sahaja sebab ada maklumat guest . So kena shredded dalam mesin shredded paper . Ada juga beberapa printer yang tak boleh guna nak kena decide dengan pihak akaun dahulu . Tak boleh buang begitu sahaja sebab barang office kan hari. So ada rekod serial number hak milik syarikat . So tak sewenang-wenangnya kita boleh lupuskan .

Hari ni ada curi sedikit masa walaupun bulan ni memang sibuk dengan customer, ada masa terluang sikit ni sementara tunggu customer, CCL kemas la sikit-sikit . Dah siap satu beg plastik besar yer sheredder segala report-report lama, dokumen dan detail guest . Bila diteliti satu persatu dokumen dan report lama ni dari tahun 2018 lagi . Mak oiii ?? sekarang dah 2024 . Boleh bayang tak dah beberapa tahun ??
Berkotak-kotak la nak kena shredded . Tak boleh senang-senang buang dalam tong sampah ya . Salah ! Ibarat maklumat guest tercemar kalau dibuang ke tempat tak sepatutnya . Nak selamat kena la shredded .
Mesin shredded paper ni pun tak boleh shredded lama-lama , risau kang berbau hangit pulak !
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Certot : Lukisan Buku Latihan"Hah, tidur!” Aku menepuk mejanya dengan kuat. Tersentak badan Ahmad, lantas dia duduk dengan tegak. Dia mengesat mulutnya yang dibasahi air liur basi. Buku latihannya juga habis dibasahi air busuk itu.
“Mana ada, cikgu. Saya terlelap je,” balas Ahmad perlahan.
“Sampai basah buku tu awak kata terlelap. Entah-entah dah sampai Afrika mimpinya.”
Ahmad yang baru perasan segera mengelap buku itu.
“Latihan dah siap belum?”
“Belum.”
“Hah, siapkan!”
Tamat sahaja kelas itu, aku terus mengumpul buku latihan para pelajar lalu bergerak ke bilik guru. Buku-buku itu aku tanda satu per satu. Sampai ke buku Ahmad aku jadi geli nak buka bila mengenangkan air liur dia yang kolam tadi tu. Aku gagahkan juga sebab ini adalah tanggungjawab seorang guru untuk menanda latihan pelajar.
Disebabkan basahnya bahagian depan, aku buka dari belakang. Selak sahaja kulit belakang, aku nampak lukisan yang sangat cantik. Gambar aku tengah mengajar. Umum tahu Ahmad bukanlah pelajar pintar, tapi aku terkagum-kagum melihat hasil seni Ahmad.
Keesokannya aku panggil Ahmad sebelum perhimpunan pagi bermula dan katakan kepadanya, “Mad, kamu nak tak kalau cikgu sponsor kamu masuk kelas seni?”
Laju Ahmad mengangguk. Sejak itu bermulalah perjalanan hidup Ahmad dalam bidang seni.
15 tahun kemudian, aku adalah orang pertama yang Ahmad cari setelah dia pulang dari luar negara untuk pameran antarabangsanya yang pertama. Ahmad itu sudah senang sekarang. Dan aku tumpang berbahagia untuknya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hadiahkan Baju Playset Untuk Rania Sempena Birthday Lepas Seminggu yang lepas birthday Rania . Tak sempat nak beli hadiah untuknya . Sebelum-sebelum ni pun ada juga belikan beberapa baju untuk Rania pakai .. kalau keluar pergi mall nampak baju budak-budak , kalau cantik di mata CCL of course la CCL akan beli sehelai untuk Rania .
Kali ni CCL beli lagi dua pasang baju playset untuk si Rania ni . Satu corak bunga , and then satu lagi corak haiwan .
Material untuk baju ni sangat best, kain jenis sejuk . Baju ni satu set dengan seluar panjang . So memang sesuai untuk pakai di rumah atau keluar pergi jalan-jalan . Selain itu pada bahagian bahu juga ada design ropol-ropol , lagi nampak cantik baju ni kan .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kek Birthday Untuk Mak Pagi tadi ada kesempatan masa pergi beli kek birthday untuk Mak CCL , walaupun mak tak minta semua tu akan tetapi kami adik beradik tetap beli juga .
Beli kek saiz kecil sahaja, boleh la buat rasa-rasa kan . Nak beli saiz besar nanti lambat habis, kek kena berkurung dalam peti sejuk untuk beberapa hari pulak kan .. So kek kecik ni pun sudah memadai ..
