cikcappuccinolatte
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Wordless Wednesday : Are You Happy ?

Wordless wednesday, qoutes about life, life lesson, motivation


 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Susu Soya V-Soy Golden-Grain

Susu soya v-soy, susu soya, susu soya v-soy golden grain, susu soya kacang badam, susu soya oat , susu soya v-soy edisi kacang badam , produk v-soy

Lama betul tak minum soya kotak  . Sekali terpandang susu soya V-Soy Golden Grain terus rasa nak cuba . Gabungan kacang soya, oat dan juga kacang badam mesti sedap . Sebabnya CCL selalu buat susu fresh milk blend dengan kacang badam letak ais kuib sikit . Memang sedap rasa lemak-lemak kacang almond tu . So why not CCL nak cuba juga produk ni . 


Susu soya v-soy, susu soya, susu soya v-soy golden grain, susu soya kacang badam, susu soya oat , susu soya v-soy edisi kacang badam , produk v-soy


  • Susu soya multi-grain yang mempunyai bijirin semulajadi seperti beras perang , bijan, malt dan barli yang kaya dengan protein, vitamin A1,B1,B2,B12,E serta mineral niasin,kalsium serta asid folid
  • Gabungan sempurna dengan kebaikkan susu soya, oat dan kacang badam yang kaya dengan protein, vitamin A, B12, dan D
  • Sumber anti oksida yang baik , tinggi serat larut , rendah kandungan gula dan bebas dari kolestrol 


Disebabkan sedap dan kena dengan selera tekak CCL , mestilah akan repeat lagi . Sedap berlemak , tak manis, gabungan semua bahan dalam satu minuman yang cukup sempurna , pendek kata kalau korang minum susu soya golden grain ni, bukan sahaja rasa susu soya sahaja tau, korang dapat menikmati rasa kacang badam, oat , rasa beras perang, malt memang cukup rasa . Sedap !!


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Kek Coklat Lembab Dengan Taburan Cheedar Cheese

Kek coklat lembab, kek coklat moist, kek coklat kukus, kek coklat cheese, kek coklat moist taburan cheese, kek coklat cheese, kek coklat cheese RM10

Hasil tangkapan food vendor dari Mum Herritage lagi . Kek coklat lembab ni antara dessert wajib laa CCL akan ambil dan masukkan dalam bakul makanan . Tekstur kek yang lembab , rasa coklat yang premium dan tidak terlalu manis, gabungan lapisan cheese dan coklat . Hadir dengan taburan cheedar cheese . Harga satu tupperware bulat ni sangat-sangat murah hanya RM10 sahaja !! 

Bukan Tupperware kecil tau . Ni tupperware sederhana besar . Memang berbaloi laa beli . Murah dan sedap !
Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Perkampungan Sunnah Ke-9 , Kangar Perlis (2024) Perkembangan di negeri Perlis semakin menarik, khususnya program ilmu terbesar yang paling ditunggu tunggu setiap tahun di Malaysia 'Perkampungan Sunnah' yang pada tahun ini adalah kali yang ke 9. 

Perkampungan sunnah negeri perlis, perkampungan sunnah 2024, perkampungan sunnah ke9 kangar perlis, perkampungan sunnah perlis

Untuk tahun ini dihadirkan 4 tokoh dari negara Jiran Indonesia.

Salah seorangnya sudah sangat dikenali di negara ini dan sangat ditunggu dan diharapkan dari siri siri perkampungan sunnah sebelum ini  iaitu Ustaz Dr Khalid Basalamah. 

Tokoh berikutnya iaitu K.Hj Dr Muhammad Zaitun Rasmin yang juga baru dilantik sebagai ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis baru baru ini. Ini juga suatu perkembangan yang menarik di negeri Perlis apabila majlis fatwanya kini dianggotai seorang tokoh dari Indonesia. 

Berikutnya Dr K.hj Saidul Amin yang merupakan rektor Universitas Muhammadiyah Riau. Kedua dua mereka Dr Zaitun Rasmin dan Dr Saidul Amin juga telah menganggotai  Ahli Majlis Ilmuan Nusantara yang telah ditubuhkan baru baru ini juga di Perlis di bawah Majlis Agama Islam Perlis bagi membincangkan hal ehwal yang bersangkutan agama Islam di rantau asia tenggara. Persidangan pertama telah pun berlangsung untuk kali pertama beberapa bulan yang lalu dan telah mengeluarkan resolusi bersama berkenaan pendirian aqidah ahli sunnah wal jamaah dalam berinteraksi dengan perbezaan kumpulan dan juga pendirian ahli sunnah wal jamaah berkenaan amalan pembersihan jiwa.

Tokoh yang keempat ialah Ustaz Nidhol Masyhud dari Pondok Pasentren Maskumambang Indonesia yang telah juga diundang ke Perlis dan ada videonya mengupas salah faham berkenaan dengan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah. 

Turut bersama sekali lagi dalam Perkampungan Sunnah kali ke 9 ini juga adalah tokoh yang sudah dikenali juga di Malaysia iaitu Syeikh Wan Syukri al Fathoni. Beliau juga adalah salah seorang wakil dari Thailand yang menganggotai juga Majlis Ilmuan Nusantara yang bersidang kali pertama beberapa bulan yang lepas.

Perkampungan sunnah negeri perlis, perkampungan sunnah 2024, perkampungan sunnah ke9 kangar perlis, perkampungan sunnah perlis

Dengan perkembangan menarik ini kita Melihat Perlis telah jauh melangkah kehadapan dengan mengambil inisiatif dalam hal ehwal agama Islam bukan hanya diperingkat Malaysia khususnya bahkan telah menjangkau ke  negara negara serumpun. Mudah mudahan Allah memberkati usaha-usaha ke arah kemajuan Islam di Perlis ini dan memberkati hasil usaha dan buah fikiran yang digerakkan oleh Sahibus Samahah Dato Mufti negeri Perlisحفظه الله. Bertepatan tema bagi tahun ini ialah:

JIHAD: MEMARTABATKAN DAKWAH, MEMPERTAHANKAN UMMAH.




Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Crepe Choc Coffee

Crepe choc coffee, crepe perisa choc coffee, crepe, dessert crepe , crepe sedap

Dah lama tak makan salah satu dessert kegemaran CCL ni . Hari ni singgah Food Vendor tercari-cari dalam freeze crepe . So CCL nampak crepe favour yang baru . Crepe yang CCL beli kali ni flavour Choc Coffee , iaitu gabungan coklat dan juga kopi . Tiga ketul ni RM9 . Harga setiap crepe berlainan mengikut flavour . 

Crepe choc coffee, crepe perisa choc coffee, crepe, dessert crepe , crepe sedap

Berbaloi dengan harga tau . Walaupun tiga ketul ni dijual dengan harga RM9 , tengok , seketul crepe ni pun isi dalamnya memang banyak . Flavour coklat dan kopi pun tak kedekut juga tau . Manis tak ! Tak manis sangat , boleh diterima tekak . Gabungan coklat dan kopi memang sedap . Ada rasa manis dan pahit sedikit dihujungnya . Ala-ala makan dark chocolate gitu .. Coklat pun bukan sebarang coklat tau . Rasa coklat premium . 





Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Top Commentators Of April 2024 : Tahniah Blogger Mummy Ayu ! Entri ni sepatutnya di publish ada hari pertama bulan May, entah apa yang dibuat sampai terlupa nak publish, terperam laa 3 hari yer. Malam ni scroll-scroll draft tengok ohh belum publish lagi .. Macam biasa setiap bulan CCL akan umumkan top Commentators . Sebagai tanda penghargaan korang yang rajin luangkan masa ziarah blog CCL . So CCL akan kongsi sikit rezeki  .

Top Commentators April ,

Top Commentators untuk bulan April jatuh kepada blogger Mummy Ayu .Tahniah kerana rajin singgah blog CCL . Sebagai penghargaan ada sedikit cenderamata untuk Mummy Ayu . Boleh emailkan butiran diri di virgoyana61@yahoo.com .

Top 5 commentators April 
  1. Mummy Ayu
  2. Azhafizah
  3. Busyra Takiyudin
  4. Ladybird
  5. Amie
Terima kasih juga untuk top 5 dan juga rakan blogger yang lain selalu singgah dan drop komen . InsyaAllah CCL sentiasa membalas kunjungan antara cepat dan lambat sahaja .. 

Terima kasih uols ..


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Perlis Tak Ada Airport, Tapi Ada Flight Tak lama dah Perlis nak ada mercu tanda pelancongan baru. Lebih tepat lagi di Panggau, di belakang kedai Ahmad Grocer.
Satu jalan nak ke Kuala Perlis menghala ke Muzium Kota Kayang, kalau dari Kangar (Jalan Dato Ali). Tak pasti owner nak buat bisnes apa di dalamnya, samada sebagai kedai kopi atau homestay, atau lain-lain.

Tempat pelancongan perlis, perlis dah ada airport, makan dalam kapal terbang di perlis, airport perlis, airport panggau , jjcm perlis, ootdspot perlis

CCL doakan projek beliau berjaya dan mendapat apa yang dirancangkan. Cuma nak cadangkan, kalau boleh pihak MADA bekerjasama dengan tuan-tuan bendang di sekeliling tapak kapal terbang ni, supaya sawah mereka tu dibuat penanaman secara transplanting atau tanam cedung. Pakat-pakat bincang kot-kot boleh dapat peruntukan geran untuk kos tambahan tersebut, samada melalui Kerajaan Negeri, Tourism dsb. 

Tempat pelancongan perlis, perlis dah ada airport, makan dalam kapal terbang di perlis, airport perlis, airport panggau , jjcm perlis, ootdspot perlis

Bukan apa, bila dah jadi tumpuan pelancong nanti, mengikut pengalaman yang di Sekinchan, orang akan bergambar dari tepi sawah untuk mendapat view penuh kapal terbang tersebut. Takkanlah kita nak tengok gambar viral nanti, pelancong dok berdiri di tepi sawah padi yang penuh rumput sambau, sambil posing di atas batas bendang penuh rumput panjang, dengan padi angin dok meninjau?

Biar imej sekeliling tu kita sama² jaga, supaya Perlis kekal cantik di mata dan dalam kenangan para pengunjung. Bila bendang terjaga cantik, InsyaAllah hasil padi pun lagi baik.


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Wordless Wednesday : Pegang Cermin Bukan Pegang Kanta Pembesar

Wordless wednesday , qoutes of the day , qoutes life


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

1 Mei 2024 : Selamat Hari Pekerja Tanggal 1 Mei setiap tahun, Malaysia dan juga seluruh dunia akan menyambut Hari Pekerja.


Hari pekerja 2024, hari buruh 2024, tema hari pekerja 2024, logo hari pekerja 2024, ucapan hari pekerja 2024, tema hari pekerja 2024, hari pekerja ,


Hari tersebut disambut bagi menghargai golongan pekerja yang telah menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.Di Malaysia, hak setiap pekerja dilindungi oleh Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) yang diantaranya bertujuan meningkatkan dan menambah baik perlindungan serta kebajikan golongan pekerja.  


Hari pekerja ialah cuti yang wajib maijkan berikan kepada pekerja seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955 


Tema Sambutan Hari Pekerja 2024

Kementerian Sumber Manusia telah mengumumkan tema sambutan Hari Pekerja pada tahun ini adalah ”PEKERJA KESUMA BANGSA.” Pemilihan tema ini adalah seiring dengan inisiatif Kerajaan melahirkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama disamping berkompetensi untuk berinovasi dan meneroka bidang-bidang baru yang merupakan faktor yang akan menentukan daya saing dan kemakmuran masa depan negara.


