Assalamualaikum dan salam sejahtera
Malam ni seusai habis kerja CCL singgah A&W. Beli makan-makan sikit . Nak singgah KFC ? Ohh tidak semestinya sudah boikot, lagi pun KFC sekarang ni kualiti ayam tak macam dulu . Saiz ayam makin mengecil . Ayam tak fresh kadang tulang ayam pun dah nampak hitam-hitam . So A&W kan produk bumiputra Malaysia . So support lah .
Beli Set A&W Beary Family Box Sempena birthday Mak kelmarin ni, hanya sempat wish, masing-masing kekangan masa bekerja. Tapi tak bermakna lupa. Lambat atau cepat kami adik-beradik tetap akan sambut birthday mak walaupun hanya beli sebiji kek mahupun buat makan sikit-sikit untuk family .
CCL beli set combo Beary Family box . Dapat apa? Hahh dalam satu box ni ada
- 5 ketul ayam goreng
- 2 Curly fries
- 2 botol rootbeer
Puas hati makan ayam goreng dari A&W ?
1 box yang CCL beli tu ada 5 ketul ayam goreng . Sangat berpuas hati , saiz ayam pun boleh dikatakan agak besar juga. Seorang seketul pun dah cukup kenyang . Untuk pemilihan ayam ni ada dua iaitu bagi korang yang tak suka pedas korang boleh pilih ' Golden Aroma Chicken' manakala kalau korang suka pedas boleh cuba 'Spicy Aroma Chicken' . Disebabkan family semua suka pedas, CCL decide pun pilih 'Spicy Aroma Chicken' . Sedap !! Rasa perapan gabungan rempah pada ayam tu . Pedas tu tak ada la terlalu pedas , just nice gitu haa .. setiap ketulkan ayam tu memang rangup.
2 box Curly Fries L
Hadir dengan Curly Fries 2 box bersaiz L . Memang banyak. Kentang biasa la kena terus makan panas-panas sudah semestinya rangup. Rangup di luar lembut di dalam ..githuu .
2 botol Rootbeer 600ML
Set ni juga lengkap sekali dengan minuman . Rootbeer 600ML dari A&W . Untuk minuman ni CCL tak berapa sangat , sebab bagi CCL minuman ni agak manis la . Kalau nak minum kena tambah air kosong sedikit untuk hilangkan rasa manis tu .
Overall memang sangat berpuas hati beli Beary Family Box ni. Boleh repeat lagi nanti .



