Satu-satunya kek yang bagi CCL comel dari segi warna dan sangat minimalist , tak banyak dia punya decoration pada kek . Kek simple ni dah cukup .. Selepas perunding dengan bakers tu . CCL dengan adik decide untuk memilih kek ini .. Dalamnya flavour coklat . Kek ni aising pun memang tak tebal, nipis-nipis jer, CCL pun tak berapa gemar kalau aising pada kek yang sangat tebal . Rasa muak bila makan tu .
Kek sedap , kek dah cantik , tapi satu jer lah minta tulis words atas kek tue, staff bakers just cucuk tropper 'Happy Birthday' , lagi tak puas hati word 'Mak' tu halus sangat . Haisshh balik rumah bukak kotak baru perasan benda ni ..
Gambar mak CCL potong kek, mak tak nak bergambal full, alasan malas nak bersiap pakai tudung . Hahaha . Jadinya dia suruh snap gambar mak sambil potong kek .. Hahhh asalkan boleh jer la mak ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Roti ni antara roti lagend . CCL memang dah lama tak makan roti ni . Alang-alang tersusun di bahagian rak roti , terus la beli . Roti planta ni memang sangat murah . Hanya RM0.70 sen sahaja . Murah lagi murah kan ..
Rasa pun memang sangat sedap . Roti planta berkrim rasa manis-manis berkrim . Makan roti ni cicah pula dengan kopi panas atau teh o panas . Memang layan la ..
Tempat korang ada jual tak roti planta ni ?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pagi ni decide untuk bawa bekal dari rumah . Menu ringkas sahaja , nasi goreng cili kering . Bahan-bahan tumis memang CCL dah siap dari semalam lagi.. letak dalam satu bekas dan simpan dalam peti sejuk . Bangun pagi just tumis sahaja bahan rencah dan taruk nasi dalam kuali . Settle jimat masa kan !
Selalunya letak telur mata, alang-alang beberapa kaki buka peti sejuk nampak ada sebiji lagi telur rebus so buang kulit telur rebus tu and then belah kepada dua bahagian susun cantik-cantik dalam bekal makanan ni ..
Gaiss . Korang breakfast apa ?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selamat Hari Lahir Mak !! Hari ni Selasa, 9 Julai 2024 merupakan birthday Mak CCL . Hal yang paling CCL syukur dalam hidup ni adalah bangga dilahirkan oleh ibu sekuat Mak .
Dalam tiap doa, CCL berharap agar mak selalu diberikan kesihatan berterusan. Dalam pada bertambahnya usia hidup bahagia ditemani anak-anak kesayangan. Fii umrik mak. Semoga selalu dalam lindungan Allah Swt. Amin Ya Robbal Alamin.
Bagiku, kebahagiaan mak adalah kesempurnaan hidupku. Kami adik beradik sangat sayang padamu, mak. Dalam doa kami. selalu sebut nama mak dan ayah. Moga sentiasa bahagia dunia akhirat
Memiliki seorang Mak sepertimu merupakan anugerah terindah yang pernah diberikan Allah kepadaku. Dan CCL sangat bersyukur mak diberikan umur panjang dan kesihatan jasmani serta rohani.
Mak !! Semoga dengan bertambahnya usia, mak diberikan limpahan rezeki melimpah ruah, diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah, panjang umur serta berbahagia bersama insan tersayang
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Certot : Teknologi Canggih VS Orang Lama Dr. Norizan merupakan seorang pensyarah di salah sebuah universiti awam. Beliau cukup berpengalaman dalam bidang Polisi dan Kemapanan Alam Sekitar. Proses mengajar kini cukup berbeza berbanding dahulu. Perlu mahir menggunakan teknologi seperti peranti digital dan aplikasi yang berbagai-bagai namanya.
“Susah betul nak siapkan bahan mengajar dan video animasi digital sekarang ni. Orang tua manalah pandai nak bermain dengan teknologi ni. Dah macam kena pakai kanta pembesar nak cari semua aplikasi,” rungut Dr. Norizan dalam pejabatnya.
Datang seorang pelajarnya menghantar laporan tesis.
“Kenapa, prof?” Itu panggilan yang biasa digunakan oleh para pelajar ketika berbicara dengannya.
“Saya nak siapkan video animasi tentang alam sekitar untuk kuliah nanti. Dah setengah jam membelek cari setiap tools ni. Saya tak pandai. Kamu boleh tolong saya?”
“Boleh, prof,” jawab si pelajar tanpa menolak permintaan guru penyuluh hidupnya itu.
“Dah siap, prof.”
“Cepatnya!”