Hari pekerja 2024, hari buruh 2024, tema hari pekerja 2024, logo hari pekerja 2024, ucapan hari pekerja 2024, tema hari pekerja 2024, hari pekerja ,


Logo Hari Pekerja 2024
Logo Hari Pekerja 2024 pula adalah bertepatan dengan penjenamaan semula Kementerian Sumber Manusia kepada KESUMA.


 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

1 Mei 2024 

1 mei 2024, coretan hidup , bulan mei

Selamat pagiii !!

Selamat datang Mei, bulan baru . Ya Allah semoga Allah bagi Semangat yang baru kepada CCL . Semangat kerja yang baru dalam bulan Mei. Semoga langkah kaki ke tempat kerja dengan fikiran yang positif, happy macam sebelum-sebelum ni dan yang penting tak nak stress . Begitu juga buat korang, CCL doakan semoga segala kerja dipermudahkan semuanya ..

Hari ni tanggal 1 Mei, hari pekerja . Ada yang cuti dan ada juga yang bekerja . Untuk yang bercuti, selamat bercuti CCL ucapkan, cuti kemana jer, keluar jalan-jalan ? Pergi open house ? Kenduri? Atau luang masa dengan family dirumah ? Untuk yang bekerja , salam triple pay untuk korang . Masyuk sikit kan hari ni ! Semoga murah rezeki korang semua . 

CCL pun kerja juga walaupun hari pekerja . So dapat la triple pay juga. 

Moga bulan ni bulan yang baik, bulan uang menjadi pembakar semangat buat diri CCL . 


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dah Siap Pasang Rak Rempah 3 Tingkat  Siapa yang follow rapat blog CCL, mesti korang tahu CCL ada beli rak rempah tiga tingkat ni melalui Shopee , tapi biasa laa bila beli online ni pemasangannya kena la pasang sendiri . So nak tak nak CCL minta tolong adik lelaki CCL pasangkan . Setelah beberapa hari akhirnya hari ni adik lelaki CCL dah tolong pasangkan . Tak sampai setengah jam dah selesai . Begitu mudah sekali ya .. setelah dipasang nampak cantik, kualiti besi pun sangat kukuh . CCL suka bila tengok rak rempah tiga tingkat dah berdiri kukuh . 

Rak rempah ratus , rak rempah ratus tiha tingkat, rak rempah ratus viral, botol kaca rempah ratus, botol kaca untuk rempah

Cantik kan ? Terletak elok, lepas ni memang jimat sikit ruang atas kabinet dapur ni . 

Rak rempah ratus , rak rempah ratus tiha tingkat, rak rempah ratus viral, botol kaca rempah ratus, botol kaca untuk rempah

Keadaan rak rempah tiga tingkat setelah disusun-susun dengan barangan di dapur . Kemas tersusun . Sebenarnya boleh letak banyak lagi tu. Ruangan belakang ada kosong lagi . 

Rak pertama 
Kulit kayu manis , asam keping , cili kering 

Rak kedua 
Segala bahan rempah ratus

Rak ketiga 
Sos , kicap , cuka 

Masih boleh penuhkan lagi rak tu . Kena tengok bahan-bahan apa lagi boleh disimpan . 

Korang yang berkenan rak rempah tiga tingkat & botol kaca rempah ratus boleh baca entri ni. 
  • Rak Rempah Ratus 3 tingkat
  • Botol kaca rempah ratus

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Drama Lelaki Itu (TV3) : Kerana Ayah, Adik-Beradik Terkahwin Sesama Sendiri ! Siapa tonton drama TV3 tajuknya Lelaki Itu lakonan Dato Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Fazura, dan ramai lagi. Trending juga drama ni sekarang. Tapi ye la, ada juga orang cakap jarang dah tengok drama di TV. Tak apa, kita sama. Hari tu tertengok satu episod tak berapa pasti episod berapa terus dapat rasa ehh cerita ni macam boleh Catch up walaupun CCL tak follow cerita ni dari episod pertama .

Drama lelaki itu, tonton episod penuh drama lelaki itu, sinopsis drama lelaki itu, kisah benar drama lelaki itu, perkahwinan adik beradi

Drama ni menarik dengan pelbagai isu kekeluargaan yang biasa dikendalikan oleh Peguam-peguam Syarie dan mungkin ada dalam kalangan kita yang membaca ini juga tahu perkara ini berlaku dalam kalangan kita.

Tak nak ulas tentang curang ke, faraid ke, Fazura kena pukul tapi boleh bertahan banyak kali dengan suami sebelum fasakh dalam kes tersebut. CCL tertarik dengan isu Perkahwinan Adik-beradik sebapa antara Khairullah (Aedy Asyraf) dan Batrisya (Hannah Delisha). Ini isu besar yang semua orang patut buka mata dan tahu kenapa saya paling tak suka orang kahwin senyap-senyap.

Mereka pasangan muda yang berkahwin lari (di London sebab belajar disana tak dapat restu keluarga perempuan), dapat tahu yang mereka adalah adik-beradik Sebapa (satu bapa, lain ibu). Emosi satu hal, yang lebih berat kalau dah beranak-pinak lagi jemmmm.

Ada beberapa isu yang CCL baca dan CCL kongsikan pada korang juga .

✅ Macam mana boleh jadi Poligami senyap-senyap?

Cara orang nak poligami ni sebenarnya secara betul, pihak lelaki perlu memfailkan permohonan Poligami di Mahkamah Tinggi Syariah dan dapatkan kebenaran Hakim bukan kebenaran isteri pertama. Jadi, boleh jadi isteri pertama datang untuk bersetuju atau mungkin tak setuju dan lalui proses bicara.

