Meja Makan Berwajah Baru
4 Jam Check-In Hospital
Assalamualaikum dan salam sejahtera
4 Jam Check-In Hospital Pagi tadi dalam jam 10 pagi macam tue, masuk WhatsApp dari adik lelaki CCL, bertanyakan ada siapa ja kat rumah . And then terus dia bagitau CCL dia otw pergi hospital .. ahhh berderauu darah ni haaa ingatkan ada perkara tak diingini berlaku dekat dia . Terus call dan dia cakap otw pergi hospital dengan boss dan kawan dia . Sebab apa ??
Sebabnya terkena sengatan dari semut charlie . Time tengah buat kerja entah macam mana si semut charlie tue masuk dalam baju dan meninggalkan sengatan pada bahagian siku . Disebabkan kesan gigitan semut charlie tu, badan adik CCL mula rasa lain .. kawasan sengatan mula membengkak dan dakit berdenyut . Rasa pening dan gatal satu badan .. so boss dia tetus hantar untuk check up di hospital .
So, dah sampai ke kaunter pendaftaran, terus masuk kecemasan zon kuning . Sebab teruk sangat kes ini takkan la nak masuk zon merah pulak kan . Dokter bagi satu suntikkan, dan tambah air satu botol ..menunggu la CCL kat luar di ruang menunggu .
Selesai 4jam kat hospital, dah boleh discard. Dapat laa 3 jenis ubat ni .
Balik rumah terus makan nasi kandar , makan ubat then rehat .
Bahaya tau semut Charlie ni, bisa dia tu memang sangat-sangat bahaya . Ingat dulu sepupu CCL pernah kena charlie ni di bahagian muka , kesan charlie tue lebam sampai berparut juga laa . Nak sembuh tu ambil masa juga .
Beli Barang Makeup Pecah Guni ? Murahnya !!
- Eyeshadow pallette (2 pallette RM6)
- Loose powder (RM3)
- Mini Brush makeup (RM2)
- Sponge foundation (RM1)
- Beg makeup (RM5)
Kena Spring Cleaning Office !! Sakit Mata Tengok
Certot : Lukisan Buku Latihan
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Certot : Lukisan Buku Latihan"Hah, tidur!” Aku menepuk mejanya dengan kuat. Tersentak badan Ahmad, lantas dia duduk dengan tegak. Dia mengesat mulutnya yang dibasahi air liur basi. Buku latihannya juga habis dibasahi air busuk itu.
“Mana ada, cikgu. Saya terlelap je,” balas Ahmad perlahan.
“Sampai basah buku tu awak kata terlelap. Entah-entah dah sampai Afrika mimpinya.”
Ahmad yang baru perasan segera mengelap buku itu.
“Latihan dah siap belum?”
“Belum.”
“Hah, siapkan!”
Tamat sahaja kelas itu, aku terus mengumpul buku latihan para pelajar lalu bergerak ke bilik guru. Buku-buku itu aku tanda satu per satu. Sampai ke buku Ahmad aku jadi geli nak buka bila mengenangkan air liur dia yang kolam tadi tu. Aku gagahkan juga sebab ini adalah tanggungjawab seorang guru untuk menanda latihan pelajar.
Disebabkan basahnya bahagian depan, aku buka dari belakang. Selak sahaja kulit belakang, aku nampak lukisan yang sangat cantik. Gambar aku tengah mengajar. Umum tahu Ahmad bukanlah pelajar pintar, tapi aku terkagum-kagum melihat hasil seni Ahmad.
Keesokannya aku panggil Ahmad sebelum perhimpunan pagi bermula dan katakan kepadanya, “Mad, kamu nak tak kalau cikgu sponsor kamu masuk kelas seni?”
Laju Ahmad mengangguk. Sejak itu bermulalah perjalanan hidup Ahmad dalam bidang seni.
15 tahun kemudian, aku adalah orang pertama yang Ahmad cari setelah dia pulang dari luar negara untuk pameran antarabangsanya yang pertama. Ahmad itu sudah senang sekarang. Dan aku tumpang berbahagia untuknya.
Hadiahkan Baju Playset Untuk Rania Sempena Birthday Lepas
Kek Birthday Untuk Mak
Roti Planta Berkrim Hanya RM0.70 Sen
Beli Set A&W Beary Family Box
- 5 ketul ayam goreng
- 2 Curly fries
- 2 botol rootbeer
Bekal Nasi Goreng Cili Kering & Telur Rebus
Selamat Hari Lahir Mak !!
Dalam tiap doa, CCL berharap agar mak selalu diberikan kesihatan berterusan. Dalam pada bertambahnya usia hidup bahagia ditemani anak-anak kesayangan. Fii umrik mak. Semoga selalu dalam lindungan Allah Swt. Amin Ya Robbal Alamin.