Orang muda sememangnya mahir membelek aplikasi video animasi seperti ini. Zaman orang tua sepertinya dahulu, hanya perlu tulis di plastik lut sinar, diletakkan pada alat khas, tekan suis lampu, keluarlah imejnya di skrin depan. Teknologi sangat laju berkembang.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Top Commentators of June 2024 : Blogger Suria Amanda
Setiap bulan wajib ada entri ni tanda penghargaan kepada rakan-rakan blog yang singgah dan tinggalkan komen tanpa jemu .. end of the year nanti CCL nak buat something suprise untuk korang yang rajin masuk carta top 5 Nak tahu apa ?? Kena tunggu ujung tahun ni laa . Suprise kan ?? Sabarr.. sabarr ..
Antara top 5 untuk bulan ni
- Suria Amanda
- Fanny Dcatqueen
- Mummy Ayu
- Rabiatul Adawiyah
- Sha Mohamed
Okeyh untuk Top Commentators Bulan Julai jatuh kepada Blogger Suria Amanda . Tahniah !! . Untuk akak SA nanti boleh emailkan detail akak ke virgoyana61@yahoo.com .
Tahniah dan terima kasih untuk semua rakan blogger yang selalu singgah dan tinggalkan komen-komen di blog CCL . Moga korang semua tak jemu-,jemu untuk singgah ziarah entri CCL ya ..
Salam Sayang semua .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Happy Birthday !! Rania Izzara Turns One ( 30 June 2024) Alhamdulillah , hari Ahad minggu lepas genap setahun umur Rania Izzara . Ada sambutan majlis makan sempena birthday Rania , dan juga adakan majlis tahlil untuk arwah tok dan juga arwah wan . Pada tarikh 30 June ni juga genap 3 tahun arwah wan meninggalkan kami semua . So dalam satu tarikh ni berkongsi kenangan manis suka dan juga duka.
Tahun pertama Rania Izzara sambut birthday bertemakan warna biru. Walaupun plan last minit, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar . Mini photobooth birthday Rania pun hasil dari tangan CCL sendiri.
Antara juadah yang ada pada majlis petang tu . Nasi tomato dari air tangan mak CCL . Terima kasih sudi masak untuk majlis Rania . Juadah-juadah lain semuanya order .
- Nasi tomato
- Ayam masak merah
- Acar timun
- Roti jala kari ayam
- Apam polkadot
- Agar-agar
- Kuih seri ayu
- Apam coklat
- Kek marble
- Cucur badak
- Air sirap lemon
Kek birthday Rania Izzara , bertemakan pinky , Barbie lari sikit dari teman photobooth ..semua biru nantikan tak cantik juga .
Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan. Makanan pun semua habis. Tak ada pun makanan yang membazir . Panggilan pun tak ramai .. cukup hanya adik beradik terdekat, jiran terdekat serta kawan Mama dan abah Rania . Terima kasih yang datang memeriahkan majlis .
Doa CCL buat Rania Izzara, semoga dapat membesar dengan sihat dan cerdik pandai .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tiga Keping Capati Bersama Kuah Sardin
Morning korang !! Breakfast apa pagi ni ? CCL pagi ni dah pekena capati .. kalau dah lapar pepagi ni sekeping tak cukup tau, so terus order 3 keping capati . Hah melantaklah sampai kenyang perut . Capati ni CCL lebih suka makan dengan kuah sardin . Lagi sedap . Lain orang lain citarasa kan .
Kuah sardin ni bukan semata-mata sarding yang dibuka terus dari tin . Diorang kreativi ubah sikit rencah rasa supaya lagi sedap. Rasa seakan kari sardin .. memang sedap laa
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dah Siap ! Mini Photobooth Birthday Rania Bajet Tak Sampai RM30 . Entri blog sebelum ni CCL ada cerita rentetan nak siapkan mini photobooth birthday tu kan . Kalau korang belum baca lagi, pergi tekan dekat 'Link Ini' . Entri ni CCL akan letak gambar mini photobooth yang dah 100% siap tauu . Alhamdulillah walaupun plan last minit akhirnya menjadi juga . Tengahari ahad siap pasang kat luar rumah ni . So boleh la susun-susun belon di bahagian bawah kaki buaian tu , and topup belon di bahagian tertentu supaya nampak tidak cacat di situ .
100% siap mini photobooth birthday untuk Rania Izzara . Semuanya 100% kerja keras CCL bersama Mama Rania . Anggaran kos tak sampai RM30 . Ini kalau tempah mau siap la beratus-ratus kan .. CCL minat laa deko-deko benda alah ni ..
Buat props kejap . Shoot baju Rania yang akan pakai birthday dia .
Tambah topi birthday pulak ! Semua tema biru yer ..
First time tau deko-deko untuk birthday ni . Terima kasih untuk Mama Rania mempercayai CCL untuk deko kan buaian Rania ni bertukar menjadi mini photobooth birthday . Tahun depan kita fikir untuk tema lain pulak yer ..