Tetapi, kalau si suami tu tipu alamat rumah isteri pertama, dan kemudian notis dihantar ke alamat yang salah atau suami guna apa jua helah untuk tidak memberitahu isteri, kes mungkin berjalan secara sebelah pihak jika penyampaian saman telah disempurnakan.

Ini yang kadangkala terjadi di Mahkamah. Isteri tak tahu suami ada naik Mahkamah dan dapat perintah Poligami. Tapi perlu ingat, memberi maklumat atau keterangan palsu adalah dikira kesalahan dan boleh dikenakan hukuman Denda atau Penjara atau kedua-duanya.


✅ Apa yang selalu terjadi bab kahwin senyap ni?

Paling common, nikah di Sempadan Thailand dan balik Malaysia tak buat Pengesahan di Mahkamah Syariah. Ada juga yang balik Malaysia buat pengesahan, tapi isteri tak dimaklumkan.

Saya selalu cakap sebelum ini, kesan yang paling teruk kahwin senyap ni, adalah kepada WANITA. Betul, jujur saya cakap. Kalau tak buat pengesahan, kesannya pada wanita dari segi pusakanya, dari segi kelahiran anak yang tak boleh dinasabkan kepada bapanya dan pelbagai lagi.


✅ Macam mana boleh tak tahu satu bapa?

Dalam drama itu, tak tahulah bagaimana Nabila Huda kahwin senyap-senyap dengan Dato Adi Putra tu. Katanya kahwin atas sebab kesiankan nasib Nabila kemudian terus tinggalkan tanpa berita dah cerai atau tidak.

Kalau mereka berkahwin secara sah, cuma tak diberitahu, mungkin anak-anak yang kahwin akan dapat tahu mereka adik-beradik bila diminta Sijil Nikah ibu ayah di Pejabat Agama. Samalah kalau Nikah Siam pun, pejabat agama akan mintak buat pengesahan di Mahkamah dulu sijil nikah mak ayah.

Masalah timbul bila anak-anak yang kahwin ni pun kalau kahwin senyap-senyap di luar negara tanpa melalui prosedur perkahwinan luar negara. Asal cukup Rukun jer nikah ni. Tapi tak semak pun Syarat Sah Nikah. 

Tambah pula yang tak siasat latar belakang family. Terus berkenalan, bercinta dan nak kahwin saja. Sebab tu Islam suruh taaruf betul-betul sebelum nikah.


✅ Apa perlu buat kalau dah ‘terkahwin’ dan tersetubuh tanpa sengaja?

Kalau dah berkahwin, mereka tak boleh sebut cerai sebab cerai hanya untuk orang yang nikahnya sah. Tapi, kalau pernikahan sebegini berlaku, namanya Nikah Fasid, iaitu pernikahan yang tidak sah dari segi syarat sah nikah.

Haram hukumnya seorang lelaki berkahwin dengan saudara perempuan seibu sebapa, sebapa atau seibu. Ada pertalian darah dan nasab disitu. Kalau diteruskan juga, sepanjang hidup akan terus hidup dalam perzinaan.

Jadi, mereka perlu buat Permohonan Faraq Nikah di Mahkamah Syariah, iaitu mohon untuk membatalkan perkahwinan ini, dan mohon ampun serta bertaubat atas ketidaksengajaan isu ini.


✅ Bagaimana kalau ada anak atau cucu hasil pertubuhan yang tidak sah ini? 

Anak yang lahir daripada perkahwinan tidak sah ini tidaklah dianggap sebagai Anak Tak Sah Taraf. Tapi, namanya adalah Anak Wati’ Syubhah atau persetubuhan yang diragui. 

Dari sudut undang-undang dan Hukum Syarak, anak-anak itu boleh dibin atau binti kepada bapanya serta mewarisi pusaka dan perwalian kerana mereka dianggap sebagai Anak Sah Taraf. 

Enakmen Keluarga Islam Selangor 2003
Sek. 114. Persetubuhan syubhah

Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan syubhah dengan seorang perempuan, dan kemudiannya perempuan itu melahirkan seorang anak dalam tempoh antara enam bulan qamariah hingga empat tahun qamariah selepas persetubuhan itu, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu.

❤️ Kesimpulan

Saya perlu juga memberi kredit kepada Penerbit dan Pengarah Drama ini kerana membawa satu penceritaan yang boleh memberi nilai ilmu kepada masyarakat. Bosan juga kalau drama asyik cintan cintun saja. Masyarakat tak belajar sesuatu.

Pengajaran paling besar yang saya nak follower semua belajar adalah ‘Jangan Kahwin Senyap-senyap’. Kalau boleh jangan terfikir langsung nak buat macam tu. Fikirkan kesan jangka panjang. 

Kalau ada yang baca ni dah terkahwin senyap-senyap, jangan tunggu pasangan dah mati baru nak buat pengesahan. Menyesal nanti.


 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Sate Ayam VS Sate Daging

Sate ayam , sate daging, harga sate ayam, harga sate daging, perapan sate

Petang tadi sempat pergi pasar malam yang berdekatan rumah CCL, walaupun badan masih lagi lemah tetap teman mak CCL ke sana . CCL jarang sekali nak pergi pasar malam ni , petang tadi alang-alang mak CCL ajak pergi juga la . 

Tapi petang tadi tak banyak yang jual , orang pun tak adalah ramai sangat , tak pasti sama ada CCL yang pergi awal . Sebab CCL sampai di pasar malam pun dah pukul 6 petang . 

Beli apa di pasar malam ? Mak CCL macam biasa beli ikan dan sayur . CCL tercari-cari tembikai kuning tapi masih belum ada . So CCL beli anggur hitam , satu kotak RM8 , mujur tak ada biji . Rasa pun manis .

Adik CCL pula kirimkan ayam goreng , dapat la beli beberapa ketul ayam goreng untuk dia . 