Bagiku, kebahagiaan mak adalah kesempurnaan hidupku. Kami adik beradik sangat sayang padamu, mak. Dalam doa kami. selalu sebut nama mak dan ayah. Moga sentiasa bahagia dunia akhirat
Memiliki seorang Mak sepertimu merupakan anugerah terindah yang pernah diberikan Allah kepadaku. Dan CCL sangat bersyukur mak diberikan umur panjang dan kesihatan jasmani serta rohani.
Mak !! Semoga dengan bertambahnya usia, mak diberikan limpahan rezeki melimpah ruah, diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah, panjang umur serta berbahagia bersama insan tersayang
Salam Maal Hijrah 1446H | 2024
Certot : Teknologi Canggih VS Orang Lama
Top Commentators of June 2024 : Blogger Suria Amanda !!
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Top Commentators of June 2024 : Blogger Suria Amanda
Setiap bulan wajib ada entri ni tanda penghargaan kepada rakan-rakan blog yang singgah dan tinggalkan komen tanpa jemu .. end of the year nanti CCL nak buat something suprise untuk korang yang rajin masuk carta top 5 Nak tahu apa ?? Kena tunggu ujung tahun ni laa . Suprise kan ?? Sabarr.. sabarr ..
Antara top 5 untuk bulan ni
Okeyh untuk Top Commentators Bulan Julai jatuh kepada Blogger Suria Amanda . Tahniah !! . Untuk akak SA nanti boleh emailkan detail akak ke virgoyana61@yahoo.com .
Tahniah dan terima kasih untuk semua rakan blogger yang selalu singgah dan tinggalkan komen-komen di blog CCL . Moga korang semua tak jemu-,jemu untuk singgah ziarah entri CCL ya ..
Salam Sayang semua .
Happy Birthday !! Rania Izzara Turns One ( 30 June 2024)
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Happy Birthday !! Rania Izzara Turns One ( 30 June 2024) Alhamdulillah , hari Ahad minggu lepas genap setahun umur Rania Izzara . Ada sambutan majlis makan sempena birthday Rania , dan juga adakan majlis tahlil untuk arwah tok dan juga arwah wan . Pada tarikh 30 June ni juga genap 3 tahun arwah wan meninggalkan kami semua . So dalam satu tarikh ni berkongsi kenangan manis suka dan juga duka.
Tahun pertama Rania Izzara sambut birthday bertemakan warna biru. Walaupun plan last minit, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar . Mini photobooth birthday Rania pun hasil dari tangan CCL sendiri.
Antara juadah yang ada pada majlis petang tu . Nasi tomato dari air tangan mak CCL . Terima kasih sudi masak untuk majlis Rania . Juadah-juadah lain semuanya order .
- Nasi tomato
- Ayam masak merah
- Acar timun
- Roti jala kari ayam
- Apam polkadot
- Agar-agar
- Kuih seri ayu
- Apam coklat
- Kek marble
- Cucur badak
- Air sirap lemon
Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan. Makanan pun semua habis. Tak ada pun makanan yang membazir . Panggilan pun tak ramai .. cukup hanya adik beradik terdekat, jiran terdekat serta kawan Mama dan abah Rania . Terima kasih yang datang memeriahkan majlis .
Doa CCL buat Rania Izzara, semoga dapat membesar dengan sihat dan cerdik pandai .
Tiga Keping Capati Bersama Kuah Sardin
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tiga Keping Capati Bersama Kuah Sardin
Morning korang !! Breakfast apa pagi ni ? CCL pagi ni dah pekena capati .. kalau dah lapar pepagi ni sekeping tak cukup tau, so terus order 3 keping capati . Hah melantaklah sampai kenyang perut . Capati ni CCL lebih suka makan dengan kuah sardin . Lagi sedap . Lain orang lain citarasa kan .
Kuah sardin ni bukan semata-mata sarding yang dibuka terus dari tin . Diorang kreativi ubah sikit rencah rasa supaya lagi sedap. Rasa seakan kari sardin .. memang sedap laa
Dah Siap ! Mini Photobooth Birthday Rania Bajet Tak Sampai RM30 .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dah Siap ! Mini Photobooth Birthday Rania Bajet Tak Sampai RM30 . Entri blog sebelum ni CCL ada cerita rentetan nak siapkan mini photobooth birthday tu kan . Kalau korang belum baca lagi, pergi tekan dekat 'Link Ini' . Entri ni CCL akan letak gambar mini photobooth yang dah 100% siap tauu . Alhamdulillah walaupun plan last minit akhirnya menjadi juga . Tengahari ahad siap pasang kat luar rumah ni . So boleh la susun-susun belon di bahagian bawah kaki buaian tu , and topup belon di bahagian tertentu supaya nampak tidak cacat di situ .