CCL pula teringin nak makan sate, lama juga tak makan sate .. so beli la sate daging 10 cucuk dan sate ayam 10 cucuk . Cukup la kami berempat makan . Harga secucuk sate ayam RM1.00 manakala sate daging pulak secucuk RM1.30 . Berbaloi la dengan harga sate pun besar-besar juga . Memang harga di mana-mata tempat lebih kurang sama . Perapan rempah pada sate pun sedap . Kuah pun pekat dan secukup rasa . Cumanya fail sikit pada sate ayam tue , isi digabungkan sekali dengan kulit ayam Isi ayam hanya ada dua ketul sahaja , yang lain Kulit ayam bukan sikit-sikit ya , banyak juga . Tebal pulak tu . Eh confius pulak kulit ayam atau cenonot ayam .

Tempat korang harga secucuk sate berapa ?


 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Jumpa Doorgift Sapu Tangan  Bila kemas rumah ni macam-macam ragamlah . Bila barang ini sayang nak dibuang, barang itu nak simpan . Padahal tak guna-guna . Seiring dengan waktu pastinya barang-barang yang disimpan akan bertambah semak dalam rumah . Lebih kronik lagi kalau ada antara kita yang tidak boleh membezakan antara barangan perlu atau tidak . 

Doorgift zaman dahulu, doorgift sapu tangan , doorgift bunga rose, doorgift sapu tangan kecil , doorgift zaman dulu

Tengah-tengah kemas almari buku-buku lama , pilih yang mana masih diperlukan atau tidak , yang mana dah tak perlu let go dalam plastik sampah hitam , malas nak simpan lama-lama . Selesai bahagian buku-buku terpandang dalam satu kotak yang berisi doorgift - doorgift kenduri . Agak banyak juga . Doorgift dulu-dulu sapu tangan kecil . Gambar kat atas antara doorgift sapu tangan yang sudah dipilih . Yang masih elok boleh digunakan . Yang lain banyak dah buang .

Doorgift zaman dahulu, doorgift sapu tangan , doorgift bunga rose, doorgift sapu tangan kecil , doorgift zaman dulu

Doorgift sapu tangan di ubahsuai menjadi sekuntum bunga rose . Cantik bukan ? Kalau kenduri zaman-zaman sekarang CCL nampak masih ada lagi doorgift bunga rose hasil gulungan dari sapu tangan . 

Doorgift zaman dahulu, doorgift sapu tangan , doorgift bunga rose, doorgift sapu tangan kecil , doorgift zaman dulu

Ini juga doorgift sapu tangan , letak dalam bekas tertentu atau diletakkan dalam plastik kecil . Semua comel-comel belaka . Tapi sekarang memang tak ramai yang buat doorgift begini . 

Ada sarung telur hasil dari benang kait . Emak CCL minta simpan laa serba sedikit, tak bagi buang semua . Satu lagi zaman kenduri dulu-dulu terkenal dengan doorgift bunga potpuri .  Bau-bauan bunga kering . Lupa pulak CCL nak snap gambar untuk tatapan disini . Untuk bunga potpuri ni banyak yang CCL dah buang . Hanya tinggal lebihan sedikit ini sahaja . Entah tahun depan akan ada lagi dalam simpanan ataupun tidak . 

Korang masih simpan lagi tak doorgift sapu tangan macam ni ? 




Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Botol Kaca Rempah Ratus Siap Ada Sudu Lagi  Berbalik pada entri lepas , CCL ada kongsikan CCL beli Rak Rempah Ratus 3 Tingkat . Tapi masih belum pasang lagi . Kalau dah beli rak rempah ratus, mestilah kena beli bekas sesuai untuk rempah ratus untuk disusun-susun cantik atas rak tu nanti kan ..

botol rempah ratus, botol kaca rempah ratus viral, botol kaca rempah ratus , seasonings bottle, botol seasoning, botol rempah ratus murah,

Bekas untuk simpan rempah ratus ni pun ada macam-macam design . So CCL berkenan pada botol kaca comel ni siap ada sudu kecil lagi . Memang memudahkan lagi kerja masak memasak ni . Dengan saiz yang kecil comel ni memang dapat menjimatkan ruangan dapur . Botol pun botol kaca, dengan kuantiti 330ml korang boleh isi  garam, gula, kunyit, rempah ratus dan lain-lain lagi .  


botol rempah ratus, botol kaca rempah ratus viral, botol kaca rempah ratus , seasonings bottle, botol seasoning, botol rempah ratus murah,

Hari tu ke Kedai Eco pun ada jual botol kaca untuk rempah ni  RM2.40 . Tapi memang tak terniat nak beli . Baru-baru ni jerr tiba-terlintas untuk beli , CCL cari dalam shopee harga berbaloi juga . Serendah Seringgit . CCL beli melalui shopee melalui seller ni https://shope.ee/6V1PBKRCTE . Time CCL beli ni ada diskaun , jatuh sebotol RM0.63sen . Jimat kan ? CCL grab 6 botol . 


botol rempah ratus, botol kaca rempah ratus viral, botol kaca rempah ratus , seasonings bottle, botol seasoning, botol rempah ratus murah,

Botol rempah ratus ni sebenarnya ada tiga pilihan . Korang boleh pilih sama ada nak botol kaca satu set dengan sudu, berus ataupun honey stick . 


botol rempah ratus, botol kaca rempah ratus viral, botol kaca rempah ratus , seasonings bottle, botol seasoning, botol rempah ratus murah,

Bila order barang berkaca ni of course la risau takut-takut barang yang di sampai tu pecah , alhamdulillah mujur seller balut rapi , tebal dengan bubble wrap . Semuanya sampai dengan elok tak ada pecah , tak ada defect item. 


Botol kaca ni nak kena cuci bersih, keringkan dulu baru boleh masukkan rempah ratus .  Hygiene kena jaga . 

Tak sabar pulak nak susun-susun atas rak yang baru beli tue .. sekarang mata tengah jeling-jeling jer sticker label . Ala sticker label untuk rempah ratus tue . Dah add to cart , risau pulak kalau tercheckout . Hehe .


 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Tengahari : Udang Goreng Kunyit & Sayur Brokoli Campur


Udang masak kunyit , brokoli campur , ikan goreng

Menu ringkas tengahari ni ikan dan udang .  Ikan kembung goreng , lebihan seekor ikan  gerut semalam buat goreng . Tak ada daya upaya nak membakar ikan . So semua buat goreng jer .. Semalam dan pagi ni tak sedap badan sikit . Masak pun dah lewat . Lupa pulak nak buat keluar sambal belacan yang tersimpan dalam peti ais . 

Menu tengahari 

  • Udang goreng kunyit
  • Sayur campur brokoli & kubis bunga
  • Ikan kembung & ikan gerut goreng
  • Tembikai
  • Sambal belacan 

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Tengahari : Ikan Gerut Bakar & Kangkung Goreng

Ikan gerut bakar, air asam kerisik, kangkung goreng, menu simple makan tengahari

Kembali ke slot menu tengahari.. dah malam baru nak post entri tengahari tadi .   setiap hari menu yang ringkas dan mengenyangkan . Settle pagi tadi pergi pasar tani topup bahan mentah dalam peti sejuk . So ni jer menu hari ni . Misi pencarian buah tembikai kuning masih lagi gagal . So CCL beli jer la tembikai merah . Tak tahu lately ni memang suka sangat makan tembikai . Tapi ok la juga kan .

Ikan gerut , saiz kecil-kecil, 3 ekor ni sekilo tak salah CCL RM18 , abang yang jual bagi free seekor lagi . So total semua CCL dapat empat ekor ikan gerut saiz kecil-kecil . 3 ekor ni buat bakar . Dua ekor untuk family CCL pun dah cukup sebab tak ramai . Adik perempuan CCL pun dah balik Selangor . Tinggal la kami  berempat  ayah,mak, CCL, dan adik bongsu . Ikan bakar lagi sekor CCL bagi dekat tokwan untuk makan tengahari ni . Lagi sekor simpan peti ais buat masak esok pula . Ikan gerut saiz kecik ni isinya tak ada la setebal macam ikan gerut saiz besar tu.

Kalau ada ikan bakar, semestinya kena ada air asam . Barulah ngammm ! Air asam kerisik mak CCL yang buatkan  sekali buat hahh semangkuk besar .. kangkung goreng pun mak CCL yang masakkan . So part CCL hari ni membakar ikan jerr . 


Menu tengahari 

  • Ikan gerut bakar 
  • Kangkung goreng
  • Air asam kerisik
  • Ikan talang goreng bawang & cili
  • Tembikai 
  • Air ais Cincau 

Selamat menjamu selera ! 

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Apam Lenggang Rangup Manis & Berlemak

Apam lenggang, resepi apam lenggang, apam lenggang Rangup, apam lenggang lemak manis, cara mudah buat apam lenggang,

Seawal 8.30 pagi, pagi ni terjah pasar tani yang berdekatan rumah CCL, nak topup bahan mentah dalam peti ais dah kian kurang . Lepas tue misi mencari tembikai kuning . Teringin nak makan tembikai kuning dari bulan puasa lagi tapi payah betul si tembikai kuning ni nak muncul yer . Limited betul . Ok dah settle beli bahan mentah, sayur-sayur . 

Next , beli makanan , alang-alang nampak apam lenggang ni lama juga tak makan , dulu mak CCL selalu buat apam lenggang  letak di kedai kuih muih kawannya  . Dah jumpa ni kena beli la . Sekeping apam lenggang ni RM0.50 . Hah murahkan .. CCL beli la 6 keping ..balik rumah makan sampai 4 keping, berbaki lagi dua keping baru teringat nak snap gambar .

 Hahaa .. perangai betul.. nanti ada laa tu yang cakap ala sikit-sikit nak tangkap gambar . Tangkap gambar itu ini . Eh hello, CCL tangkap gambar bukan pinjam telefon sesiapa .so diam !! Ehh termarah pulak .. tapi ada tau orang toksik macam tue .. 

So sekian laa entri pagi ni , tak nak bebel panjang-panjang .. 


Morningg uols ! 



Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Zus : Ice Watermelon Latte

Zus coffee, zus watermelon series, zus watermelon latte, review zus ice watermelon latte, hot watermelon latte, ice watermelon latte

Asyik dengan Spanish Latte jer kan . Hari ni ubah citarasa sikit , lepak Zus sambil order Watermelon Latte . Not bad juga rasanya .  Rasa kopi dan juga rasa tembikai tu dua-dua rasa yang seimbang . Kombinasi antara kopi dan tembikai yang boleh diterima tekak CCL  . Rasa  espresso yang tidak terlalu kuat dan rasa perisa tembikai yang tidak terlalu manis, sambil sedut air ni, sambil terbau-bau aroma tembikai . 

Zus coffee, zus watermelon series, zus watermelon latte, review zus ice watermelon latte, hot watermelon latte, ice watermelon latte


Harga Ice Watermelon Latte RM10.90


 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Tengahari : Gulai Ikan Tongkol, Daging Kunyit & Sambal Ayam

Gulai ikan tongkol, ikan talang goreng bawang, ayam goreng sambal, daging kunyit, daging masak kunyit, sambal ayam, gulai ikan dan bendi

Menu untuk hari ni empat jenis lauk pauk . Banyak pulak yerr .. sebenarnya masak dua jenis lauk jer hari ni .. Daging masak kunyit . Tengok ada lagi beberapa ketul ayam dalam peti ais terus goreng buat masak sambal dari dah beberapa hari tersimpan dalam peti ais , rosak pulak ayam tu nanti lama-lama . Menu ikan talang goreng bawang dan cili tu lebihan menu semalam . Boleh di makan lagi . Jiran depan rumah CCL pulak kongsi rezeki tengahari ni bagi gulai ikan tongkol .Eh betulkan ikan tongkol , kangg tersalah pulak 😅 .  Alhamdulilah atas rezeki hari ni . 