Mini Photobooth Birthday
1 Julai 2024
Assalamualaikum dan salam sejahtera
1 Julai 2024 sekejap sahaja dah masuk bukan Julai kan .. lagi beberapa bulan dah nak ke hujung tahun .. semoga apa impian yang kita semua azam akan tercapai sebelum masuk ke tahun 2025 .
Kepada yang bekerja hari ni , selamat bekerja . CCL hari ni offday . Semalam balik kampung ada sedikit makan-makan , buat majlis tahlil untuk arwah tok dan arwah wan ..sambil-sambil tu sambut birthday si Kecik Rania tu yang ke satu tahun .. majlis kecil-kecil gitu pun rasa penat juga la .. tapi happy sangat . Mujur hari ni offday dapat la berehat sikit.
Untuk bulan Julai ni , tak beberapa hari lagi bufday mak CCL , masih belum ada perancangan lagi nak buat apa , tapi yang pasti hadiah tetap ada .
Untuk schedule kerja, kena selak balik helaian untuk bulan 7.. kena check setiap tarikh untuk event . Ada hari yang sibuk dan ada hari yang terlampau sibuk . Hahh begitulah kerja .. kadang ada yang cakap buat-buat sibuk .. CCL bukan jenis berlakon .kalau memang betul ada kerja memang akan buat sampai habis, selagi tak habis jangan harap laa nak berehat ! .
Bila sah settle kerja barulah boleh berehat dengan tenang ! Eh bebel pulak kan ...
Selamat menjalani liku cabaran di bulan Julai yer gaiss .
Certot : Surat Buat Atikah
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Certot : Surat Buat Atikah Cikgu Fauziah memasuki kelas 1 Bestari untuk sesi pembelajaran selepas waktu rehat tamat. Di dalam kelas, dia perasan akan seorang budak lelaki yang tidak keluar rehat. Cikgu Fauziah menegur budak berbaju sukan yang sedang menulis sesuatu di atas muka surat terakhir buku tulisnya.
“Putra, dah makan belum?”
Putra hanya mengangguk. Cikgu Fauziah cuba menjenguk apa yang ditulis Putra.
“Cikgu, boleh tolong saya?” tanya Putra sambil mengoyak kertas dari bukunya.
“Tolong bagi dekat Atikah kelas 1 Ceria.” Cebisan kertas yang telah dilipat diberikan kepada cikgu Pendidikan Seni tersebut.
Cikgu Fauziah mengambil kertas itu tanpa sebarang kata. Putra mengucapkan terima kasih, lalu berlari ke luar kelas.
Cikgu Fauziah membuka kertas tersebut dan membaca satu ayat panjang yang tertera.
“Di kubur ada hantu, di istana ada raja, di hatiku ada kamu. Atikah, I looove U!” Cikgu Fauziah terus ketawa sambil memegang perutnya yang sedikit buncit.
“Romantiknya budak sekarang. Kenapalah aku tak terfikir nak buat macam ni dulu? Tak adalah aku membujang sampai sekarang….”
Ketawanya mati apabila mengenangkan dirinya yang masih bujang itu. Dia terus ke kelas sebelah untuk mencari Atikah.
p/s : Certot ringkasan kepada cerita kontot @ cerita pendek
Gambar Terakhir Kenangan Dengan Arwah Wan
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Gambar Terakhir Kenangan Dengan Arwah Wan

Gambar ni di ambil pada 28 June 2021 . Gambar ni ada 1001 kenangan yang susah untuk diungkapkan . Gambar ni juga terselit pelbagai memori bersama arwah Wan . Gambar ni juga gambar terakhir dengan arwah Wan sebelum arwah Wan pergi menjemput illahi .
Ya . Gambar ni gambar terakhir . Maka selepas tarikh 28 June 2021 tiada lagi gambar kenang-kenangan bersama arwah Wan. Hari ni 28 June 2024 . Genap tiga tahun ya kenangan yang ada dalam gambar ni .Rindu segala kenangan bersama arwah Wan takkan pernah sesekali kami semua lupa .
Hari ni juga di Facebook throwback memories yang lepas-lepas untuk tarikh ni , scroll-scroll dan naik gambar ni , berkaca mata .
Allahuakbar !
Terus teringat semua kenangan mahupun kenangan manis dan pahit takkan pernah sesekali lupa . Manis yang sentiasa buat hati gembira tertawa . Pahit untuk ditelan dengan apa yang terjadi . Sakit untuk belajar redha . Redha itu perlukan masa . Tapi sekarang dah redha , begitu susah nak pujuk hati untuk belajar redha dengan pemergian arwah Wan .
Tiap hari juga la pujuk hati .. pujuk dan pujuk . Alhamdulillah .. doa semoga arwah Wan sentiasa tenang disana .
Al-fatihah untuk arwah Wan .






