Menu Tengahari 

  • Daging kunyit
  • Ayam goreng sambal
  • Ikan talang goreng bawang & cili padi
  • Gulai ikan tongkol & bendi
  • Air ais kosong 

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Alhamdulillah, Hujan Turun Lebat Selesai sidai selimut dan tuala di ampaian luar, sejam berlalu , cuaca dah mula bertukar mendung kegelapan . Dah ada tanda-tanda hujan bakal turun dengan lebat . Langit sangat gelap, awam terkandung untuk melepaskan hujan bila-bila masa sahaja . CCL pun terus ambil segala kain yang disidai di ampaian luar  bertukar tempat sidai di ampaian kawasan luar rumah yang berbumbung supaya tak terkena percikkan air hujan . 

pokok hijau , hujan lebat, hujan turun

pokok hijau , hujan lebat, hujan turun

Selepas 10 minit begitu , maka hujan pun turun dengan lebat datang sekali  guruh . Alhamdulillah dapat la menghilangkan bahang panas yang terlampau panas ni . Panas sekarang ni kat Perlis bukan panas biasa-biasa ya . Panas sehinggakan berpeluh dan boleh jadi gatal-gatal satu badan . Syukur alhamdulillah Allah Taala turunkan sedikit hujan pada petang ni .. Bau hujan tu nikmat ya 

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Tengahari : Ikan Talang Goreng Bawang & Bendi Tumis Air

Ikan talang goreng bawang, sayur tumis bendi, telur goreng,

Hari ni nak share menu yang paling-paling ringkas lagi . Disebabkan hari ni tak ramai yang ada di rumah . So masak menu ringkas pun dah memadai . 

Menu Tengahari 

  • Ikan kembung goreng
  • Bendi tumis air
  • Telur goreng 
  • Ikan talang goreng bawang & cili padi
  • Sambal tumis 
  • Teh o ais lemon 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

rak rempah, rak rempah tiga tingkat, rak rempah bertingkat, rak rempah serendah RM50, Rak rempah minimalist, rak rempah di dapur , rak rempah murah

Beli Rak Rempah 3 Tingkat Minggu lepas terfikir nak beli rak untuk bahan-bahan rempah untuk mak CCL . Alang-alang tu boleh la tukar deko sikit-sikit di dapur ni . Setelah tercari-cari di platform Shopee, rupanya pelbagai macam jenis rak yang ada . Rambang mata dibuatnya . Ada yang jenis kayu, aluminium, plastik, besi keluli , jenis bertingkat, jenis rak berpusing-pusing pun ada fuhh kalau diperhatikan lama-lama memang tak keruan dibuatnya . So tunggu apa lagi , yang mana berkenan terus add to cart dalam troli Shopee . Setelah difikirkan masak-masak dua hari lepas barulah CCL checkoutkan rak rempah tersebut . Hari ni courier dah Selamat hantar rak rempah CCL.

rak rempah, rak rempah tiga tingkat, rak rempah bertingkat, rak rempah serendah RM50, Rak rempah minimalist, rak rempah di dapur , rak rempah murah

Rak rempah tiga tingkat ni hadir sekali dengan kotak , Setelah dibukak untuk lihat keadaan rak tersebut semuanya ok tiada sebarang kesan defect . Cumanya macam biasa rak tersebut kena pasang sendiri ..  seller dah bagi skru untuk dipasang . So part ni kena tunggu adik lelaki balik dari kerja minta dia tolong pasangkan . Sebenarnya boleh sahaja nak pasangkan sendiri  . Tapi bila bermain dengan banyak jenis skru ni malas pulak . 

rak rempah, rak rempah tiga tingkat, rak rempah bertingkat, rak rempah serendah RM50, Rak rempah minimalist, rak rempah di dapur , rak rempah murah

Rak rempah ni hadir dengan dua warna hitam dan putih . CCL memilih warna hitam mengikut kesesuian dapur CCL , tapi warna putih pun cantik juga . Harga rak rempah 3 tingkat ni murah sahaja serendah RM50 . Boleh beli di platform Shopee melalui link https://s.shopee.com.my/7UtvmIiwZY

Dah siap pasang nanti CCL akan share dengan korang semua . Stay tune !


 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Tengahari : Tomyam Bebola Seafood & Sawi Goreng Sos Tiram

Tomyam bebola seafood , tomyam ayam , sawi goreng, sawi goreng sos tiram ,

Selesai masak , kena make sure dapur mestilah kemas, segala barang-barang disimpan semula dalam peti sejuk , segala periuk , kuali, sudip , tupperware yang dah digunakan dibasuh dan lap semua table top baru boleh hidangkan makanan . Hari ni sempat lagi nak snap gambar . Kadang lepas masak  rushing makan dan siap-siap pergi kerja . Kadang tu CCL tolong mak masak kat dapur jer ..Tapi hari ni lepas susun semua hidangan terus snap gambar . 

Menu Tengahari 

  • Tomyam bebola seafood
  • Sawi goreng sos tiram
  • Ikan kembung goreng
  • Sambal
  • Mangga susu
  • Sirap cincau 

Sebenarnya hari ni nak masak simple-simple sahaja , alang-alang dah ada bebola steamboat yang CCL beli penghujung Ramadan haritu belum terusik dalam peti ais, so cari-cari bahan semuanya ada maka terjadilah tomyam bebola seafood . Letak isi ayam sedikit . Masuk kubis bunga sikit . Settle . Buat lebih sikit malam ni boleh makan dengan kway teow . 

Oh itu bukan harumanis . Itu mangga susu bila dah masak memang manis tak ada sikit pun rasa masam . Manis-manis lemak gitu . Warna kuning pun beza dari harumanis . 

 

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

QOUTES

New year ni bukan pasal 'new people' . It's about new standard . Kalau tahun lepas kau over-give, over - tolerate, over-explain . Tahun ni stop !! .tak semua orang layak dapat access yang sama . 2026 bukan untuk ulang silap sama dengan muka orang yang berbeza .

ABOUT ME

Collabration I Events I Review I Sponsership kindly contact me : virgoyana61@yahoo.com
Based in Perlis Indera Kayangan

FOLLOWERS

JOURNALIST

  • ▼  2026 (119)
    • ▼  Mei (9)
      • Bubur Cha Cha Bersagu
      • Ohana Kitchen, Gerai MPK corner | Nasi Goreng Tomyam
      • Cili Besar Tanam Dalam Polibeg
      • Dua Kuntum Bunga Rose Jepun
      • Dinner | Pulut Harumanis
      • Sarapan Pagi | Apam Coklat & Cekodok Pisang
      • Juara Ruang Komen April 2026 | Blogger Cuya
      • Blog Archive April 2026 | 108K Pageview & 23 Journ...
      • Selamat Hari Pekerja 2026 | Pekerja MADANI Kesuma ...
    • ►  April (23)
    • ►  Mac (33)
    • ►  Februari (36)
    • ►  Januari (18)
  • ►  2025 (183)
    • ►  Disember (12)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (14)
    • ►  Ogos (17)
    • ►  Julai (17)
    • ►  Jun (18)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (15)
    • ►  Mac (27)
    • ►  Februari (22)
    • ►  Januari (14)
  • ►  2024 (336)
    • ►  Disember (19)
    • ►  November (16)
    • ►  Oktober (19)
    • ►  September (34)
    • ►  Ogos (23)
    • ►  Julai (40)
    • ►  Jun (27)
    • ►  Mei (23)
    • ►  April (36)
    • ►  Mac (47)
    • ►  Februari (36)
    • ►  Januari (16)
  • ►  2023 (47)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (11)
  • ►  2022 (139)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (19)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (50)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2021 (248)
    • ►  Disember (11)
    • ►  November (8)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (19)
    • ►  Ogos (33)
    • ►  Julai (26)
    • ►  Jun (37)
    • ►  Mei (48)
    • ►  April (32)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (19)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (106)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (31)
    • ►  Mac (31)
  • ►  2019 (91)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (40)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (5)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2018 (118)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (15)
    • ►  September (12)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (13)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (11)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2017 (231)
    • ►  Disember (23)
    • ►  November (24)
    • ►  Oktober (27)
    • ►  September (24)
    • ►  Ogos (24)
    • ►  Julai (20)
    • ►  Jun (19)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (17)
    • ►  Mac (25)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2016 (21)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (5)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (68)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (13)
    • ►  September (11)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (9)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2014 (62)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (5)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Februari (8)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2013 (472)
    • ►  Disember (16)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (14)
    • ►  Julai (61)
    • ►  Jun (64)
    • ►  Mei (103)
    • ►  April (181)
    • ►  Mac (7)
  • ►  2012 (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Mei (1)

PAGEVIEWS BLOG

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

JUARA RUANG KOMEN JAN-DIS 2026

  • D'Cat Queen
    KULINER BANDUNG: RELA ANTRI PANJANG DI SATE PAK HARTONO
  • Blog Roziah Muhammad Nor
    Pertama Kali Beli Luckin Coffee
  • SAJE SUKA-SUKA
    Pengukuhan Kemudahan Mobiliti di Hospital Putrajaya
  • Drawing the Words
    Bonus Shopee Minggu ni. Dah Tiga Kali!
  • Sii Nurul
    Kenapa Ramai Peminat Anime Kecewa Bila Website Shutdown?

BLOGLIST

  • SURIA AMANDA
    Lipat Baju 2 Bakul..
  • KakmimDotCom
    Gotong-Royong Taman
  • Hidup Itu Indah
    Cuba Buat Yang Terbaik. Tak Perlu Jadi Sempurna
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: AKTIVITI HUJUNG MINGGU :.
  • Blog Roziah Muhammad Nor
    Pertama Kali Beli Luckin Coffee
  • Coffee Break With Me
    Dinner di Piccadilly Cafe @ Jalan Tun Perak
  • Blog Begins At Forty
    May 18, 2026
  • Bola Katok
    Kek cawan singgit Saptula Bakery.
  • Mulan
    WE HAD JOY, WE HAD FUN, WE HAD SEASONS IN THE SUN..
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Taik kucing dan cara mengatasi
  • Drawing the Words
    Bonus Shopee Minggu ni. Dah Tiga Kali!
  • cikcappuccinolatte
    Bubur Cha Cha Bersagu
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    Tiffin - today & yesterday
  • Sii Nurul
    Kenapa Ramai Peminat Anime Kecewa Bila Website Shutdown?
  • Nieyl's Life Story
    Menu Berbuka Puasa Day 26-30
  • Ciktom
    Rakam Kenangan Raya Anda di The Empire Studio – Studio Baru di Pulai Perdana
Tunjuk 10 Tunjukkan Semua

SUBSCRIBE & FOLLOW

MOST VIEWED POST

MAY 2026

DISCLAIMER

SEGALA PERKONGSIAN DALAM BLOG INI ADALAH HAKMILIK PENULIS. TIADA KAITAN DENGAN INDIVIDU LAIN. SEBARANG KOMEN DALAM BLOG INI JUGA ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. PEMILIK BLOG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KOMEN. DILARANG MENGELUARKAN KOMEN YANG BOLEH MENGUNDANG KEMARAHAN MANA-MANA PIHAK

Designed by cikcappuccinolatte | Distributed By cikcappuccinolatte